27[Denda]

1.2K 56 1
                                    

BAB 27

Anna mendengar kata Cikgu Poni itu dengan penuh khusyuk.Sedap telinga dia mendengar bebelan cikgu belah tengah tu.Maksud Anna,rambut dia belah tengah.Fikir cool?Sesekali Anna menjeling biawak yang sedang duduk di sebelahnya dengan pandangan yang cukup tajam.Kalau dia tengok dinding pun mesti dinding tu terbelah dua.

"Masa kat sekolah ni lah kita patut kumpul ilmu banyak banyak.Bukannya jadi sampah,dan buat muka macam minta pijak.Monyet pun ada harga diri dan tak malukan diri sendiri.Inikan pula korang yang dah tua tua.Buat kerja apa apalah,macam tak ada maruah."

Anna menahan diri daripada mengeluarkan senapang dan menembak tepat ke mulut cikgu yang terlebih makan monyet itu.

Sabar Anna.Tangan digenggam erat agar tidak melakukan sesuatu tindakan yang di luar kawalan tuannya.

"Apa benda korang buat setakat nak berlawan menari.Kalau cikgu dulu,kami lawan siapa yang paling banyak aweks dan cikgu selalu menang."

I feel you,sila bersabar.

"Setakat dua tiga aweks tu,cikgu petik jari je terus berbaris gegirl yang nak dengan cikgu.Tapi,cikgu time tu setia orangnya.Cinta cikgu hanya pada yang satu,iaitu pada isteri isteri cikgu sekarang.Hehe,"

Sengihan Cikgu Poni membuatkan kaki Anna ringan je menerbangkan satu atau dua batang gigi Cikgu Poni.

"Tapi,lepas dah tua ni.."

Hah,baguslah sedar diri sikit.Anna sudah tidak senang duduk sekarang.Seperti ada yang menggeletek punggungnya untuk blah je dari situ.Nasib baik dia masih tergolong dalam kalangan murid murid yang menghormati gurunya.

"...Cikgu dah mula insaf dan membunuh isteri isteri cikgu yang lain.Sekarang,cikgu single.Malas dah fikir pasal nak berpasang pasangan ni.Anak anak cikgu pun semua dah besar besar dan pandai jaga diri."

Anna tidak pasti,cikgu ni sedang buat lawak ke apa.Tapi serius weh,hambar taik lembu!

"Baiklah,untuk kesalahan korang pada kali ini.Mudah je,cikgu hanya nak korang bersihkan jamban sebelum pulang pada hari ni.Pastikan tiada lagi bau bauan yang sungguh menyelerakan setan dan make sure the floor is dirty.Eh,dirty ke clean?Apa apa je lah,ada faham?!"

"Faham,cikgu." Seperti lembu dicucuk hidung,Anna dan gadis itu ataupun namanya iaitu Lala hanya menyahut mengiyakan.Maka,barulah Anna rasa dibebaskan setelah setahun dipenjarakan dalam bilik seorang wajah Cikgu Poni yang harus digosok dengan tapak kasut.

👡👡👡

Anna menyapu lantai tandas itu dengan penuh sukacita.Kalau boleh,dia nak bergolek golek di situ akibat kegembiraan namun otak warasnya pantas menghalang.

Anna memandang ke arah Lala sinis.Dengan kuasa seniornya,dia dengan penuh rendah diri menyuruh Lala membersihkan bahagian dalam tandas iaitu memberus mangkuk tandas.HAHAHA,baik kan?

Alah,setakat tu je.Bukannya Anna kejam pun nak suruh Lala jilat mangkuk jamban tu sampai berkilat.

Erk,ada yang sedang makan eh sekarang.Sabo,eh maksud Anna sabar itu hanya gurauan senda.Pembetulan,itu hanya senda gurauan.

Selesai saja membersihkan tandas itu,Anna terus bergerak keluar mencari udara yang lebih segar.

"Weh,weh,aku nak bagi kau amaran eh.Kau jangan pandai pandai nak buat cerita pasal aku lagi.Kalau kau jelous aku boleh rapat dengan geng BBS,apa kata kau pun cuba rapat diorang.Mana tau kau ada rezeki,rezeki makan kasut diorang.HAHAHA," sebelum masuk ke dalam kelas,sempat Anna menegur gadis itu dengan ucapan selamat sejahtera.

Lala hanya diam.

"Apahal diam?Takut?" Gertak Anna,entah sejak bila dia jadi gangster pun tidak diketahui.Tiba tiba Lala menutup mukanya dan mula teresak.Anna mula gelabah apabila Lala mula menangis.

"Hesy,baru gertak sikit pun dah nak menangis.Dahlah bai,aku nak balik kelas.Kau nangislah sensorang kat situ." Ejek Anna dan baru dia mahu berpusing ke belakang,Anna terlanggar dengan satu batang tubuh.

Eh hai Cikgu Poni.

Anna menayangkan sengih hingga ke telinga.Serius,macam nak koyak bibir Anna.

"Kenapa Anna buat dia menangis?" Soal Cikgu Poni keras.

"Alah,dia yang cari pasal dulu." Anna memberi alasan untuk melepaskan diri.

"Ah,takde,takde.Cikgu dengar apa yang Anna cakap dari mula.Dengan itu,Lala boleh balik ke kelas dan Anna kena bersihkan tandas lelaki pula!"

What the pak!Anna mencarut dalam hati.Tak guna betullah cikgu ni.

"Apa tunggu lagi,cepat gerak.Anna nak tunggu malam?" Soal Cikgu Poni sinis.Lala berlalu ke kelasnya dengan senyuman mengejek,kalau boleh nak juga Anna tarik rambut Lala sampai botak.Dengan muka cemberut tahap beruk,Anna bergerak ke arah tandas lelaki pula.Sekali lagi dia terpaksa membersihkan tandas,kali ini seorang diri tanpa ada bantuan Lala lagi.

Huhuhu,sad life.Bapak kejam!Semua bapak kejam di dunia ni.

Bapak Najib!

Bapak Bakuki!

Bapak Poni!

Semua nak makan selana dalam mak cik tak tun tuang.Eii..

Anna menyiram tandas itu dengan kasar.Air terpecik sana sini,skirtnya yang paras lutut itu pun sudah hampir basah.

Masalah betullah,suka betul datang masa Anna tengah bermasalah.Suka betul menambah masalah orang.

Ini tidak adil!

Kenapa Anna yang jadi watak utama dan terima semua ni tanpa kerelaan hati Anna.Ini kejam!

Dan Anna menghumban air dalam baldi yang diisinya ke arah pintu masuk tandas.

Dan..

Masalah datang lagi.

Seorang lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam tandas habis lencun akibat disiram oleh Anna.

Anna beristigfar.

Ini dugaan.

"What the hell!!!"

Mak kata tak baik memcarut.Mak siapa?

Mak Vanida?

Atau,

Mak Rosmah?

"It's not my fault.It's your fault because come to toilet at the wrong time.And,the water is flying by itself.."

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now