BAB 21
Kedengaran orang berteriakan macam orang gila.Anna pun paniklah.Ada alien serang Highschool Linawa ke?Atau ada zombie yang terlepas dari bilik eksperimen?
"Weh,Tiny apahal tu?" Secara tidak rasmi,Tiny menjadi kawan Anna selain geng Panthera Leo kerana Tiny merupakan tablemate Anna.Baru tau?
"Biasalah tu.." Tiny beriak selamba,dia memang tidak pernah lepas daripada kertas lukisannya.Melihat muka Tiny yang selamba maka Anna mengandaikan yang tiada alien ataupun zombie yang menyebabkan sekolah itu huru hara sekarang.
"Apa yang biasalah tu?Saya bukan biasa.Saya kan budak baru." Gesa Anna lagi.
"Oh ya kan," nasib baik Anna masih ada kekuatan untuk menahan tangannya daripada mengoyakkan lukisan lukisan Tiny.
"Hah,jomlah kalau kau nak tengok." Entah bila masa Tiny sudah bangkit berdiri di sebelah Anna.Anna pun mengikut langkah Tiny.
Pelajar masih berteriakan dan paling ketara suara pelajar perempuanlah.Anna seperti dapat mengagak sesuatu.Tiny membawa Anna ke koridor kelas dan melihat ke bawah yang menghamparkan taman yang luas.Di situ ada beberapa orang maksud dia tiga orang yang sedang syok menari.
"Tu penari sekolah.Diorang bertiga macam artis sekolahlah.Pandai sangat menari.Diorang selalu buat persembahan dan memang akan jadi macam ni lah." Terang Tiny sayup sayup di telinga Anna sebab Anna pun sudah sama bersorak.Kepalanya ikut bergoyang,apatah lagi mendengar lagu rancak.
"Weh,hensem gila diorang ni.Form berapa diorang tu?" Soal Anna.Tapi jap,Anna perasan lelaki yang kat tengah tu macam pernah dia nampak.Kat mana eh?Berapa juta semut kau makan?Ha,tak,tak.Anna ingat.Masa majlis makan malam di rumah Arga dulu.
Bermakna,dia hantu!Eh,tak mungkinlah.Eh,mungkin.Argh,nantilah dia cari.
"Form 5,kelas 5 Zuhal." Jawab Tiny.
"Eh,saya nak berkenalan dengan diorang.Saya nak minta tunjuk ajar cara menari.Supaya saya pun pandai menari kpop.Hidup kpop!" Anna sudah menjerit jerit.Tiny pun hanya memandang dengan muka pasrah,mungkin dalam hati nak je dia baling Anna ke bawah.
"Eh,dah habis ke?" Soal Anna bingung apabila orang lain mula bersurai.
"Taklah,mana pandai habis ni." Mungkin Tiny tengah menahan sabar dengan Anna sekarang.
"Ok,Tiny.Eh jap,Tiny kau teman saya nak jumpa diorang jap."
"Eh,tak naklah saya." Bantah Tiny.
"Alah,marilah." Tanpa memandang perasaan Tiny,Anna terus menarik Tiny dengan penuh paksanya.Tiny pun dengan penuh tak rela hanya mampu menuruti.Penuh dengan paksa dipaksa.
"Heyyo bro!" Lihat saja cara Anna menyapa kumpulan itu dengan penuh kesopanan dan kesusilaan yang tinggi.Macam sudah kenal lama.Anna dapat melihat tanda BBS di sudut kanan baju yang dipakai oleh ketiga tiga mereka.Mungkin nama kumpulan diorang 'Babi Babi Saja'.Alah comel apa.
Ketiga tiga lelaki itu memandang Anna dengan pelik,kemudian beralih kepada Tiny yang berada di belakang Anna.
"Hai,ada apa.Mana hadiah?" Soal lelaki yang pertama,tinggi dan kurus macam tak cukup zat.Tapi hensem susah mahu blah.
"Hadiah?" Soal Anna pelik.
"Selalu kalau orang jumpa diorang,untuk bagi hadiah." Anna mendengar Tiny berbisik kecil di belakangnya.
"Ouh,saya jumpa ni bukan nak bagi hadiah pun." Ucap Anna selamba.
"Habis tu?" Soal lelaki yang kedua atau lebih tepat lelaki yang pernah Anna nampak.Dia agak pendek daripada yang lain.Dia pandang Anna macam nak telan.Anna tidak pasti sama ada lelaki itu ingat akan dirinya ataupun tidak.
"Macam ni,saya nak minta ajar korang nak menari." Sekali lagi mereka memandang Anna dengan pelik sekali.
"Boleh tak?" Soal Anna.Last last Anna cop penari penari tu sombong sebab nak cakap pun sepatah dua je.
"Malam ni kami ada buat latihan menari kat Cafe BBS dan kau boleh datang kalau nak belajar menari." Terang lelaki yang keriga.Berbadan sederhana.Anna sudah bersinar mendengar akan itu.
"Oh yeah,thank you." Setelah itu Anna terus berlalu dari situ dengan fikirannya yang asyik terbayang pasal menari.
"Weh Anna,kau minat menari ke?" Saat itu baru Anna tersedar akan kehadiran Tiny di sisinya.
"Haah," jawab Anna ringkas.
"Tiny,kau pun mesti datang malam ni!" Jerit Anna,Tiny hanya mampu mengusap dada dan menahan diri daripada membaling Anna ke negeri di bawah bayu.
"Eh,memang taklah.Buat apa?Lagi bagus kalau saya tidur kat rumah atau melukis." Balas Tiny.Mereka kembali ke tempat duduk masing masing.Nasib baik belum ada cikgu.
"Alah,kau nak tau tak.Apabila kita tidur selama 8 jam setiap hari dan kau hidup selama 60 tahun.Kau telah menghabiskan masa 20 tahun kau untuk tidur.Sama juga dengan melukis.Kau boleh cari masa lain untuk melukis." Fakta apa kau hentam ni.
"Baiklah,Anna." Ucap Tiny dengan penuh kepasrahan.Anna sudah bertepuk tangan kegembiraan.
"Rumah kau dekat mana?" Soal Anna.
"Batu Sembilan,"
"Eh,kita jiran.Saya dekat Batu Lapan.Hey,Tiny.Kenapa nama kumpulan penari sekolah tu,pelik?Kenapa BBS,'Babi Babi Saja'?Kenapa bukan BBQ?" Dan kaki Tiny terasa ringan saja untuk masuk ke dalam mulut Anna.
"Bukanlah.BBS tu maksudnya nama nama diorang.Diorang selalu jalan ikut huruf BBS.Yang paling kiri,Betay.Yang tengah Bakh.Dan yang paling kiri,Samt." Anna mengangguk anggukkan kepalanya faham.
"Dah,jomlah kita gerak pi makmal." Ajak Tiny.
"Sekarang masa apa?" Soal Anna.
"Masa belajar,"
"Isk yelah,subjek apa?"
"Fizik le,tak tengok jadual ke?" Tiny terus bergerak pantas meninggalkan Anna.Anna pantas mengejar langkah Tiny.Dia terserempak sekejap dengan geng Panthera Leo.Dia hanya meng 'hai' dan 'bai' mereka dan kembali mengejar Tiny.
Nampaknya,kehidupan baru bermula lagi.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...