24[The gediks]

1.4K 67 1
                                    

BAB 24

"Holla Anna.." Masa hendak masuk ke kelas,Anna tiba tiba disapa oleh geng Panthera Leo.Anna hanya membalas 'hai'.

"Kitorang nak ajak Anna shopping hujung minggu ni kat mall." Kata Fatin.

"Shopping?Hujung minggu ni?Boleh," jawab Anna sekaligus.Lagipun bukan ada apa yang dia nak buat setiap kali hujung minggu.Selalu terperap kat rumah dengan Arga je.

"Ok good,nanti kita chit chat.Saya dah add Anna dalam group whatsapp kita." Ujar Hajar.

"Ok,thank you." Setelah berbual bual kejap dengan geng Panthera Leo,Anna bergerak ke tempat duduknya.Dia sudah membayangkan apa barang yang dia nak beli hujung minggu ni.Novel tidak dilupakan.Oh,yang paling penting mereka nak shopping untuk perkhemahan minggu depan.

"Kau geng dengan 'The Gediks' tu ke?" Soal Tiny sebaik Anna melabuhkan punggungnya di atas kerusinya.

"Hello,nama kumpulan kami 'Panthera Leo' ok.Bukan 'The gediks'." Anna melihat kepala Tiny nampak begitu berselera untuk menerima ketukannya.

"Ouh,yeke?" Balas Tiny acuh tak acuh.Nampak sangat dia tak suka dengan geng Panthera Leo.

"Kau ikut perkhemahan minggu depan ke?" Soal Anna,dalam hati dia berharap agar Tiny turut ada masa perkhemahan tu.Ada juga kawan dia.

"Taklah,saya mana ada geng.Kan mesti ada 7 orang dalam satu kumpulan."

"Hak alah.." Anna sedikit kecewa mendengarnya.

"Kau tak payah risaulah.Geng BBS pun ikut perkhemahan tu,confirm kau tak bosan punya." Anna tahu Tiny hanya mahu menyedapkan hatinya.Tak apalah.

Beberapa saat kemudian,cikgu yang tidak dinanti nanti pun akhirnya tiba.Time to learn english hoho.

✏✏✏

Baru Anna tahu,berjalan bersama geng Panthera Leo sangatlah membosankan tahap mereputlah kau dan sila meninggal.Huaiii..Nak mampus rasanya kaki Anna dari pagi hingga ke petang kerana tak henti henti bergerak ke sana ke sini.Anna pun hanya mampu redha dan terus mengikuti gegirls itu mencari barang yang diingini.Tak habis habis dan rasanya sampai esok pun tak kan siap.

"Gini,beg ni limited edition tau.Kau tak nak beli ke?"

"Kasut ni pun sama."

"Fatin,cuba tengok mana satu baju yang padan dengan kulit i.."

"Gincu ni terlalu terang,ada yang pudar sikit tak?"

"Ada kasut tinggi yang lagi tinggi tak?Ini tak cukup tinggi."

"Rantai ni agak padan dengan leher saya.Hei,lihat cincin telinga ni(?)."

"Lampu suluh nak yang pink."

"Beli semua jenis keropok."

"Saya nak lolipop yang ada gambar taik rama rama."

"Kita nak makan mana?Makan KFC je lah,jum.."

"Icecool je lah.."

Kalau senaraikan semua,kira kira boleh buat korang menyampah tahap apa?Author pun rasa nak remove je pelakon pelakon yang gediks ni.Cei..Buang masa betul.

Anna menyapu air matanya terharu,betul juga cakap Tiny.Geng ni patutnya nama 'The Gediks'.Baru padan.Kalau geng Panthera Leo,celah hidung mana garangnya kumpulan ni.Taik harimau pun takde.Ei..Sabar je lah.

Maka dengan itu,Anna memberi 1001 alasan untuk balik awal kerana mamanya sudah memberi amaran balik awal.Tak kan dia nak bagitau suami pula.Karang terkejut 'The Gediks' ni bila tau yang dia sudah khawin.

Akhirnya,Anna bebas juga daripada penjara yang dibuatnya sendiri.Dia pun tidak percaya yang dia turut merupakan ahli kumpulan makhluk makhluk itu.Oleh kerana tidak mahu memusingkan kepala otak,Anna mula memandu dengan tenang menuju ke rumahnya dengan Arga.Lupakan masalah anda sekejap dengan balik ke rumah dan pasang TV tengok cartoon network.

👛👛👛

TinyKurus
Online

You
➡Tiny
➡Tiny...
➡TinyKurus...

Petang itu,Anna dengan penuh sukacita mahu menceriakan dan menggembirakan hati seorang temannya.Maka,dengan itu dia menghantar mesej kepada Tiny yang disayangi.

TinyKurus
➡Apa kau nak?

You
➡Weh,kau betul weh.Panthera Leo patut tukar nama jadi The Gediks.Tapi tu lepas saya keluar dari group tu lah.

TinyKurus
➡Kau nak cakap pasal tu je ke?Saya sibuk ni,lukisan saya hampir siap ni.

You
➡Lukisan tu kau boleh buat banyak tapi kawan macam saya ni kau boleh buat ke?😌

Bluetick.

Ok,Anna faham sekarang.Tiba tiba masuk mesej daripada Tiny.Oh,ingatkan nak hadiahkan bluetick je.

TinyKurus
➡Kawan macam kau bersepah kat kontak saya.Suka sangat nak kacau time saya tengah fokus melukis.

Kali ini Anna pula yang kasi Tiny bluetick.Ouh,tak guna betul perangai Tiny dalam chat ni.Macam nak makan penampar sekejap.Apabila sudah bosan mengacau Tiny,maka Anna melayan dongeng.Dia berfikir sekejap.

Nak tengok apa eh?

Rapunzel?

Cinderella?

The wannababes?

The gediks?

Akhirnya,berbekalkan sedikit doa Anna mulai melayan 'mermaid' dengan penuh taksubnya.Dalam hati Anna berbisik,wah seronok juga jadi duyung ni kan?Tak payah pakai alat bantu pernafasan kat dalam air.Boleh buat adventure merentasi laut yang luas.Boleh berjumpa dengan spongebob and the gang.

Tiba tiba Anna teringat Bakh.Bakh kan dari puak duyung.Mesti seronok kan hidup dia?Kalau dia cari pasangan nanti,dia nak cari perempuan yang berasal dari puak duyung juga ke?Atau cari yang manusia biasa macam Anna?Dan anak diorang mesti jadi duyung juga.

Eh,kalau macam tu anak Anna dan Arga pun mesti jadi vampire juga.Tak boleh,tak boleh.Dia tak boleh buat anak dengan Arga.

Fikiran Anna terlalu jauh melayang sehingga tidak sedar bila Arga muncul.

"Anna,i have a special dinner for you." Nak terkejut pun ada juga tapi badan Anna terlalu lambat untuk bertindakbalas sehingga Anna rasa sudah tidak patut.

"Cepatlah bersiap,penat tau saya sediakan." Sekali lagi suara Arga menusuk masuk ke dalam telinga Anna.

"Yelah." Balas Anna tanpa perasaan,tapi teringin juga dia tengok apa yang Arga sediakan.Cepat cepat dia bersiap dan tinggalkan henfonnya begitu saja.Dia perasan ada mesej daripada Tiny namun itu kini sudah tidak berguna lagi.

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now