BAB 18
Anna menjatuhkan tubuh Arga di atas katil.Ei,berat gila pun nak minta tolong dengan orang kecil.Marah Anna dalam hati.
Vampire pelik.
Ada ke patut dia minum arak,ei.
"Kau tak nak mandi ke?" Soal Anna.Sudahlah bau adoi.Manalah dia nak tidur malam ni?
"Peninglah.." Rengek Arga.
"Kotoh(padan muka),siapa suruh minum lagi?!" Anna tidak mengendahkan Arga,dia mencapai bantal dan selimutnya.
"Eh,kau nak pergi mana?" Soal Arga memandang pelik ke arah Anna.
"Nak tidur kat sofa lah,kau bau kut.Nasib baik tak accident,mabuk mabuk pun bawa kereta.Menyusahkan saya je," rungut Anna,Arga terdiam.
"Takpelah,saya yang tidur kat sofa.Awak tidur kat sini."
Hah,baguslah kalau sedar diri.Ucap Anna dalam hati.
Arga bangkit dan menuju ke arah sofa,Anna kembali ke atas katil.
"Anna,boleh tolong ambil air minum tak?" Anna be like urrr,sambil mata terjegil ke atas dia tetap bergerak mengambil air minum untuk Arga.
"Thank you,dear.." Ucap Arga apabila Anna menghulurkan air minuman kepadanya.Malas Anna nak menjawab.
"Esok kita pindah rumah,saya dah ada rumah untuk kita.Lepas tu,kalau Anna nak sambung sekolah pun saya tak halang." Ujar Arga tiba tiba.
Anna terfikir.
Satu,dia dapat sekolah balik.
Dua,dia tak perlu lagi tinggal kat rumah ni.
Tiga,mungkin Arga ni bukan jenis yang mengongkong.
"Baguslah." Balas Anna ringkas.
"You will never regret for this wedding,Anna.I'll make sure that you will happy with me.." Ucap Arga lagi.Anna tidak bersuara,dia rasa Arga mabuk.Tapi jauh di sudut hati,
Yeke?
🌾🌾🌾
Rasanya,masa Anna berpisah dengan ibu bapanya itu skip je apa.Bukannya sweet mana pun,sakit hati adalah.Nasib baik Anna masih ada Ary yang sentiasa sayang dia.
Lepas barang masuk,mereka pun masuk ke dalam kereta.Arga mendekati Anna.
"Kau nak buat apa gila?" Mungkin kalau buka perkataan gila dan soal dengan lembut,Anna sudah jadi isteri solehah.
"Saya nak pasang tali pinggang keledar." Ucap Arga.
"Saya boleh pasang sendiri lah." Anna menarik tali pinggang keledar dan memasangkannya.
"Good girl." Puji Arga,terus Anna rasa tempat duduknya tidak muat.Halamak,kembang setaman.
"Saya memang good girl," ucap Anna riak.
"Tapi kalau panggil saya abang lagi good girl.." Kereta sudah mula berjalan.
"Takde masa."
"Dalam sehari ada 24 jam," Anna malas mahu melayan drama Arga yang akan memelikkan cerita ini.Lebih baik diam.
Anna memasang radio,semua lagu cinta.Maka,bermulalah jari telunjuk Anna yang tak henti henti menekan sehingga terjumpa satu lagu HITZ.Haha saya hentam je.
"Anna suka lagu rancak eh?" Soal Arga.Anna menjeling Arga,dah dia pasang lagu rancak bukan lagu mak dayang.
"Taklah,saya suka lagu klasik."
"Oh ya,meh saya cari.." Arga menawarkan diri.
"Isk,kau ni bengap juga kan?"
"Haah,kadang kadang." Anna mengetap bibir dengan pengakuan Arga itu.
"Takpe lah,saya suka lagu rancak." Ucap Anna akhirnya apabila Arga masih cuba mencari lagu klasik.Baru Arga memandu dengan tenang.Anna hanya mampu pasrah.
Anna menggoyang goyangkan kepalanya mengikut rentak lagu yang rancak terpasang itu.Arga mengeluarkan keropok dan mereka melantak keropok bersama sama lagi.
Beberapa jam kemudian,Arga menghentikan keretanya di depan sebuah rumah kaca yang besar gila.Masuk ke dalam laman rumah,mereka turun daripada kereta.
"Uwaah.." Anna tidak dapat menahan perasaannya.Besarnya.Depan rumah ada kolam renang.Rumah memang cantiklah sebab dibina daripada gentian kaca.Sekeliling rumah dikelilingi tembok yang tinggi.Lantai di situ dilapisi marmar yang diimport daripada Instabul.Satu sudut lagi ada satu batu yang mengalirkan air macam air terjun.Dalam pula macam mana?
Masuk ke dalam,kena bentang karpet merah.Kaki tenggelam dalam karpet yang tebal.Ni mesti syok kalau berguling guling ni.Hah,jangan terkejut kalau dalam rumah ada lif.Susunan rumah tu memang pelik.
"Macam?Lawa tak?Anna suka?" Soal Arga.Anna hanya mengangguk,nak menipu pun agak agaklah.
"Baiklah,Anna berehatlah.Kita akan mulakan hidup kita bersama di sini.Esok,Anna mula sekolah.Saya pun dah mula gi kolej balik esok.Nanti saya yang akan hantar dan ambil Anna.Oh ya,Anna akan sekolah kat Highschool Linawa."
Anna baru mahu berjumpa dengan Izh dan Hizham di sekolah lamanya.Tapi,tak apalah.Adakah dia sudah melupakan mereka?
"Meh,saya hantar Anna ke bilik." Mereka bergerak ke tingkat atas menggunakan lif.Sampai di satu bilik yang agak berbeza daripada bilik bilik lain,mereka masuk ke dalam.
Anna malas mahu terkejut bagai,biasa biasa je kut.Dia pun anak orang kaya.Tapi,Anna tidak dapat menahan diri menuju ke tingkap bilik kaca itu yang menggambarkan suasana pantai di belakang rumah itu.Cantik sangat.Pandai pandailah membayangkan.
"Nanti ada kawan kawan saya yang nak datang.Malam ni ada parti makan malam,Anna pakai baju cantik cantik eh.Semua ada kat almari tu." Kata Arga.
"Ok." Balas Anna.Setelah Arga pergi,Anna melihat ke dalam almari itu.Huh,penuh dengan gaun yang cantik cantik belaka.Anna meletakkan di hadapan tubuhnya dan lihat ke dalam cermin.Cantiknya.Lantas Anna mencuba semua pakaian.Haha,maklumlah selama ini dia tak pernah fikir pasal pakaiannya.Asal ada.
Habislah,lepas ni dia akan jadi macam mak rosmah dah.Puih.
Anna mengembalikan semua pakaian itu ke dalam almari.Dia duduk di atas lantai dan menyandar pada katil.Dia memandang jauh ke laut lepas.Angin yang terbuai beralun mesra.Burung bekicauan.
Anna tidak tahu apa yang dia rasakan kini?Hatinya cuma kosong?
🌸🌸🌸🌸🌸
Sorry lambat promote..Baru ada kesempatan.Story promote
《Instafamous,I love you》
By floweer_21
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...