BAB 43
"Weh,Anna aku ada lawak jap ni."
"Apa?"
"Ada seekor puntianak ni dia tengok cermin.Lepas tu dia cakap 'eh,gambar siapa ni hodoh sangat?' lantas dia pengsan.HAHAHAHA,Anna kau dapat point aku tak?"
Anna hanya tersengih tak bersuara lantas menggeleng.Pap!Muka Anna kena tapap a.k.a kena tampar secara lembut.
"Isk,kau ni.Dah puntianak tu tengok cermin,dia nampak diri dialah.Yang dia cakap hodoh tu diri dia sendiri.Hah,tu lah lawaknya.HAHAHA," lepas tu Tiny ketawa sampai tak sedar ada guru di depan.
"Tiny,kau berdiri jap.Bagitau kawan kau yang lain apa yang lawak sangat tu?" Suara cikgu Zahir itu membuatkan Tiny kelihatan mengesat peluh jantannya.
"Er..." Tiny berdiri dengan teragak agak.Anna menahan rasa geli yang seperti menggeletek tiak harumnya.
Anna mengusap dada terharu.Thanks Tiny,Tiny dah buat Anna happy walaupun lawak Tiny hambar taik lembu dan menceriakan suasana suram ini.
Anna membuka buku notanya.Dalam nota itu,dia menyelitkan lawak Tiny tadi.Huh,kalau Tiny hero mesti Tiny yang jadi suami Anna.Tapi,mungkin Tiny tak berapa nak sempurna untuk dapat semua tu.Kesian Tiny.Macam pencipta watak dia juga,yang tak sempurna dan langsung tak layak untuk watak heroin.Huhuhu.
Dearself,you have to continue your life - Anna × BC
Sudah beberapa hari Arga menghilang entah kemana.Dia pergi kemana?Kenapa dia tinggalkan Anna?Dia tak tahu ke fakta macam ni.
Anna pasti merindui orang yang selalu ada bersama dia.Lagi lagi orang tu suami Anna.Yang tinggi maknanya buat hidup Anna.
Kenapa?
Kenapa?
Arga memang gila.Suka hati datang dan pergi.Dasar perosak hidup orang.Eh,sekarang ni Anna rindu Arga ke?
Mungkin...
Mungkin tidak,
Mungkin ya.
🔮🔮🔮
Masa rehat,Tiny menyampaikan Anna sebuah surat misteri.Kata Tiny daripada Hazil.Dada Anna terasa berdebar dengan isi surat itu.Bukan sebab memikirkan Hazil akan menyuarakan perasaannya lagi tapi macam ada sesuatu yang pasti lebih menyakitkan hati.
Buka perlahan lahan,terus bentang kertas itu.Wuu,saiz A4.
Anna,
Masa Anna baca surat ni(maaf ayat pembukaan agak cliché haha),saya dah tak ada..."What!!!!"
"Oh,mak kau pink!" Tiny termelatah akibat suara kuat Anna itu.Rosak terus lukisannya yang hampir siap tadi.
"Weh,kau napa?Hazil bawa kau khawin ke?" Soal Tiny macam tak puas hati.
"Eh jap,jap," Anna mengendahkan Tiny.Dia sambung baca lagi.
...kat Linawa Highschool.Mama saya telah bawa saya berpindah ke America.Mama dan papa saya ada salah faham sikit.Takpe,saya move on kat sana haha.Kalau tak pun,saya tetap sayang Anna sampai bila bila.Yang saya harapkan hanyalah Anna teruskan hidup Anna dengan baik,tabah,dan tak putus asa eh.So yeah,saya harap kebahagiaan Anna kekal sampai bila bila.Saya tak nak Anna sakit,saya tak nak Anna nangis,saya nak Anna sentiasa happy.Baru hati saya tenang :))
Oklah,saya undur diri.Jaga diri Anna baik baik ok.Salam..
-Hazil
Uhmm,nasib baik Hazil tak apa apa.Menakutkan betul masa mula mula baca tu.Tapi kan!Tapi...
Kenapa semua orang yang Anna sayang pergi jauh dari hidup dia?Kenapa?Kenapa hidup dia macam ni.Sakit tau tak.Dia mahu bersama selalu dengan orang orang yang dia sayang,tapi diorang pergi pula.
Takpelah,mungkin ini ketentuan Dia.Mungkin ada hikmah terindah di sebalik semua itu.
Anna harap begitu.
Dia sudah redha sepenuh hati ini dan yang dia harapkan hanyalah kebahagiaan di penghujungnya.
😔😔😔
"Tiny,kau perasan tak?Dah lama aku tak jumpa geng BBS tu,diorang kat mana eh?" Soal Anna masa dia ajak Tiny makan malam di sebuah restauran baru buka dekat rumah Anna...dan Arga.Nak try katanya.Mana tau sedap.Dan yeah,bapak sedap hingga menjilat kaki eh tangan.
"Entahlah,yang saya dengar diorang ada pertandingan menari peringkat antarabangsa.Saya tak tau sangat,"
"Ouh,uhm.." Anna hanya mengangguk perlahan.
"Tiny,kenapa eh semua orang yang kita sayang akan tinggalkan kita?Saya syak kau juga akan tinggalkan saya nanti,"
"Apa kau merepek ni?Oh,Anna dah kembali ke?" Mata Tiny tiba tiba galak bersinar.
"Tak,saya cakap serius ni." Anna memuncungkan bibirnya dan membuat muka sedih.
"Pfft Anna,hudu benar muka kau bila kau buat cam tu.Tak payah ah nak emo emo duh," Anna perasan,cara Tiny bercakap agak berbeza malam itu.Namun,dia endahkan semua tu sebab malam nak fikir.Dia hanya menjeling Tiny tajam.
"Aku hodoh pun tak kan sampai ada empat orang lelaki suka aku," ucap Anna penuh riak dan bangga.Jap,Anna kau tak takut kena cakar naga ke.Jahat tau perangai riak ni.Monyet yang gila comel nak mati pun tak pernah riak.
"Anna seriuslah?" Soal Tiny terkejut,baru kut Tiny tau.
"Hehe takdelah,aku tipu je lah.Muka aku memang hodoh,mana ada lelaki yang akan suka dan stay dengan aku." Ujar Anna penuh perasaan.
"Ngoklah kau ni,Anna.Aku gurau je tadi,muka Anna lawa ok.Pasti banyak lelaki yang terpikat,"
"Kau,kau terpikat tak?" Anna melibas rambutnya lembut.
"Eleh,kau kawan aku.Aku sayang kau sebagai kawan je.Best nak kawan dengan kau,kau banyak cakap.Dulu je lah,sekarang kau macam dah berubah.Dulu,hidup aku yang sunyi,yang takde orang nak kawan.Terus jadi ceria lepas kau muncul," kata kata Tiny membuat Anna sedikit tersentuh.Isk,dia memang kuat terasa sejak akhir akhir ni.
"Haha,yeke?" Agak Anna,Tiny hanya mengukir senyum dan Anna harap dia dapat menacari diri Anna yang Tiny cakapkan itu semula.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...