BAB 8
"Hah,apahal korang lumba harem pagi pagi buta macam ni?Dah takde life dah sampai nak buat kerja terkutuk ni?" Kata lelaki polis itu yang berbadan agak buncit.
Cis,tepat depan muka Anna pula onepack polis itu!Anna menjauhkan sedikit wajahnya daripada tingkap kereta.
Comel tapi euw..
"Maaf pakcik kami bukan lumba haram..." Kata kata Anna dipintas oleh polis itu.
"Encik!Panggil saya encik!Saya encik polis.Jadi korang ditahan!Jom ikut saya ke balai!" Kata polis itu tegas.
"Eh,encik salah faham.Kami bukan lumba haram tapi kami nak cepat sampai ke hospital.Suami saya dah tak tahan nak beranak." Balas Anna cepat.Lantaklah apa apa je.
"Oh ya?" Polis itu tercengang sekejap.Hah,nampak blur plus budu meraban di situ.
"Tapi,bukankah dia lelaki?" Tanya polis itu bingung.
"Haah,yelah.Dia homoseksual." Izh hanya mampu mengetap gigi menahan geram,suka hati Anna saja nak cakap apa.Tapi Izh malas nak masuk campur,ini semua demi kebebasan mereka.
"Homo-Seksual.Hmm,interesting.."
Warghh!!!Kalau boleh mahu saja Izh menghempuk kepala polis itu di atas jalan raya.Ey!
"Jadi,kat belakang tu sape?" Soal polis tu lagi sambil menunjuk kereta di belakang kereta Izh.Sibuk je.
"Ouh,itu suami kedua saya."
Uhuk!Izh tersedak air liur sendiri.Anna,Anna...Nak menipu pun pandai pandai lah.Nanti tertangkap,mampus!Nasib polis ini agak mereng otaknya.Senang nak dibawa untuk berdrama.
"Eh,encik.Kami buru buru ni.Suami saya dah batuk batuk.Anak dia dah nak keluar tu." Anna pura pura menggesa.
"Ok,ok.Tapi,kenapa saya nampak perut dia kempis je?"
Aduhnah,polis ini kan?Nak makan kaki ke?Banyak tanya betol.Kalau percaya tu,percaya je lah.Tak payah nak acah bijak tanya soalan banyak banyak lagi.Hih!
"Entah,mungkin dia beranak cicak.." Balas Anna selamba.Polis itu memikir sejenak.Izh sudah gelabah gila.Anna ni kan!
"Ha,yelah.Korang geraklah,nanti tak sempat sampai hospital.Satu lagu,tahniah eh!"
"BAIKLAH ENCIK POLIS!" Kata Anna dalam nada geram yang ditahan tahan.Lantas,kereta terus dipecut menerbangkan polis itu ke gaung.
Haha,bayangan Anna je tu.Tak kanlah betul betul.Kelihatan Hizham kekal mengekori di belakang mereka.
"Heh,Anna ni kan.Tapi,serius lawak.HAHAHA!Tak sangka polis tu percaya bulat bulat cakap kau.Apakah?HAHAHA!Tapi,Anna tak boleh buat macam tu selalu.Nasib je dapat polis yang naif macam tu.Kalau dapat polis yang normal,macam mana?!" Nada Izh berubah ubah.Dari main main terus jadi serius.
"Kau diam je lah,nak sibuk buat apa?!Aku tahulah apa aku buat." Anna membalas tanpa perasaan.
"Hmm,Anna.." Panggil Izh,lembut.Anna sedikit terganggu.Tak suka betul dia dengan suara lembut lembut ni.Lagi lagi daripada Izh dan Hizham.Eh!
"Diamlah,bongok!" Marah Anna.
"Anna,jawablah bagus bagus.Jangan marah marah dong sayang.."
"Ei,diamlah bahbih!" Nah keluar sudah itu mulut longkang dia.
