48[Alfian/Elyan]

2.1K 62 2
                                    

BAB 48

3 tahun kemudian...

"Sayang..." Satu suara merengek kecil ke arah Anna.Masalahnya,bukan suara budak kecil.Tidak lain dan tidak bukan,pasti Arga.Masih ingat lagi?Kalau tak,hah disarankan untuk baca balik dari mula.Haha gurau,gurau.

Jeling maut Anna lemparkan kepada Arga.Hampir terbelah dua Arga dibuatnya.

"Jangan bisinglah!" Marah Anna,sempat dia menampar kuat dada Arga.Arga mengaduh kecil.

"Apa ni sayang,tampar tampar?" Arga membuat muka cemberut,pura pura mahu merajuk.

"Eii,abang boleh diam tak?Nanti bangun lagi budak dua ekor ni karang,naya lagi kita tak dapat tidur." Anna menahan suaranya daripada menjerit memarahi Arga sepuas hati.

"Isk,yelah,yelah.." Kali ini Arga betul betul merajuk.Lamak bapak seorang ni,ayu sungguh.

Kau diam!

K,k,k.Pantas Arga bangkit dan keluar dari bilik anak mereka itu.Anna hanya menggulingkan biji matanya.Besar besar pun kuat merajuk,dah jadi bapa orang pun.

Apabila memastikan Alfian dan Elyan sudah betul betul terlelap,akhirnya Anna mengekori langkah suaminya itu.Pintu bilik itu ditutup erat dari luar,tanpa menghasilkan sebarang bunyi taik.

Anna menyusuri koridor menuju ke bilik mereka.Apabila masuk ke dalam bilik,Arga tiada di situ.Maka,Anna sudah tahu mana tempat lelaki seorang itu menangis tak berlagu.

Anna berjalan ke tingkat bawah dan menuju ke dapur.Di belakang dapur itu,terbentang satu padang rumput yang luas.Kata Arga,menurut firasatnya,suatu hari nanti bakal ada kapal UFO yang akan menadarat di sana.

Ok,Arga,ok.

Sampai di belakang rumah,kelihatan Arga sedang termenung jauh ke tengah padang.Dia berdiri di satu sudut dan bersandar pada dinding kaca rumah.Tangan disilingkan ke dada.Eceh,nak merajuk pun sempat lagi posing macho eh.

Perlahan lahan,Anna mendekati tubuh makhluk Tuhan itu.

"Weh,abang.Apa abang buat kat sini?Tak sejuk ke?Kuat angin ni.Dahlah abang pakai singlet je." Ujar Anna,nampak prihatin di situ.Janganlah salah sangka,Anna memang prihatin dengan Arga.Siapalah yang tak sayangkan suami sendiri?Kau?

Ok,Anna nak angkat bahu je.

Pada mulanya Arga langsung tak menjawab.Oh,ego ya.Anna sudah tersenyum senyum mendapat satu idea nakal.

"Abang..." Kali ini,Anna yang merengek manja sambil memeluk pinggang Arga.Yelah,nak peluk bahu mana sampai sob,sob.Hanya mampu memeluk pingging manusia tiang ini.

Arga masih kaku.

"Abang,jomlah masuk tidur.Kata esok nak bawa kami jalan jalan," Anna cuba memujuk lagi.Tetapi,Arga masih diam.Ok,Anna sudah tiada cara lain.Hanya satu lagi pilihan.Nak goda lelaki,senang je kot.Walaupun iman diorang ni ada lapan begitu berbanding dengan perempuan,tapi nafsu diorang satu ja.Hahaha.

"Ok abang,Anna nak minta maaf kalau Anna ada buat abang sakit hati.Anna minta maaf sangat." Anna bergerak di hadapan Arga.Wajah Arga dipegang.Wajah dibuat habis gaya orang meminta kasihan.

"Sorry lah,bang." Anna menjentik bibir Anna.

"HAHAHAHA!" Tiba tiba,terburai gelak Arga yang ditahan tahannya sejak tadi.Eh,Arga kenakan Anna ke.Dahi Anna sudah berkerut.

"Comellah sayang ni,tak kuat betul hati abang nak merajuk lama lama.Hah,jomlah masuk bilik cepat.Abang dah tak tahan ni," ucap Arga tanpa perasaan.Dengan mengabaikan perasaan Anna,Arga pantas menarik bahu Anna masuk ke dalam rumah.

Anna pun redha je lah.Ei,takpe lah.Nasib baik sayang.Kalau tak,bagus ambil kapak dan tetak badan dia ni.

🍓🍓🍓

"Alfian,Elyan,jangan lari lari.Nanti jatuh," Pagi pagi lagi,suasana rumah mereka sudah bingit tah macam apa.Dua ekor budak yang hyperactive benar benar menyesakkan dada Anna dan Arga.

Namun,mereka tetap gembira atas kurniaan Tuhan pada mereka itu.

Lepas saja semua sudah selesai,mereka sekeluarga pun masuk ke dalam kereta Arga dan meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

Hari itu,ada funfair yang dibuka di hujung kampung.Maka dengan itu,Arga berkeras mahu membawa Anna dan anak anaknya untuk bercuti di sana.Walaupun sebenarnya Anna mengharapkan Istanbul ataupun Paris yang akan memakan jejak kakinya.Takpelah,maybe next time.

Satu hari itu,mereka satu keluarga menghabiskan masa bermain di funfair,makan aiskrim dan menonton filem vampire.

Defak,Anna tercarut dalam diam.Sedihnya bila dapat suami yang pelik macam ni.Terpaksa Anna merelakan segalanya.

Jangan tak percaya,Elfian dan Elyan turut mewarisi darah Arga.Masa diorang lahir dulu pun tetiba ada gigi taring.Fuh!Ya,Elfian dan Elyan adalah kembar lelaki.Sekarang dan nak masuk umur 2 tahun pun.Lama tak kita tak jumpa,huhu.

Tak puas menghabiskan tenaga di funfair,Arga bawa lagi keluarganya pusing Pekan Sulabula.Sebuah pekan yang terpencil dan bersejarah.Pekan tersebut memang cantik,semua bangunan kelihatan antik.Walaupun tak setanding pekan lain,tapi banyak tempat menarik.Pelancong pun banyak yang datang ke situ.

Malamnya,mereka makan malam terus di sebuah kafe yang baru buka.Badan yang sudah pelit pelit,diendahkan akibat kebuluran yang sudah kritis melanda.Semua gara gara tak makan nasi satu hari.

Akhirnya,tepat jam 8  mereka pun balik ke rumah.Sampai saja di ruang tamu rumah,semua jatuh terlentang di atas karpet.Sudah tidak berdaya untuk meneruskan langkah.

"Sayang..." Panggil Arga,ngam ngam ketika itu mereka baring berdepan.

"Hmm.." Anna sudah tak larat mahu membuka mulut.Elfian dan Elyan pasti sudah terlelap di sisi mereka berdua.

"I found that loving you is so beautiful.Thank you for everything," ucap Arga penuh romantis.

Anna mengukir senyuman yang paling manis.

"Sama sama," balas Anna ringkas.Rasa cintanya buat Arga,cukuplah dia tunjukkan melalui setiap perlaukuannya terhadap Arga.

"Even ending kita tak seromantik macam cerita cerita lain.Tapi abang bangga sebab jadi nombor satu dalam hati Anna."

"A beautiful sunshine is around us.It's a summer love...."

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now