12 - Hari Ko-Kurikulum

1.3K 70 31
                                    

Ah, hari pendaftaran Ko-Kurikulum. Hari ini adalah hari yang sebenarnya paling malas dihadiri oleh Nizam. Tapi, disebabkan Eleena dah telefon mak dia, maknanya dia kena pergi, kalau tak, mak dia akan membebel sepanjang hari.

Bukankah hari Sabtu ni hari untuk bangun lambat?

Nizam kayuh basikal menuju ke sekolah. Dengan mata separuh mengantuk, dia mengayuh basikal tanpa disedari dia pakai kasut sebelah lain.

Kelihatan Adli sedang tenang mengunyah karipap sardin sambil memerhati orang ramai masuk ke sekolah.

Ail dan Rafi sedang berbual tentang game. Kamelia pula sedang membaca novel Hlovate berjudul Aa+Bb.

Tapi sambil baca novel tu, Kamelia memerhatikan gerak geri Eleena.

"Tiap-tiap masa je, bawak nasi gumpal dia. Macam tu je ke cara dia ngorat Nizam? Ish, takat gumpal-gumpal nasik macam tu, aku pun boleh. Eiii, geramnya aku!"

Tetapi Eleena terus duduk di sebelah Kamelia.

Dia duduk lama, cuba nak menegur, tetapi Kamelia hanya diam.

"Ada apa?" Kamelia tegur Eleena.

"Maaf, saya cuma duduk di sini."

"Oh, okay."

"Saya pun minat buku Hlovate."

"Ye ke..." diikuti dalam hati "tak tanya pun."

Selama hampir tiga minit dua puluh tiga saat Eleena cuba berbual dengan Kamelia, namun Kamelia tidak mempedulikannya.

Eleena mulai sedar, Kamelia - seperti budak perempuan yang lain, tidak sukakannya.

"Saya pergi dulu, Kamelia," kata Eleena.

Kamelia hanya mendengus, tak mempedulikan Eleena yang lalu di tepinya.

"Entah apa dia nak kat aku entah, sibuk je. Ha, tu tengok, menyelit lagi kat Nizam. Rimas betul aku tengok."

Bunyi loceng berbunyi. Masa untuk memilih badan beruniform.

Kamelia memikirkan badan beruniform yang paling tak banyak aktiviti.

"Bulan sabit merah? Ah, tak minat aku balut-balut orang ni. Pandu puteri? Macam meriah sangat, tak sesuai dengan ciri-ciri wanita yang penuh misteri macam aku ni. Ah, masuk bomba la."

Adli memang jadi kadet bomba setelah sekian lama. Apabila dia nampak Kamelia menulis namanya di kadet bomba, dia cuba nak menegur, namun Alif Zakwan sudah memeluk bahunya.

Alif Zakwan ni dah la satu kelas dengan Kamelia. Mampos la reputasi sebagai bad boy kalau dia cuba mendekati makwe.

"Woi, Adli. Lepas ni, snooker, jom?"

"Set!"

Nizam seperti biasa, setia dengan pengakap. Dia dah ada lencana pengakap penuh di dada. Ramai pulak gadis pandu puteri yang minat dengan dia.

Nizam dilantik sebagai ketua pengakap, sementara Ail pula selaku AJK.

"Dah jadi ketua pulak aku ni. Ni yang aku tak gemar bila pengakap dengan pandu puteri digabungkan. Undi semua datang dari pandu puteri. Jem la aku," kata Nizam pada Ail.

"Weh, Eleena mana?"

"Entah dia nak masuk Persatuan Bulan Sabit Merah."

"Ala, asal dia tak ikut kau. Selalu dia asyik ikut kau je."

"Mana aku tau. Ah, biar la dia."

"Kau cuba tengok Sufian Suhaimi, si ketua pengawas tu, nampak gayanya dia macam try hard nak ayat Eleena. Dia tu, dah la pelajar pandai, anak orang kaya, ketua pengawas pulak. Kau tak tergugat ke?" tanya Ail.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now