BAB 26
Anna terfikir.
Kalau dia menjadi seorang yang sangat popular sekarang.Macam Ayda Jebat atau Datin Lavida.Dia tidak terfikir sesiapa artis sekarang.Back to the topic.Kalau Anna popular,pasti banyak yang tau story dia ni.Pasti meletop cerita ni.
Tapi Anna hanya manusia biasa.
Yang hanya mampu jadi watak rekaan author yang tak akan pernah wujud.
Sekejap Anna rasa macam nak terjun dari bangunan.Tapi itu klise sangat.Apa kata dia pandu kereta Najib dan Rosmah mengejarnya dengan parang pemotong kek,lalu Anna digantung tak bertali oleh suami.Lepas tu,diletakkan dalam kandang babi dan dibiarkan sana selama beberapa bulan dan kalau Anna lapar terpaksa makan makanan babi.
Baiklah,anda sudah membazirkan seratus patah perkataan untuk sesuatu yang merepek.
Hentikan ia sebelum reader menekan butang back.Ya,hentikan.
"Anna.." Kenapa nama dia Anna?Bukan Anne ataupun Florida.Jap,florida macam nama ubat gigi.Abaikan.Anna berpaling ke arah Tiny yang sedang menjilat aiskrim dengan penuh asyik sehingga membuat Anna terliur dan mahu menjilat aiskrim sama.
"Apa,kau nak belanja saya aiskrim ke?" Soal Anna.Jangan risau,perkhemahan itu esok bukan hari ini.Maksud Anna di part seterusnya.Nak tunggu esok buat apa?
"Haah,nah ambillah ni.Tapi,sebelum tu saya nak betulkan Anna sikit." Anna menyambut aiskrim cap kuda eh yang dihulur oleh Tiny,dengan dahi yang berkerut.Apa yang Tiny nak betulkan.Rambut Anna macam artis sangat ke?Atau mekap Anna terlalu tebal,nanti jerebu Highschool Linawa?Atau,Tiny tergoda dengan Anna.
Maaf,yang terakhir itu buat orang muntah.Sila berwaspada dengan setiap kata kata agar orang lain tidak menyampah tahap babun.
"Apanya?" Soal Anna tidak sabar,sambil dia menikmati aiskrim hasil belanja Tiny.
"Apanya apa?" Soal Tiny balik.Nasib baik Anna teringin lagi nak makan aiskrim itu dan tidak membalingnya tepat ke wajah Tiny.
"Kau bilang kau nak betulkan sesuatu,"
"Ouh..Macam ni,nama Lavida yang selalu kau sebut tu sebenarnya nama betul dia adalah Dato Sri Vida.Lavida tu,celah lubang mana kau korek?" Ucap Anna membuatkan mulut Anna membentuk huruf 'o' besar.
Kau tak payahlah nak 'o' sekali.
"Itu je ke kau nak betulkan?" Soal Anna lagi.Ingatkan ada apa apa yang cacat pada diri Anna.Tiny mengangguk separuh kerana dia mahu berkata sesuatu lagi.
"Satu lagi!" Pantas mata Anna bergerak tepat ke arah Tiny.Keningnya diangkat supaya Tiny meneruskan katanya.
"Saya dah tau siapa yang buat dajal kat kau.."
"Sape,sape?" Sejak bila ayat ayat dalam cerita ni jadi gedik gedik.Siapa pun jadi sape.Apalah kau ni Anna.Antara sebab author buat cerita,sebab nak upgrade bahasa authorlah.Bukan nak menggedik memadai je ubah siapa jadi sape.
Apa benda ni?
"Budak ni form 4.."
"Alah,baru form 4 dan nak tunjuk lagak.Tampo kang.." Remember it Anna.Don't make my word jadi gedik,take it.Tampar!Bukan tampo.Tampo apa?Bambu?
Baik.
"Kelas dia,4 Marikh.Namanya kalau saya tak silap,Lala Syahitun."
"Puih,memang Syaiton lah budak tu!" Marah Anna.
"Apa kita nak buat sekarang?" Soal Tiny.
