4 - Pickupline Pakai Formula Fizik

1.5K 70 11
                                    

Bunyi loceng mengejutkan lamunan Kamelia. Waktu rehat telahpun tiba. Perasaan tak puas hati dengan cikgu Sosila, cikgu Ekonominya.

 Perasaan tak puas hati dengan cikgu Sosila, cikgu Ekonominya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Betul la aku jawab A, cukai pendapatan campur KWSP, zakat. RM405. Geram aku, suka-suka je dia tanda salah! Dari hari tu cikgu ni tak puas hati dengan aku!"

Masa Form 5 ni benda paling stress mestilah bila cikgu salah mark markah. Tension kot walau satu markah hilang.

Dia cuba nak menenangkan diri dengan ke perpustakaan, tapi memandangkan hari ni hari Rabu, hari di mana lelaki creepy bernama Wan bertugas sebagai pengawas pusat sumber, dia mengambil keputusan untuk turun ke kantin.

Kamelia makan jambu batu dengan letak asam satu pikul. Kadang-kadang dia pun confused sama ada dia makan jambu batu cicah asam, atau makan asam cicah jambu batu.

"Ish, riuh la budak kentut ni. Apa benda pulak dia buat tu?" Kamelia memerhatikan si Adli sedang berdiri atas meja dan menjerit sekuat hati.

"Makan diam-diam, boleh tak? Anak setan betul," Kamelia memeluk tubuh, pandang panas je ke arah Adli.

"Apa benda pulak setan ni buat, ei, geram betul aku, aku pukul karang, baru tau!"

Adli main baling-baling serbuk sagon dengan Alif Zakwan keliling kantin.

"Kau ni form 5 ke darjah lima? Budak darjah lima pergi la gaduh dengan budak darjah tiga kat Whatsapp. Ni baling-baling sagon kat orang ni dah kenapa?" Kamelia dah hangin.

"Semak lah budak ni, blah lah!" kata Kamelia.

Tapi baru dia nak blah je, pengawas sudah menghalaunya ke kantin.

"Sila ke kantin, sila ke kantin."

"Weh, bodoh. Aku nak pergi toilet la. Aku nak kencing. Karang aku kencing kat muka kau, baru padan muka. Tepi!" Kamelia tolak je muka pengawas tadi. Dah la muka skema macam Sufian Suhaimi. Sekali terajang karang patah riuk nanti, getus hati Kamelia.

Benci betul Kamelia dengan pengawas sekolah ni.

Sedang dia berjalan menuju ke arah tandas, dia terdengar suara dua orang sedang berbual di hujung koridor.

"Peh, lelaki dengan perempuan. Tak takut pegawai JAIS ke?" tanya Kamelia.

Dia perhatikan pasangan tu betul-betul.

"Macam Nizam je. Hah? Dia dengan siapa pulak tu? Makan nasi bekal pulak?" tanya Kamelia.

Kamelia tak puas hati. Celaka betul Nizam, lepas hati ini kau curi, kau dah bagi epal masa English Week tahun lepas, tiba-tiba kau dengan perempuan lain pulak.

Tapi siapa pulak perempuan ni? Tak pernah nampak pun?

Kamelia rasa curious. Mana boleh title gadis paling misteri di Sekolah Menengah Cheras Perdana dirampas orang? Dah la rampas crush dia pulak tu.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now