33[Perkhemahan II]

873 56 0
                                    

BAB 33

"Oh,Anna.." Itu bukan suara siapa siapa,itu suara Yana.Hah,kalau diminta menjadi juri siapa yang paling gedik antara geng Panthera Leo.Anna sudah dapat satu iaitu Yana.Gediknya Ya Allah,iblis je boleh tahan.Sama je perangai macam perempuan yang acah famous satu bas dengan Anna tu.

"No!Saya tak nak jadi badut!" Kata Anna tegas.

"Oh,please Anna.Kau tak kan jadi badut.Percaya pada kami,kau akan bertambah lawa dan semua beruk akan pengsan dengan kecantikkan Anna." Rasanya ini bukan masa untuk membuat lawak.

Eii,Yana ni nak makan penampar ke pesepak?Anna hanya mampu bersabar dengan geng yang rasanya dia salah masuk ini.

"Yana,jangan paksa saya boleh tak." Anna menahan aura ganasnya yang bila bila masa akan timbul.

"Anna,ini rule ok.Kau tengok kami semua,semua pakai mekap.Mekap ni sebagai tanda kita adalah geng Panthera Leo!" Yana terjerit jerit seperti bersorak tarian pompom.

Ya Tuhan,berikan tangan atau kaki saya kekuatan agar tidak menyentuh wajah gadis bernama Yana ini dan membuatkan hutan ini jerebu.Anna mulai berdoa dalam hati.

"Kalau Anna tak pakai,bermakna Anna bukan geng kami dan Anna akan dihalau daripada kem ini kerana tidak mempunyai mana mana kumpulan." Eleh,pandai pula dia nak mengugut.

And yess,Yana and the gang memaksa Anna untuk memakai mekap.Oh,simpang kubur kucing bertanduk.Janganlah rosakkan wajah flawless Anna ini dengan secalit bedak yang macam pasir itu.Dan tambah lagi dengan mekap yang berwarna warni,tidakkah ia akan seperti badut?Sejak tadi pun,Anna menahan diri agar tidak meminta belon daripada enam ekor badut yang sesat di hutan ini.

"Kalau saya dihalau pun,korang pun sama dihalau.Dalam satu kumpulan kan mesti ada 7 orang,mana korang nak cari badut seekor lagi?" Ujar Anna tanpa memandang perasaan gadis gadis di hadapannya ini.Apa Anna kesah?Pantang dia kena paksa lakukan sesuatu yang dia tidak suka.

"Alright,Anna menang.Tapi,oleh sebab Anna degil tak nak pakai mekap.Maka,Anna ditugaskan untuk menyiapkan sarapan untuk kami semua." Oh tolonglah,Anna bukan kuli ok.

Tapi,disebabkan Anna sudah malas mahu bertengkar dia hanya mengangguk taat pada perintah.Cis,dia tidak akan tunduk dengan gadis gedik macam ni.Dia cuma ada satu rancangan yang boleh buat hidup dia tenang lepas ni.

"Ok je,korang semua tunggu kat sini ok.Saya siapkan sarapan dan akan hantar makanan ke sini dalam masa setengah jam je." Ucap Anna,semua gadis itu mengangguk anggukkan kepala seperti belatuk.Ketuk juga kepala diorang guna bata baru padan dengan muka ko.

Anna melangkah keluar daripada khemah yang panas bagaikan dapur neraka itu.Biasalah ahli ahli kan,ops.Anna jaga hati dan fikiran.Jangan jadi ahli mereka,ya.

Anna pantas melangkah ke arah tapak memasak.Nampaknya,kumpulan dia je yang memasak seorang.Yang lain semua bekerjasama.

Anna,Anna,kau benar benar silap memilih kumpulan.

Kerja Anna mudah je,semua bahan dan kelengkapan telah disediakan.Anna mula memasak.Bila difikir fikir dia nak masak nasi goreng manis.Wah,manis eh.Satu bungkus gula Anna letak dalam nasi.Hahaha.Lepas tu goreng ayam setengah masak,yang masih ada darah meleleh tu.Alah,sihat apa makan ayam setengah masak.Lepas tu dia terus sediakan sosej tanpa goreng,faham kan.Sedap apa.Last sekali,dia buat air milo yang paling sedap pada kurun ini dengan satu bungkus garam.Plastik yang kecil je.

Ok done!

Semuanya sudah selesai dan Anna mula mengagihkan semuanya kepada 6 piring.Relaks dulu,baru 10 minit berlalu.Boleh Anna masakkan makanan untuknya dulu.Dia nak makan nasi goreng tadi?Ok,dia belum jadi Pak Pandir lagi.

Makanan Anna punya sedap,syok syok dia makan seorang sambil goyang kaki.Tepat 30 minit,Anna mula menghantar makanan ke khemah geng Panthera Leo.Siap dihidangkan,

"Ok girl,boleh mula makan sekarang.Enjoy your eat," Anna mengenyitkan matanya nakal.

"Wah,wanginya bau.." Komen Gini sambil menghidu aroma masakan Anna yang pastinya sedap sehingga ke dubur.

"Nampak sedap ni," Merly sudah menggosok gosok tangannya,tidak sabar sabar mahu menjamah makanan.

"Ok girl,saya nak bersihkan tapak memasak dulu.Jemputlah makan,jangan segan segan." Baik punya Anna ni.Dahlah dia tolong masak,lepas tu Anna bagi lagi kata kata bijak sebelum makan.Memang mantap ah.

Setelah itu,Anna terus melangkah keluar daripada khemah itu semula.Dia berjalan menjauhi khemah itu,sejauh yang boleh.

Sebab apa?Korang pun sudah pasti tau.

Tiba tiba satu gegaran kecil berlaku,burung terus lari eh terbang bertempiaran.Monyet berpelukkan antara satu sama lain akibat terperanjat.Tarzan yang sedang melompat dari satu pokok ke pokok yang lain tiba tiba terlanggar sebatang pokok yang besar lalu jatuh terjelepok ke tanah macam nangka napasa(buruk).

Semuanya kerana jeritan geng Panthera Leo yang begitu merdu,atau lebih tepat geng The Gediks.

"OH MY GOD,ANNAAAAA!!!" Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir mereka menyebut nama Tuhan.

Semua pandang satu arah,iaitu khemah geng Panthera Leo,semua senyap dan bunyi cengkerik berbunyi kedengaran.

Sesaat,

Dua saat,

Tiga saat,

Kini enam ekor zombie sedang mengejar Anna dengan penuh rakusnya.Anna hanya terkekeh kekeh ketawa.Dia sudah bersedia naik di sebuah pokok.Dia tahu zombie tidak pandai naik pokok.

Maka,keenam enam zombie itu menggoyang goyangkan pokok yang dinaiki oleh Anna.

Tanpa disangka sangka,dahan tempat Anna duduk tiba tiba tidak menyebelahi Anna.

PRAAKKK!

Dahan itu tercabut dari badannya lalu jatuh ke permukaan bumi.Dan Anna masih berada di atasnya,jatuh bersama.

Keseronokkan apakah ini?

Anna kini dikelilingi enam ekor zombie yang sedang kelaparan.

Malangnya belum sempat Anna dijamah,dunianya sudah bertukar gelap.Hitam.

Anna hilang dalam dunia hitam dan berjumpa dengan seekor unicorn tiada kaki.

Anna pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masalahnya,Anna jatuh dari pokok.Pada ketinggian yang boleh dikatakan agak,


Tinggi.

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now