"Jom ikut saya.." Anna menarik lengan Tiny,menuju ke kelas 4 Marikh.Sampai di kelas itu,seperti biasa Anna dengan penuh kesopanan dan adab yang dipelajari semasa belajar Pendidikan Moral dan Sivik.Dia mengetuk pintu kelas dengan ketukan yang maha dahsyat.Gempa bumi jap.Semua pandang Anna dengan pandangan seribu,eh puluhan.
"Saya nak jumpa Lala Syaitun!" Jerit Anna dengan penuh tamadun.Seorang gadis,hesteg pendek,hesteg lawa,melangkah ke arah Anna di luar kelas.
"Apa kau nak?" Wuu,Anna tabik budak tu sebab sombongnya tambah angkuhnya telah meringankan tangan Anna untuk menampar wajah gadis itu.Tiny sudah gelabah melihat situasi itu.Adakah dia silap telah memberitahu Anna siapa orang yang telah sabotaj hidup dia.
"Kau tanya apa aku nak?Sekarang aku nak tanya kau dulu.Apa kau nak sampai kau buat cerita yang muka lawa aku ni perasan superstar?" Sembur Anna kepada gadis itu.Nah ambil kau 'aku' daripada Anna.Gadis itu terkulat kulat.Tau takut,siapa suruh berani bermain dengan api?!
"Eh,apa masalah kau ni?Datang datang,tiba tiba serang aku?" Anna terkumat kamit mengejek ayat gadis tu.Eleh,pura pura suci pula dia ni.
"Saya malas nak bermain dengan budak kecil macam kau.Sekarang,saya nak kita lawan menari dan tengok siapa undian yang paling banyak.Siapa diantara kita yang mempunyai undian yang sikit bermakna dialah yang perasan superstar!" Ucap Anna sekaligus.Tiny sudah menepuk dahi dan melihat ke arah jam.Masa rehat mereka memang agak lama,lagi 20 minit dan masa ini sepatutnya Tiny luangkan dengan melukis karya terbaru.
"Ok,saya on je." Balas gadis itu dengan selamba.
"Tiny,keluarkan radio!" Jerit Anna kepada Tiny,Tiny mengerutkan dahinya dan mendekati Anna lalu berbisik.
"Kita mana ada radio." Anna menjeling Tiny tajam.
"Maksud saya,radio dalam telefonlah!" Bengang Anna.
"Ooo.." Lalu Tiny hanya mengikut arahan dengan wajah pasrah.
"Ok guys semuanya,cara mengundi macam masa pilihanraya ya.Tulis 'X' dalam satu kertas dan masukkan dalam kotak saya ataupun dalam kotak perempuan ni.Ikut mana yang korang nak undi." Anna sudah menjerit jerit di laman yang luas itu,para pelajar sudah banyak yang berkumpul.Biasalah highschool.Mereka sudah mula bersorak.
"Alright,music on!" Tiny memasang lagu dan Anna yang menari dulu.Dia menari dengan penuh bergaya.Malangnya dia tersadung sebuah batu dan terjelopok.Tapi,dia tidak mudah mengaku kalah.Masa terbaring di atas rumput itu,dia berpusing pusing membuatkan banyak yang bersorak.Nampaknya,banyak juga yang undi Anna.
Tiba masa gadis itu menari,semua terdiam.Dia mengeluarkan pompom girl entah dari mana dan tiba tiba muncul geng pompom dia dan menarilah mereka.
"Satu,dua,tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan...Uyeah!Satu..."
"Stop it!" Akibat rasa yang mencengkam dada nak bunuh gadis itu,maka Anna menghentikannya secepat mungkin.
"Game over!" Jerit Anna sambil tersenyum sinis kepada gadis itu.
"Sekarang masa untuk mengira undian." Ujar Anna tanpa menghiraukan gadis itu lagi.
"Tiny,siapa yang menang?" Soal Anna kuat.
"Kotak gadis itu kosong bermakna sudah terang lagi bersuluh pemenangnya ialaaaaaah...."
"Hey,apa bising bising ni.Cepat bersurai!" Entah,cikgu mana yang buat spoil kacau masa Anna.
Namun,yang paling bikin spoil.Anna dan gadis itu diheret ke bilik disiplin.Tak guna betul,baru nak malukan gadis bajet lawa tu.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...