25 - Kak Adilah

1.2K 72 16
                                    

Eleena dan Nizam sedang menguli doh pizza.

"Cinta, banyak sangat air tu. Nanti lembik. Letak tepung lagi. Yis awak dah letak?" tanya Eleena.

"Belum. Kena letak ke?"

"Kena la letak. Nanti tak lembut roti tu."

Adli pula sedang baring di atas sofa dan sambung baca komik One Punch Man.

Lagu I Will Follow You In The Dark dari Death Cab For Cutie sedang berkumandang. Band kegemaran Nizam ni sengaja Eleena pasang, untuk Nizam.

Kamelia perhatikan sahaja Adli yang buat rilek baring atas sofa sambil kunyah karipap sardin yang dibuat Eleena petang tu.

"Kau ni selamba je, kan. Buat macam rumah orang la," tegur Kamelia.

Adli buat selamba. Dalam hati Adli, Eleena tak marah, Kamelia nak lebih-lebih marah ni dah kenapa.

"Ha, tengok! Inti sardin jatuh kat sofa! Weh kotor la!"

"Mana kena, kecoh la kau ni," Adli terus mengunyah.

"Adli, makan duduk lah! Nanti susah saya nak vacuum celah-celah tu," kata Eleena yang sedang menebar roti pizza.

"Padan muka!" Kamelia jelir lidah.

"Kau ingat kau comel la jelir lidah macam tu?" kata Adli.

"Memang pun. Kalau tak, kenapa kau selalu usha aku?" tanya Kamelia.

"Eiiiiiiii perasan gila doh kau ni! Blah la! Siapa usha kau, lonely soldier boy macam aku ni mana usha orang, eiiii!" Adli terus bangun dari kerusi menuju ke dapur.

Adli buka peti ais dan tuang air oren dalam cawan.

"Zam, aku rasa pasni kau dah boleh kerja kat Domino's Lake Valley tu," kata Adli sambil memerhati Nizam dengan tenang sedang menabur keju mozzarella.

"Awak nak pizza pie kan?" tanya Eleena.

"Pizza pie tu macam mana? Lagu System of a Down tu je la aku tau."

"Pizza gaya Chicago. Sebentar, saya sedang tunggu daging cincang ni nyahbeku," kata Eleena sambil menggaulkan sos tomato.

"Eh cinta, jangan letak mozzarella dulu. Letak sos tomato ni dulu. Nanti baru kita letak daging, sosej, pepperoni, capsicum dan buah zaitun."

Tiba-tiba Nizam calit tepung kat hidung Eleena.

"Cintaaaaaa, jangan main-main lah. Nanti kalau tumbuh jerawat batu kat hidung saya ni, girlfriend awak juga yang buruk," Eleena marah manja.

Adli tiba-tiba rekod video dengan smartphone.

"Dah kenapa pulak kau rekod ni?" tanya Nizam.

"Aku pernah tengok video kat Xhamster, dia start gini la. Mula-mula manja kat dapur, nak buat pizza, sekali gurau-gurau, peluk, lepas tu romen," kata Adli.

Eleena senyum sahaja. Nizam pulak malu lebih.

--

Mereka berempat makan pizza sambil main Monopoly.

"Ha, Leceister Square tempat aku!" kata Adli apabila Kamelia terkena.

"Ala, diskaun la, Li. Aku dah takde duit ni," kata Kamelia, memujuk.

"Takde, takde. Ini business! Kau kena bayar aku £700 jugak. Kalau tak, bersedialah untuk fail bankruptcy."

Sedang mereka main Monopoly, tiba-tiba blackout.

"Huish, pahal blackout pulak ni tiba-tiba?" Adli terpinga. Eleena dah pegang tangan Nizam.

"Ada lilin tak, Eleena?" tanya Kamelia, sambil menggunakan torchlight handphone berjalan.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now