10[Lari]

2.2K 122 10
                                    

BAB 10

"So apa kita nak buat sekarang?" Anna mula bersuara sebaik mereka bertiga sudah berkumpul di satu bilik khas di rumaj Izh.

Izh menamakan bilik itu sebagai bilik rahsia mereka.Eceh,sampai ada bilik rahsia bagai.Sampai pembantu rumah pun Izh tidak benarkan untuk masuk di situ.

"Ermm...Ini mengikut rancangan sayalah.Korang fikirlah korang nak setuju ke tak?" Kata Hizham.

"Apa dia?" Anna dan Izh memandang tepat ke arah Hizham.

"Macam ni.." Hizham sengaja melambat lambatkan katanya.Anna dan Izh sudah rasa macam mau cangkul kepala Hizham.

"Cepatlah!" Marah Anna dan Izh serentak.

"Ok,ok!Macam ni,saya rasa kita patut lari ke korea!" Ujar Hizham tenang.

Ternyata sangkaan korang meleset,mata Anna dan Izh bukan terbeliak ke apa?

Tapi,sudah berfangirl dan berfanboy macam beruk baru makan belacan!Hah,macam tu lah reaksi Anna dan Izh.

"Uyeah,saya boleh jumpa jungkuk.Twin author.Ohmaigad,omaigad,omaigad!Saya pun terfikir juga macam ni mula mula.Saya setuju 100 peratus.Sekarang juga kita gerak!" Kata Anna dengan teruja,kalah kanak kanak 5 tahun dapat mandi sungai.

"Korea?Ouh,tak sangka korang pun fikir benda yang sama.Yesss!Saya boleh jumpa shin jimin,isteri kedua saya selepas Anna." Kata Izh pula macam gila bayang.

"Aha,saya bole jumpa rose(adakah?).Baguslah kalau korang setuju,sekarang juga saya call daddy suruh untuk uruskan semuanya." Sambung Hizham.Semua menggila bila nama korea disebut.

Entah apa apalah.

"Oi!" Bersamaan dengan itu,dua tangan mengetuk kepala Hizham kuat.

"Auch!Kenapa?" Hizham mengaduh dan menyoal apa salahnya.

"Kau mana boleh bagitau papa kau?Rosak rancangan kita nanti." Marah Izh.

"Jadi..." Belum sempat Hizham melanjutkan katanya,Anna sudah memintas.

"Jap,jap." Anna mengeluarkan henfonnya dan menghidupkannya.Dia sengaja mematikannya sebab takut nanti ada yang cuba kesan lokasinya.Pasti papanya sudah membuat banyak cara untuk mengesan keberadaannya.

"Weh,Anna kenapa kau on phone?" Pantas Izh menyoal gelisah.

"Kejap je lah,ada aku nak buat." Balas Anna acuh tak acuh.

"Kau boleh guna phone sa..." Belum sempat Izh menghabiskan ayatnya,bunyi kenderaan menderum derum masuk ke halaman rumah Izh kedengaran.

"Jangan cakap itu.." Izh sengaja tidak menghabiskan ayatnya dan sepantas kilat mereka bertiga sudah mengintai dia balik jendela bilik itu,yang boleh menampakkan halaman rumah Izh.

Beberapa kenderaan sudah masuk ke laman rumah.

"Weh,tu kereta bapak aku!" Jerit Anna pada kereta terakhir yang masuk ke halaman rumah Izh.

"Oh,no,no!Anna cepat off phone awak.Saya dah kata jangan on tadi tapi kau degil!" Kata Izh tegas.

"Mana ada kau cakap jangan on phone.Kau tanya je kenapa aku on phone tadi!" Dalam masa macam tu,Anna masih sempat mahu melawan kata Izh.

"Hei,hei!Sudah,jangan bergaduh!Anna kau nak kita tertangkap ke.Mereka dah masuk dalam rumah ni!" Hizham pantas menyampuk.Semua gelabah gila.

