BAB 17
"Bodo lah kau ni!Siapa suruh kau gigit saya semalam?Lepas tu kau pi jilat darah saya apahal.Dasar drakula tak jadi.Sakit tau!" Anna mengutuk suaminya puas puas.Padahal tak sakit mana pun.
"Tengok ni dah ada kesan.Macam mana saya nak pakai baju seksi seksi macam Yuna(siapa tu?) atau macam lavida(?) atau paling tidak pun macam mak jebat(ayda jebat).Ei,kau ni suami takguna." Kutuk Anna lagi.
Kesian,nama artis artis popular pun dia tidak tahu.Hesteg sila beri tunjuk ajar.Hesteg Anna seksi.Hesteg mengutuk suami.
Ok stop.
"Cuba kau bagitau kau ni vampire jenis macam mana.Supaya tak buat otak orang serabut." Anna memandang ke arah Arga sedang berada.
Eh,tak ada?Arga dimana?Tadi,dia berdiri tepi tingkap sambil makan keropok.Vampire apakah?Tapi,sekarang Arga dimana?Tak kan dari tadi Anna bercakap seorang.Bazir air liur je.Cis.
"Sayang.." Satu suara halus bersuara di tepi telinga Anna.
"Setan.." Tidak,Anna tidak sengaja.Itu tindakan refleks akibat terkejut.
"Haah,saya memang setan vampire." Arga menjawab selamba sambil tak habis habis menguyah keropok.Anna join Arga makan keropok.
Yeay,couple goals.Mana ada couple.Merepek je.Siapa suruh makan keropok sebab tu jadi lowong(bengap).
"Ok,sekarang ceritakan tentangmu wahai suam...Eh,maksud saya wahai suam suam vampire."
Arga menarik sebuah kerusi.Bukan dengan tangan yang menyentuh kerusi itu tapi kerusi itu bergerak sendiri setelah diberi arahan oleh tangan si Arga.
Ah,mungkin beberapa bab ini hanyalah mimpi semata.
Arga duduk dengan penuh bergaya sambil menyilangkan kakinya.Lihat saja pakaiannya yang pelik,kenapa dia suka pakai baju baju diraja korea atau dia yang salah nampak?
"Meh,duduk sini." Arga menepuk pahanya,tanpa mengendahkan Arga Anna terus duduk di birai katil.Sekali lagi di birai katil ok.Bukan di atas paha Arga.
Gila mahu duduk di sana.
"Baiklah,ceritanya panjaaaaaang sekali.."
"Pendekkanlah." Pintas Anna.Sebenarnya dia mahu keluar shopping pada hari itu tapi dia diberi pantang tidak boleh keluar rumah.Hesy,ada ada je.Bukan dia nak mengandung pun.
"Macam ni.." Arga mula bercerita,Anna yang nampak berminat mendengar dengan jelas.
"Saya ni bukan vampire biasa,tapi luar biasa.HAHAHA." Anna tidak tahu apa yang lawak di situ maka dia berHOHOHO.
"Saya tak perlu takut sinaran matahari yang akan membakar sukma.Melarikan diri daripada si puteri bawang putih dan si puteri bawang merah.Dan saya juga tidak usah kecut perut dengan benda yang diperbuat daripada perak.Semua tu biasa bagi saya.Saya juga tak minum darah manusia.Namun,cuma satu yang saya takut.." Anna menanti dengan sabar.
"Apa,penjahat?" Anna meneka.
"Bukan,saya tak takut orang.Saya boleh lawan mereka dengan mudah."
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...