BAB 22
Balik dari sekolah,ada driver yang ambil Anna.Ada Arga cakap dulu dia yang akan hantar dan ambil Anna di sekolah,kan?Oh,itu dia salah cakap.Kelas dia pun tak menentu dan saat saat yang dia free je baru dia yang akan ambil Anna.
Sampai je kat rumah,Anna tak tahu nak buat apa.Dia teringat yang malam ni dia nak ke Cafe BBS.Dia terus melangkah ke bilik.Sekarang baru jam 2 ke jam 3.Awal lagi.
Oleh kerana Anna mahu bermalas malasan maka dia berendam air suam di dalam bilik mandi.Satu jam kemudian,baru dia keluar dengan memakai baju lepas mandi.
Terkejut dia apabila melihat Arga yang sedang baring di atas katil.Mesti dia pun baru balik dari kolej.
"Hey sayang,come here.I miss you," Anna tidak tahu sama ada harus muntah atau terjun dari atas katil ke atas lantai.
"Kau apahal?" Soal Anna endah tak endah,rambut dikeringkan.Tiba tiba satu pelukan hinggap di pinggang Anna.
"Wanginya,Anna.."
"Excuse me,saya memang wangi.Kau tu bau,dah pergi mandi sana." Halau Anna tanpa menghiraukan perasaan Arga.
"But,i want you." Terasa ringan kaki Anna mahu mengecop wajah tampan Arga.
"Arga,dengar sini.Kita khawin bukan atas dasar cinta.So,take it.Kita tak akan pernah lakukan sesuatu yang intim." Ok wow,berani Anna cakap pasal tu.
"Like i care.." Kata Arga dan tangannya mula merayap di dada Anna.
"Arga,stop it!"
"Saya gurau je.HAHAHA," Arga terus baring kembali ke atas katil.Ingat lawak kah?Anna mengetap giginya menahan sabar.
Tak guna betul Arga main sentuh sentuh dia!
"Malam ni saya nak pergi ke Cafe BBS.Pinjam kereta kau eh?Nanti,belikanlah saya kereta supaya saya boleh gerak kemana mana sendiri." Ucap Anna,nampak macam perempuan yang mata duitan pun ada juga.
"Anything.." Jawab Arga ringkas.Anna terus keluar dari bilik itu dan turun ke dapur.Terpaksa kena belajar sediakan makanan untuk mereka.Tak kan selamanya nak makan kat luar.
🎸🎸🎸
"Hey bro," Anna menyapa kumpulan penari BBS itu.Ramai juga yang datang belajar menari.Dalam banyak banyak orang itu,Anna cuba mencari susuk tubuh Tiny.Dia dahlah kecil,kalau dalam ramai orang memang susahlah nak cari.
Oh ya,dalam Cafe tu ada satu ruang di tingkat atas.Di situlah geng BBS selalu latihan menari.Luas tempat tu,macam dalam dewan.
"Anna!" Anna sudah dapat mengagak siapa yang memanggilnya itu.
"Weh,Tiny.Sini." Anna melambai ke arah Tiny.Tiny kemana mana kalau bukan dengan kertas lukisannya,selalu dengan komiknya yang berunsur vampire itu.Naik rimas Anna melihatnya.
Anna mula belajar menari dan Bakh yang mengajarnya.Lelaki yang pernah datang ke majlis makan malam di rumah Arga.
"Macam ni..One,two..Three,four..Five,six..Seven,eight.." Anna ternganga.Apa Bakh buat ni,terpusing sana,terpusing sini.Pening kepala Anna.
"Pelan pelanlah," suruh Anna,dalam hatinya mendoakan agar Tiny tidak mampus kebosanan.Lain kali tak perlulah kot susahkan Tiny.
"Ei,kau ni.." Bakh ketap gigi.
"Weh,kau hantu kan?" Masa belajar menari,sempat Anna mengorek rahsia Bakh.
"Hantu apanya,saya manusia lah." Jawab Bakh geram.
"Alah,kau datang masa majlis makan malam kat rumah saya dulu."
"Kau ingat semua yang datang tu,hantu ke?"
"Haahlah,kata Arga semua dari puak serigalalah,puak helanglah,puak anjinglah..Oh,mungkin anjing tak ada.Kau dari puak apa?" Anna tidak henti henti menyoal Bakh.
"Hesy,saya dari puak duyung.Saya bukan hantu," balas Bakh terpaksa melayan kerenah Anna.
"Wuu,duyung.Kau boleh tukar jadi duyung tak?"
"Bolehlah,kau jangan suruh saya tukar kat sini." Bakh seperti dapat mengagak apa yang ada dalam kepala otak Anna.
"Haha,nak juga saya tengok kau bertukar duyung."
"Jangan merepek.Cepat belajar menari.Basic pun kau belum tahu." Kata Bakh seperti nada mengejek,Anna pura pura tidak dengar.
Lama juga Anna belajar menari,sampai jam 11 malam.Itupun Tiny yang mengingatkan.Kalau tak,memang Anna syok sangat menari.
"Tiny,jom kita singgah jap minum kat bawah." Ajak Anna,Tiny hanya meng'ok'kan.Sambil minum minuman susu caramel latte,Anna dan Tiny berbual kosong maksudnya berbual sesuatu yang merepek.
"Tiny,kau nak tau.Saya nak jadi bintang!"
"Buat apa nak jadi bintang,penggapai bintang pun kau tak layak."
"Tiny,kau nak mandi dengan susu caramel ni?" Anna memandang Tiny tajam.
"Gurau,Anna.Teruskan apa mimpi kau.."
"Maksud saya,saya nak jadi bintang yang terkenal.Macam geng 'Babi Babi Sayang' tu.."
"Geng BBS cukuplah,kau nak kena usir dari Cafe ni ke?" Tiny memintas kata kata Anna.
"Sambung balik.Saya nak jadi macam geng BBS tu,famous kat sekolah.Saya pun nak famous.Saya nak buat group kpop lepas tu kami selalu buat persembahan dan kali ini pelajar lelaki pula yang histeria kerana ada persembahan ala ala kembar twice kat sekolah.Cun tak?"
Tiny hanya mengangguk angguk padahal dia sibuk main game 'Tom Run' dalam henfonnya.
"Lepas tu,bila saya dah dapat nama.."
"Anna tu bukan nama kau ke?" Sempat Tiny memintas kata kata Anna.Anna pun dengan perasaan tak puas hati,minum minumannya seteguk dan prushh!
"What?!Eh,sorry tak sengaja." Anna menghulurkan tisu kepada Tiny yang terkena semburan Anna tadi.Tiny pun memang selalu pasrah je.
"Eh,Tiny jomlah balik." Akhirnya,lepas Anna merepek beberapa jam.Tak baru beberapa minit,Anna pun mengajak Tiny pulang.Tiny balik dengan motorsikalnya.
Anna masuk ke dalam kereta Arga dan mula bergerak meninggalkan Cafe BBS itu.Dia menangkap kelibat Izh dan dia sudah malas untuk patah balik.
Mungkin lain kali je jodoh kita Izh.Katanya dalam hati.Dan apabila sampai di rumah baru dia tersedar akan kebodohannya tidak berjumpa dengan Izh tadi.
Silaton!
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...