BAB 32
Akhirnya bas yang dinaiki Anna dan pelajar Linawa yang lain,berhenti jua.Anna memerhati sekeliling.Biasalah pemandangan hutan tebal,hanya pokok pokok yang besar dan tinggi saja yang menghiasi kornea mata.
Anna sudah beberapa minit terjaga sebelum sampai tadi apabila merasa pergerakan bas tersangatlah tidak stabil.Rupanya,sudah masuk jalan hutan yang tidak berturap.
"Anna,jom turun." Ajak Hazil yang setia di sisi Anna.Eceh setia weh.
Anna menurut langkah Hazil setelah mengambil barang barangnya.Ugh,menurut kata penunjuk arah yang ditugaskan mereka terpaksa berjalan selama satu jam atau lebih untuk sampai ke tapak perkhemahan.
Maka bermulalah perjalanan menggunakan kaki masing masing di tanah Hutan Sepi ini.Hazil ni pun macam tak boleh dah berenggang dengan Anna.Anna tau lah dia ni boleh tahan mengancam.Ok sis,nanti ada beruk cakar muka anda saya tak tau.
"Anna pernah ikut perkhemahan sebelum ni?" Mungkin Hazil cuba mengisi masa perjalanan yang sepi itu.Mentang mentanglah nama pun Hutan Sepi,semua pun ikut sepi.Aip,kecuali gadis yang acah famous tu.Mulut dia mana boleh sepi.Habislah dia kena sampuk,padan muka.
"Pernah jugalah,dalam sekali atau dua kali kut.Saya pun tak ingat." Untuk menunjukkan kesopanan cerita ini,maka dilarang untuk menggunakan 'aku' dan mesti guna 'saya' kecuali sedang bergaduh dengan seekor dua anjing bertelinga pendek.
Ops,Anna watch you mouth.
OK!
"Penat tak?" Ok,itu soalan bodoh yang keberapa yang pernah wujud dalam cerita ini.Itu meringankan kaki Anna untuk masuk ke dalam mulut orang yang suka bertanyakan soalan beruk.
Kesian beruk,mesti dia asyik bersin kan balik balik kena sebut nama dia.
"Taklah,tak penat pun.Rasa nak jalan 10 jam lagi." Hah,kan dah kena.Hazil menayangkan sengih.
"Comellah Anna ni,"
Oh,itu Anna sudah lama tau dan tolong jangan buat Anna kembang jadi belon kat sini.Eh jap,Hazil puji Anna.Ohmaitoilet,HAZIL PUJI ANNA?
"Tau," Anna beriak selamba.Karang lebih lebih takut ada pula yang simbah telefon dia dengan minyak masak,lepas tu goreng.Tapi,boleh guna juga taktik ni kalau nak sabotaj phone seseorang.Hehe.
"Hahaha.." Hazil tergelak dan sumpah Anna tertawan kejap.
Hazil,stop bidding my heart.Ceh,Anna kau perasan lebih.
"Saya pernah mimpi," Hazil mula bercerita dan Anna pun layanlah untuk mengisi masa perjalan mereka yang tidak berinti.Yang lain masing masing mengesat peluh sendiri,memanglah sendiri.Ada ke yang sweet sangat sampai tolong kesat peluh orang lain.
Eh ada je,Hazil baru je kesat peluh Anna tadi dan Anna blushing.Ohmangkuktandas,jangan rosakkan cerita ni sudahlah.
"Saya mimpi orang yang siram saya dengan air adalah jodoh saya,"
"Oh yeke," lembap,Anna tak perasan pun dengan cerita yang Hazil cuba sampaikan.
"Haah,dan saya patut tawan hati dia supaya jadi milik saya dan mimpi saya jadi kenyataan."
"So,good luck." Anna membalas tanpa perasaan.Teruk betul,dia tak faham faham lagi ke.
"Haha,ok." Hazil pun gelak je lah pabila perasan Anna tak dapat point dia langsung.
🐜🐜🐜
Setelah berpenat lelah berjalan kaki selama sejam lebih,kini Anna sudah mampu berehat dengan melapangkan dada di tapak perkhemahan yang telah ditetapkan.Khemah semua telah siap dipasang.Jadi,tak perlu menambahkan kuantiti air peluh yang keluar.
Mesti korang fikir Anna ni terlalu jahil sampai tak bagitau Arga tentang pemergian dia selama seminggu kan.Tak,dia sudah bagitau Arga baik baik tanpa pengetahuan korang.Tak kan itupun saya nak bagi scene lagi.Penat loh perah otak ni.Haha.
"Air."
"Huh?" Ouh please lah,Anna ni bengap sikit kalau cakap sepatah sepatah dengan dia.Melihat satu botol mineral yang dihulurkan oleh Hazil kepadanya,baru Anna faham lantas menyambut botol itu.Tangannya tak henti henti mengipas dirinya yang kepanasan dengan daun kering hutan.
Hazil melabuhkan duduknya di sebelah Anna.Sebenarnya,mereka sedang bersandar di sebuah pohon yang besar.Ahli yang lain pun tidak kurang sama je.Menunggu masa untuk berkumpul dan mendapatkan khemah untuk berehat.
"So,Anna jangan stres stres ikut perkhemahan ni.Ni lah masanya untuk Anna tenangkan fikiran dan lupakan semua masalah." Hazil memulakan nasihat yang membuat telinga Anna berulat mendengarnya.Ok gurau.
"Saya tau," ucap Anna sayu dan pura pura mengesat air mata terharu.Dan itu membuatkan Anna menerima satu ketukan kasih sayang daripada Hazil di kepala.Kemudian,mereka tergelak bersama.
"Saya sudah fikirkan kata kata Anna yang lalu." Anna blur lagi.Kata kata yang mana?Dia terlalu banyak berkata sehingga kata kata yang dimaksudkan oleh Hazil langsung tiada dalam kepala otak Anna.
"Kata kata apa?" Akhirnya terluah konfiusan di situ.
"Pasal populariti tu," anda pasti tahu bahawa setelah itu Anna akan membuat mulut berbentuk 'O'.
"Oooo...Apa yang kau fikirkan?"
"Saya rasa saya tak perlu tingkatkan populariti saya di mata umum.."
"Jadi?"
"Saya hanya mahu popular di hati Anna." Uhuk,cia,uhuk,cia,cia...Anna salah dengarkah?Hazil main pickupline.Ok guys,dengar sini.Ini abad ke-21,right?Pickupline tu dah lapuk,entah abad bila tah dia muncul.
Anna ni memadai je.
"Jom pergi cari," ajak Anna tiba tiba.
"Nak cari apa?" Kali ini Hazil pula yang bingung.
"Cari pikaphambar kau tu,HAHAHA." Anna mentertawakan Hazil dengan begitu kejam.Semua yang berkawan dengan Anna patut bersikap pasrah,kalau tak baling je Anna ni pi negeri di bawah bayu.Begitu juga dengan Hazil,pasrah.
Setelah semua hadirin dan hadirat sudah sampai,maka semua terus dikumpulkan untuk diberi taklimat ringkas dan pembahagian khemah mengikut kumpulan.
Kini,Anna bertemu kembali dengan geng The Gediks eh geng Panthera Leo sebab Anna juga masih dalam kumpulan tu.
Dan,lepas tu Anna hanya mampu melihat Hazil dari jauh sebab dia fasi.
Harap lepas ni pickupline dia taklah teruk lagi.Cukuplah dapat menawan hati anda.Ah,cia,cia,ciaaaa....
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...