45[Pregnant]

1.7K 68 2
                                    

BAB 45

Hari ini Anna datang awal ke Linawa Highschool.Hari ni juga dia akan menghadapi Linawa Highschool Final Exam(LHFE).Semua pelajar tahun akhir Linawa akan menghadapi peperiksaan ini sebelum akan menyambung pelajaran ke mana mana universiti ataupun kolej.

"Anna,kau dah bersedia ke?" Tiny bersuara ketika Anna dan Tiny sedang melakukan langkah terakhir sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Mereka duduk di sebuah pondok yang berbentuk cendawan itu.Yang lain turut struggle buat kali yang terakhir.

"Rasanya dah,lepas ni nak berdoa kat Tuhan supaya permudahkan segalanya pula." Anna tersenyum manis.

"Hah,baguslah tu.Aku gentar sikit ni," Tiny menyuarakan kerisauannya.

"Alah chill lah,kau jangan takut sangat.Nanti berterabur semua apa yang kau hafal selama ni.Sia sia je nanti,ok." Anna cuba bagi Tiny nasihat sikit.

"Hah,yelah." Tiny menganggukkan kepalanya beberapa kali,dia mula menarik nafas dalam dan menghembuskan perlahan lahan.

Anna menyelak nyelak buku notanya,baru beberapa selak kelihatan satu nota kecil.Anna membaca perlahan tulisan yang tertera di permukaan kertas itu.

Good luck,sayang :)) - ABC

Ya Tuhan,ni Arga kan?Mana dia?Anna cuba menenangkan fikirannya yang mula bercelaru.

"Kau napa,Anna?" Soal Tiny apabila menangkap wajah gelisah Anna.

"Eh,takde apalah.Jomlah kita sedia gerak ke dewan," ajak Anna.Dia cuba melupakan nota kecil itu.Dadanya tiba tiba kembali bersemangat.Dia yakin,Arga sentiasa bersamanya walaupun dia tak nampak Arga.

Ok,good luck Anna!You can do it!

📃📃📃

Anna menjerit kuat sebaik melepasi dewan peperiksaan buat kali yang terakhir.

"Yeay,akhirnya terlepas lagi satu beban!"

"Anna sabar Anna,kita balik ke kelas dulu." Tiny menampar bahu Anna kuat.Hampir patah tulang bahu Anna.Eh,tak guna punya Tiny.Kurus kurus pun kuat dia tampar bahu Anna.

Apapun,mereka tetap melangkah sehingga sampai ke kelas.Nak ambil barang barang lepas tu blah dari Linawa Highschool untuk selamanya.Anna sempat melambai kelas yang pernah menjadi tempat persinggahan Anna itu.

Sampai di tempat menunggu bas,dua orang gadia datang ke arah Anna.Anna macam kenal muka diorang tapi tak ingat nama.

"Anna,kami minta maaf.Kami yang tolak Anna masa kem hari tu.Lepas tu kami selalu dapat gangguan halus.Mungkin sebab kami buat Anna macam tu.So,tolong ampunkan kami." Gadis itu nampak merayu memohon maaf.

"Tak apa,tak apa.Saya tak berdendam," balas Anna masih blur sikit.Lepas tu baru dia ingat gadia yang acah superstar masa perkhemahan dulu.

"Terima kasih,Anna." Ucap mereka,lantas dua gadis itu memeluk tubuh Anna.Anna masih kaku,tak tahu nak buat apa.Apasal diorang ni bangang sangat,eh maaf ya Anna bukan marah pun.Cuma kenapa minta maaf lepas habis exam?Bukan patut minta maaf sebelum exam ke supaya dapat jawan exam dengan tenang?Ah,apa apa je lah.

"Eii,gadis tu ke yang tolak kau masa perkhemahan dulu.Tak guna betullah," kata Tiny sebaik dua gadis itu berlalu dari situ.

"Alah biarkan je lah,aku dah lupa pasal kejadian tu.Lagipun,mungkin lepas ni tak jumpa lagi dengan diorang." Balas Anna,mukanya kosong.Tak menggambarkan apa apa perasaan.

"Yelah.So Anna,jomlah kita makan aiskrim puas puas hari ni." Ajak Tiny.

"Jom!" Jawab Anna dengan penuh semangat.Mereka kemudian berlumba lumba menuju ke sebuah kedai yang menjual aiskrim di seberang jalan.

Alahai.

🐚🐚🐚

Anna berlari laju masuk ke dalam tandas dan memuntahkan isi perutnya.Ya Tuhan kenapa ni?Sudah berkali kali tekaknya rasa loya dan ingin memuntahkan sesuatu.

Setelah rasa lega sikit,Anna kembali ke ruang tamu dan baring ke atas sofa.

"Anna,kau ok ke?" Soal Tiny risau apabila melihat keadaan Anna yang agak lemah.Hari tu,Anna ingat nak ikut Tiny balik ke kampungnya yang jauh di pedalaman.Tapi,sejak pagi lagi dia rasa nak muntah.

"Entahlah Tin,aku rasa nak muntah je." Jawab Anna tak bermaya sehingga nama Tiny kurang huruf 'y' dan jadi Tin pula.

"Kita gi hospital ok," bawa Tiny.Anna menggeleng gelengkan kepalanya.Dia paling tak suka menjejakkan kaki ke hospital isk.

"Kalau macam tu,saya telefon doktor peribadi datang ke sini eh.Kau nampak sangat lemah ni," tanpa menunggu balasan Anna,Tiny terus mengeluarkan henfonnya dan mendail satu nombor.Dia menelefon seorang doktor wanita untuk datang ke situ.Anna sudah tak larat mahu menghalang.Tubuhnya terasa sangat lemah.

Sementara menunggu doktor itu sampai,Tiny membuat Anna satu gelas susu.Setengah jam kemudian,doktor itu sampai dan mula memeriksa tubuh Anna.

Anna pun sudah beralih ke biliknya.Dan sesungguhnya penerangan doktor wanita itu benar benar membuat lidah Anna keluh.Matanya hanya terkelip kelip memandang siling.

"Tahniah,awak mengandung.Ni suami awak ke?" Ujar doktor itu yang bernama Nisa.

"Eh tak,saya teman dia.Suami dia tengah outstation," balas Tiny kelihatan teragak agak.

"Ouh,kalau macam tu baiklah.Anna,awak jaga diri awak baik baik.Nanti saya senaraikan makanan yang baik untuk awak.Saya akan jadi doktor peribadi awak sampai awak melahirkan anak," ucap doktor Nisa ramah.

"Terima kasih,dok." Kata Anna perlahan,lemah.Sejujurnya,dia agak gembira tapi ketiadaan Arga di sisi membuatkan hatinya berubah sayu dan dia terasa ingin menangis.

Doktor Nisa mengangguk bersama senyuman sebelum berlalu dari situ.

"Anna.Congratulation,"

"Thanks,tapi ini semua tak bermakna kalau dia takde kat sini.Aku benci dia.." Air mata Anna menuruni pipi lagi.Tiny hanya mampu memandang simpati ke arah temannya itu.

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now