"Ok,sekarang kita turun kat ruang bawah tanah.Kat sana ada laluan rahsia untuk sampai ke taman dan pasti tiada siapa yang perasan." Ucap Izh.

"Taman mana pula ni?" Soal Anna bingung.

"Ikut je lah!" Izh sudah memandang tajam ke arah Anna.

Kedengaran pintu bilik rahsia mereka itu seperti dipulas pulas tombol pintunya.

"Anna,kau dah off phone ke belum?" Soal Izh meninggi.Anna memandang ke arah henfonnya dan melemparkan sengihan ke arah Izh.

"Lupa pula,hehehe.."

"Hesyy,dahlah cepat masuk dalam." Suruh Izh selepas membuka sebuah pintu di permukaan lantai.Anna dan Hizham pun tidak perasan akan kehadiran pintu itu.

Pantas mereka masuk ke dalam lubang itu,ada tangga untuk turun ke bawah.Tinggi juga.

Masa Izh baru menutup pintu lubang itu,kedengaran pintu bilik rahsia mereka sudah dipecah masuk.Nasib baik lubang itu sempat ditutup sebelum diketahui.

Mereka bertiga menarik nafas lega dan perlahan lahan mereka menuruni tangga itu.Gelap!Izh mengeluarkan lampu suluh yang entah bila diambilnya,lalu menerangi ruangan itu.

Prekk!Pintu lubang itu dibuka dari atas.Terkejut ayam mereka bertiga.

"Heh,lubang apa ni?" Kedengaran satu suara lelaki.

"Mungkin ini lubang persembunyian mereka.Cepat masuk!" Sahut lelaki yang lain.

OHGHOST!!

"Kita sudah tiada pilihan.Lari!!!" Jerit Izh dan mereka semua pun terjatuh ke bawah,nasib baik atas air.Sakit punggung masing masing tidak dihiraukan dan mereka mula membuka langkah.Izh yang mendahului mereka.

Mereka terus berlari,habis basah baju diorang kena percikan terowong itu.Sampai di hujung sekali ada lagi tangga dan kali ini mereka menaiki tangga pula.

Izh menolak ke atas tangannya dan pintu lubang itu terbuka.Kini,mereka berada di sebuah taman.

"Huh,nasib baik saya terfikir nak letak kereta saya kat sini." Ucap Izh sambil melangkah ke sebuah kereta mewah,bukan kereta Ferrari yang dulu.

"Cepat masuk,kita gi airport sekarang." Jerit Izh,dari tadi mereka asyik menjerit.Lepas ni pasti hilang suara dah.

Masuk saja ke dalam kereta itu,Izh memecut laju keretanya menuju ke airport.Anna duduk di bahagian belakang sebab awal awal lagi Hizham sudah duduk di sebelah pemandu.

Anna pun tidam kesah sangat.

"Anna,kau ambil beg kat belakang tu.Ada kain persalinan kita." Surug Izh.

"Er,macam mana kau sediakan semua ni?" Soal Anna pelik sebab Izh seperti sudah merancang.

"Entah,satu minggu lepas saya ada mimpi kejadian macam ni.Saya saja je buat dan tetiba jadi betul betul pula.Hmm,kelmarin saya mimpi saya khawin dengan Anna.Mungkin akan jadi betul betullah tu." Ujar Izh sambil tersengih sengih.

"Diamlah!" Bengang Hizham.Dia rasa macam dia takde guna pula sebab tak dapat jadi hero Anna.

Sodih!

"Hmm,apa apa jelah.Apa apa pon,we are coming dear korea.MUAHAHAHA!" Dan apabila Anna ketawa begitu,Izh dan Hizham sudah berfikir dua tiga kali.

Betul ke ini perempuan yang mereka nak jadikan bakal isteri?

Cet?!!

💮💮💮💮💮
Maafkan guys,merepek je kerja.Tak sangka pula cerita yang mula mula saya buat serius ni tetiba jadi kurang siuman.Eh,HAHAHA.K papai..

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now