"Eh,Anna stop kejap!Stop!Saya nak keluarkan sesuatu!" Tiba tiba Izh menjerit macam orang gila.Dengan stress tahap kritikal,Anna menekan brek kereta dengan kuat.Bunyi tayar bergeser dengan tar memekakkan telinga,sehingga mati enjin kereta Izh.
Fuh,nasib baik Anna dan Izh pakai tali pinggang keledar!Kalau tak,dah lama author matikan je dua ekor ni.Habis cerita.
Anna berpaling ke arah Izh tajam.
"I love you,Anna.."
Bum!Kebum!Bom!
"And i hate,Hizham!!!Uwaa,Anna!My baby!Uwaa!!" Izh meroyan gila dan terus keluar daripada kereta.
Saat melihat belakang kereta Ferrarinya kemek,hancur habis dicium oleh muncung kereta Hizham.Izh sudah menggertak gigi menahan geram.
Pantas dia bergerak ke arah Hizham dan menarik Hizham keluar daripada kereta.
"Kau apahal buta sangat?!Napa kau langgar kereta aku,hah?!" Buk!Sambil berkata,tangan Izh juga sambil menumbuk muka Hizham.
"Hei,korang yang bodoh sangat hentikan kereta tiba tiba apahal pula?!" Balas Hizham kuat,dia turut melayangkan penumbuknya ke muka Izh.
Satu sama(1-1)
Sebelum sempat mereka mengaut mata lebih banyak,maksud saya markah tumbukan diorang.Anna dengan selambanya datang menyapa mereka seperti tiada apa apa yang berlaku.
"Hai,guys.Tak sabar nak khawin dah ke?Pasal kereta ni korang jangan risau.Nanti aku call abang aku suruh bank in duit kat korang untuk perbaiki kerosakkan kereta korang.So,what?" Kata Anna sambil memeluk tubuh.
"Ei,Anna.Kau tau tak kereta ni turun temurun sejak moyang saya lagi.Kereta ni dah kena sumpah!Sesiapa antara keturunan kami yang merosakkan kereta ni akan mendapat malapetaka!Saya tak risaulah pasal duit nak baiki kereta ni.Huh!" Nampak sangat Izh stress.
"So,kau nak buat apa kat aku?Hah?!" Sakit pula hati Anna bila dimarah begitu.Kucar kacir sungguh perasaan mereka ketika itu.
"And more,kau yang suruh aku stop tiba tiba.Jadi,salah siapa sekarang?!" Hambur Anna lagi.
Izh terdiam,kesal.
"Last but not least,kau ni bodoh ke apa percaya benda benda merepek macam tu?Aku tak tau lah mana aku jumpa korang ni?" Anna terus berlalu dari situ.
Dia menuju ke satu sudut di tepi jalan raya,lalu duduk bersila di atas rumput sambil memandang ke atas langit yang terbentang bersama bulan dan bintang.
Anna mengelamun jauh.
Izh dan Hizham mengeluh serentak.Lalu,mereka mendekati Anna perlahan.
"Anna..." Anna tidak menyahut panggilan Izh mahupun Hizham.
"Ok,Anna maafkan saya.Lupakanlah pasal ni.Sekarang,kita balik rumah saya dulu.Dah dekat pukul 4.30 ni,nanti banyak lagi kereta yang lalu lalang kat sini." Pujuk Izh.Sebenarnya dia gurau je pasal sumpahan itu,saja nak test takutkan Anna.
"Anna.."
"Ok jom!" Tanpa mempedulikan Izh dan Hizham,Anna terus masuk ke dalam kereta Izh.Dia masuk di bahagian penumpang.Dah,takde mood nak pandu kereta.
Lalu,mereka bergerak bersama meninggalkan tempat itu.
💮💮💮💮💮
Cadangkan author tajuk yang sesuai untuk cerita ini,boleh?
Let's comment and i will take your suggestion.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...