38[Ditolak]

1K 54 2
                                    

BAB 38

Yau,setelah lama Anna terlelap pada malam itu kini bertemu kembali pada pagi yang sungguh indah.Hari di mana Anna dan ahli Linawa yang lain akan kembali ke rumah masing masing setelah seminggu bertapa di hutan belantara itu.

Setelah tapak perkhemahan semua sudah dipersihkan,semua barang dikemas,maka mereka mula bergerak ke kawasan bas menunggu.

Semasa menuruni satu bukit,Kiara,ingat lagi tak?Tengku Qisrianani Podolski Kiara bin Dato' Jebat tu?Panggik Kiara je lah paling senang.

Oh ya,semasa menuruni bukit itu,Kiara dengan hati dia yang sudah berulat itu terus menolak tubuh Anna sehingga Anna bergolek jatuh hingga ke bawah.Masa tu,dia berjalan dengan Hazil dan Hazil tak sempat nak paut tangan Anna.

Masa seperti terhenti dan semua jadi beku,mata semua tepat memandang Anna yang sudah selamat sampai ke bawah.

"Anna..." Hazil yang bersuara dulu sebelum para pelajar yang lain mula berpusu pusu mengelilingi Anna.

Hazil mendekati Anna dan memangku kepalanya,Anna sudah tidak sedarkan diri.Badannya luka luka dan dahi dia berdarah.

"Ya Tuhan," Hazil sudah memandang sekeliling dengan mata yang merah.Seperti mencari mangsa.

"Siapa yang tolak Anna tadi?" Soalnya keras,semua diam tak berkutik.Kiara dengan lakonannya yang boleh masuk setakat drama sekolah pun terus melutut di sebelah Hazil.

"Eh,Anna kenapa ni?" Soalnya pura pura cemas.

"Dia jatuh tadu," ucap Hazil ringkas.Pantas dia mengangkat tubuh Anna dan mencari kumpulan penyelamat.Semua pelajar kembali meneruskan pelajar.

"Eyy,tu pun nak pengsan.Minta perhatian betul,Hazil pun apasal dia dulung pompuan gedik tu?Hesyy.." Kiara sudah meroyan babun di situ.

"Sabar Qis,kita boleh buat plan lain lagi." Kawan Kiara yang bernama Fina itu cuba menangkan Kiara.Nasib betul mereka tak ada orang yang nampak Kiara tolak Anna.

Baru mereka mahu meneruskan perjalanan,tiba tiba satu bayangan hitam melintasi mereka.Sangat laju.

"Weh,apa tu?" Soal Kiara gelabah,mukanya sudah pucat.

"Kita jalan terus je," kata satu lagi kawan Kiara yang bernama Liana.Baru mereka mahu membuka langkah namun bayangan hitam itu kembali melintas di hadapan mereka.

Kiara sudah menggenggam tangan Fina dan Liana erat.Wajahnya sudah bertambah pucat,sudahlah bedak tebal sampai 3 inci.Memang macam patung badut sudahlah muka dia.

"Apa tu weh,tak kan lah ha...Hantu.." Ujar Kiara dengan suara bergetar.Takut weh,macam nak terkucil pun ada.Fina dan Liana sudah memeluk lengan Kiara erat.

Dan sekali lagi bayangan itu melintas dan kali ini membuat Kiara sedikit menjerit takut.

"Hei,hei,apa lagi korang buat kat sini?Cepatlah gerak,sesat kang buat susah je." Tiba tiba satu suara menegur mereka bertiga,dan apalagi tiga gadis itu terus menjerit serentak.

"Hantuuuuuu!!!" Dan berlarilah mereka lintang pukang gayanya.Fasi itu memandang tiga gadis itu pelik.

Apesial diorang kata aku hantu.Tau lah muka aku hodoh,tapi agak agaklah kalau nak hina pun.Tak gune.Maka fasi itu pun berdecit banyak sambil meneruskan langkahnya.

Satu bayangan melintas di belakangnya namun dia langsung tak perasan.

Seram tak?

🎃🎃🎃

Sedar sedar je,Anna terpandang siling putih di atasnya.Baru saja tadi dia berada di dunia gelap yang dia sendiri tidak tahu dan kini dia seperti baru dapat bernafas kembali.

"Anna.." Anna pandang sisi,terpacak Hazil di situ sambil tersenyum nipis.Argh,senyuman itu sungguh menggugat iman.Sebenarnya.

"Apa yang berlaku?" Soal Anna.Adakah dia kena amnesia?Tapi,dia masih ingat Hazil.Tidak logik.

"Anna jatuh masa dalam hutan tadi pagi.Sekarang Anna ada kat hospital." Anna kembali memandang ke siling,wajahnya menerangkan yang dia faham.

"Anna.." Hazil melabuhkan duduk di sisi Anna dan tiba tiba menggenggam tangan Anna.Anna sedikit kaget.Heh,apa kena Hazil pegang pegang tangan orang ni?Masalah otak mereng betul.

"Lepaskanlah," ujar Anna tak selesa.

"Tau tak yang saya sayangkan Anna?Lebih dari seorang teman.Anna telah buka hati saya yang tertutup selama ini.Risau tau tak bila Anna jatuh lepas tu pengsan." Anna keluh.Tetibe je Hazil ni.Salah skrip ke?Bengong.

Anna tidak terkata apa,hanya mendiamkan diri.

"Saya nak tidur,rehat kejap." Ucap Anna.

"Baiklah,saya tak akan kacau Anna.Rehatlah puas puas.Anna hanya perlu tau,saya sayang Anna sangat sangat." Ucap Hazil lagi.

Ouh please Hazil,tolong jangan tambahkan dosa saya.Saya dah beristeri,kita tak mungkin akan bersama kalau saya jatuh cinta dengan kau sekalipun.Anna berbisik kecil dalam hati.Matanya dipejam rapat.

"I love you Anna,i really need you.." Itulah kata kata terakhir masuk dalam gegendang telinga Anna.

Beberapa saat ketika itu,Anna mula terlelap kembali.Badannya terasa sengal sengal.

Hazil terpegun melihat wajah mulus Anna yang suci ketika tidur.Ya Tuhan,menggodanya eh.

"Ehem!" Tersentak Hazil dengan deheman yang tiba tiba itu.Sejak bila pula ada orang masuk bilik ni.Bunyi pintu dibuka tadi pun tidak kedengaran.

Hazil pantas berpaling ke belakangnya,seorang lelaki berdiri tegap di situ.Lelaki itu datang mendekat.

"Siapa bagi kau kebenaran pegang tangan Anna?" Soal lelaki itu dengan suara yang keras dan wajah yang dingin.Hazil memandang lelaki itu tak puas hati.

"Kau siapa?" Hazil menyoal kembali.Tangan Hazil ditepis kasar daripada menggenggam tangan Anna.

"Kau patut tanya Anna dulu,dia dah bersuami ke belum?Tapi biar aku yang bagitau kau.Aku Arga Barlyin Camien,suami Anna yang sah!So,lebih baik kau menjauh dari Anna kalau kau nak nyawa kau sentiasa selamat."

Hazil terpempan mendengar pernyataan dan ugutan lelaki itu.

Sudah tentunya dia akan berfikir dua tiga kali,untuk mentafsir maksud kata kata lelaki itu.














"Happy birthday to me!Officially 16..."

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now