46[Darah]

1.8K 68 1
                                    

BAB 46

Anna terjaga pada subuh yang sejuk itu.Tekaknya terasa kering.Loyanya agak baik ketika itu,tak adalah rasa nak muntah lagi.

Perlahan lahan dia bangkit dan turun ke dapur.Dia mencapai satu kotak susu dan menuangnya ke dalam gelas kaca.Dia meneguk perlahan sehingga ke tegukkan yang terakhir.

Selepas mencuci gelas itu,Anna melangkah perlahan ke ruang tamu.Suasana pada masa itu agak malap.Dan tiba tiba matanya menangkap sesusuk tubuh yang terhenjut henjut bergerak ke ruang tamu.

Dada Anna menjadi kecut.Adakah makhluk itu adalah orang jahat yang akan menghabiskan nyawa Anna pada bila bila masa?

Anna kembali ke dapur dan mencapai pisau.Dia mengintip lagi kelibat itu,dia sedang menuju ke sofa.Anna mendekati makhluk itu perlahan lahan.

Tiba tiba tubuh manusia itu jatuh ke atas sofa.Eh,dia nak tidur dulu ke baru nak bergerak nanti?Anna mendekati lagi orang itu.

"Anna..." Sayup sayup kedengarab makhluk itu bersuara menyebut nama Anna.Bulu roma Anna terasa merinding.Macam mana orang ni tahu nama dia?

"Anna.." Tidak,Anna kenal suara itu.

"Anna.." Suara itu makin perlahan.

"Arga!" Jerit Anna,pisau di tangannya terlepas dari tangan dan hampir jatuh mengenai kakinya tapi tak sempat sebab pisau itu tiba tiba jatuh di tempat lain.

Anna memberanikan diri untuk mendekati orang yang disangkanya Arga itu.Melihat saja wajah orang itu dengan jelas,Anna pantas memeluk tubuh Arga erat.

"Argh!" Arga mengerang sikit,seperti mengaduh kesakitan.Anna pantas bergerak menekan suis lampu agar ruang tamu itu terang cepat saja dia kembali ke arah Arga.

"Arga,awak kenapa ni?" Terkejut Anna sebaik melihat tubuh Arga yang cedera itu.Wajahnya lebam sana sini.Tangannya ada tanda macam kena cakar sesuatu.

"Anna,tolong buka baju abang." Suruh Arga,Anna pantas menurut arahan.Baju Arga dibuka dan kelihatan satu luka yang besar di bahagian kiri dada Arga.Darah melelh leleh di situ.Entah ke mana,Anna bernafsu pula dengan darah Arga itu.

Tanpa dapat menahan diri,Anna mendekati tubuh Arga dan menjilat darah itu.Ok,maaf kalau kau rasa jijik tapi Anna pun tak tahu kenapa dia rasa macam nak minum darah itu?

Arga tercengang.

"Sayang,apa awak buat ni?Janganlah,awak bukan biasa minum darah." Arga cuba menahan perlakuan Anna tapi Anna tetap berkeras.

"Tak,saya memang betul betul nak rasa darah ni." Ucap Anna tanpa mengendahkan halangan Arga.Bila puas hisap darah,baru Anna terfikir nak bersihkan luka Arga.

Baru Anna mahu berdiri,tangannya sudah disambar oleh Arga.

"Tak payah,saya vampire boleh sembuhkan diri sendiri.Esok,baiklah luka ni." Ujar Arga seperti dapat membaca fikiran Anna.Anna kembali duduk di sisi Arga.

Mata mereka saling memandang,Anna mengusap wajah Arga perlahan.Rindunya akhirnya terlerai setelah hampir berbulan Arga telah menghilangkan diri.Yap,macam tak sedar pula masa berlalu.

"Arga,cuba bagitau saya kenapa awak jadi macam ni?" Soal Anna.

"Puak kami telah berlawan dengan puak serigala,diorang nak kuasai kerajaan bunian so kami cuba halang then terjadilah pergaduhan." Jawab Arga seringkas yang boleh,sebab ceritanya memang agak mengarut.Anna hanya mampu mengeluh kecil.

"Tapi sayang tak payah risau lah,masalah kami dah selesai.Tak payah lagi fikir pasal tu.Yang penting sekarang saya nak hidup dengan awak.Awak sayang saya kan?"

"Er..." Anna keluh,nak mengaku tapi aduh malu pula.Anna mana pernah berdepan dengan semua ni LOL.

"Jangan tipu abang,abang nampak awak sayang abang kan.Mata awak tak boleh menipu," usik Arga.

"Eh,mana ada.Dahlah saya nak tidur dulu.Kau tidur je lah kat sini,saya nak tidur kat bilik bai.." Anna pantas meninggalkan Arga begitu saja.Wajahnya sudah membahang panas.Blushing duh.Adakah dia sudah benar benar jatuh cinta?Ya,sepantasnya cinta itu buat suami dia.Tak dosa pun.

💖💖💖

Bangun pada keesokan harinya,tubuh Anna rasa tersekat.Pabila pandang ke sisi,ceh Arga sudah ada kat situ sambil peluk dia dengan tangan dan kaki.Fuh.

Anna berpaling menghadap Arga,wajah Arga yang masih tertidur itu dipandang dalam.Tiba tiba,gatal pula tangan Anna nak kacau rambut Arga yang keperang perangan itu.

Anna teringat pasal luka Arga,dia meneliti tubuh Arga,dada Arga yang terdedah juga dibelek.Oh,nasib baiklah memang betul dah sembuh.

Tekak Anna rasa ok pula bila dekat dengan Arga,dia ketagih dengan bau badan Arga.Ceh,teruk betul penangan mengandung ni.

Arga tersedar apabila terasa seperti ada yang menghidu hidu badannya.

"Sayang apa ni,goda abang pagi pagi." Arga mengeratkan pelukannya kepada Anna.Pantas Anna tersedar.

"Eh,siapa yang nak goda kau?" Balas Anna cuba menutup getaran di dadanya.

"Nah,lepaskan.Saya nak mandi.Kau tu dah berapa bulan tak mandi,bau semacam." Ok Anna nak cover pun agak agaklah.Kata Arga bau padahal beria ia nak hidu tadi.

Anna pantas bergerak ke arah kamar mandi apabila tubuhnya dilepaskan oleh Arga.Namun baru beberapa langkah,tekaknya sudah terasa kembang.Pantas dia memuntahkan isi perutnya di singki kamar mandi.Tak kan dia nak kembali kepada Arga pula,buat malu je.

"Sayang,kenapa ni?" Arga muncul di situ dengan wajah risau.Dia mengusap usap belakang Anna.Anna tak menjawab,apabila terhidu bau badan Arga rasa loyanya terus hilang balik.

"Eh awak,saya..."

"Mengandung ke sayang?" Sambung Arga teruja,pantas tubuh Anna ditarik erat ke dalam pelukannya.Entah hati Anna mudah tersentuh,dia rasa sangat terharu dan senang berada dalam pelukan Arga.

Dia belum pernah rasa semua ni sebelum ni.Ya Tuhan,indahnya.

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now