Ya, siapa yang baca Cheras Perdana vol 2, dan Bau Semangat Anak Muda, mesti tahu apa yang berlaku pada Hari Kantin.
Nizam nampak ada lelaki peluk Kamelia, sekaligus memadamkan perasaannya terus padanya. Eleena perform lagu pada talent time, dan Adli telah memberi 'hot dog' berkrim kepada pegawai pendidikan daerah yang makan hot dog yang diniagakan oleh Ustaz Hanafi.
Kalau tak tahu, bacalah yang kat situ dulu. Anyway, ini ceritanya selepas Nizam dan Eleena balik lepas pada Hari Kantin.
"Masuklah," kata Eleena lembut. Perasaan terujanya bila Nizam memegang tangannya tadi menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
Ini kali kedua dia terpegang tangan Nizam. Kali pertama dia terpegang tangannya semasa mereka berdua mencerap bintang, ketika Nizam sedang melihat planet Zuhal.
Nizam buka zip beg gitarnya, dan keluarkan nota-nota chord dalam begnya.
Dia bermain lagu Glen Hansard, Falling Slowly.
Sedang dia sedap bermain gitar, dia dengar bunyi piano mengiringinya.
I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves outTake this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You'll make it nowFalling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you wonTake this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You'll make it nowFalling slowly sing your melody
I'll sing along"Sedaplah awak main piano, boleh ajar saya main?" tanya Nizam.
Eleena hanya tunduk. Dia tak cakap tapi dalam hatinya macam dah ada letupan bunga api.
Dia menahan malu. Dia tak mampu berkata apa-apa pada masa ini.
"Boleh, duduk sebelah?" tanya Nizam.
Eleena hanya mengangguk.
"A...a...awak nak...awak...awak..."
Nizam pandang mata Eleena. Hati Eleena mulai rasa berdebar.
"Ajar satu lagu apa yang awak tahu," kata Nizam.
"B..b..baik. Ta...tapi, saya takut awak tak minat je lagu ni."
"Takpe, saya ikut."
"Saya main mula dari D2, jari kat sini, awak main sebelah bass ni, ya?" kata Eleena.
Eleena main lagu Miraie. Nizam terus pandang Eleena tak kelip-kelip.
"Ke...ke...kenapa?" Eleena semakin berdebar bila Nizam pandang dia macam tu.
Nizam telan air liur.
"Miraie, kan? Rindunya lagu ni."
Eleena kembali bermain, tiba-tiba jarinya tersentuh jari Nizam. Nizam pegang, dan tak nak lepas.
"Nizaaammmm..." Eleena dengan nada marah manja. Dia tersenyum sampai nampak lesung pipit dan nampak gigi taringnya.
"Lepas laaaahhh, macam mana saya nak main piano," suaranya perlahan, buat-buat merayu.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Fiksi RemajaEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...