17 - Sahabat Dunia Akhirat

1.3K 73 14
                                    

Keesokan hari selepas makan butterscotch cookies Eleena sampai habis sebalang, dan kemudian dia berenang di lautan butterscotch, dia menaiki kereta dan hanya berdiam diri.

Lagu The Cranberries - Animal Instinct berkumandang dalam radio ketika Kamelia menaiki kereta ayahnya.

"Mana butterscotch cookies aku, satu balang?" tanya Wak Ramlan dalam kereta.

"Kam dah makan dah, bah. Sedap sangat!"

"Eh, Kam! Biskut tu bukan kena makan sampai sebalang lah! Kau ingat biskut tu kuih raya ke? Kau tak boleh makan butterscotch cookies macam kau makan cornflakes madu tu!" kata Wak Ramlan bersuara tegas.

"Tak boleh ke?"

"Orang makan sekali sehari la paling kerap pun, gila la kau ni."

"Biskut apa tu, bah?"

Wak Ramlan hanya berdiam diri.

Kamelia berfikir sepanjang jalan tu, bahawa betul jugak kata Miko.

"Kenapa perlu bermusuh dengan orang yang berani mengorat crush kita, sedangkan kita cuma jadi seorang penakut! Kita harus memujinya kerana dia telah berjaya mendapat apa yang kita hanya mampu mimpikan," kata Kamelia dalam hati.

Dalam masa sama, dia berhati-hati. Teori 'lucifer'nya masih dia belum buang lagi.

Kamelia masuk dalam kelas 5 Ikhlas, hatinya berdebar-debar, kerana dia bakal masuk dalam kelas Nizam.

Dia kuatkan hati, dia kuatkan kakinya untuk berjalan menuju ke kelas sebelah.

Dia nampak cikgu tidak ada di kelas 5 Ikhlas. Dia pandang penjuru kiri sebelah pintu belakang sekali.

Dia nampak Nizam dan Eleena duduk bersebelahan.

"Aku kena admit, dorang dua orang, macam cream cheese cake yang sangat rata dan lembut, macam..." entah mende la Kamelia merapu ni.

"Pinang dibelah dua?" tanya Miko di atas tingkap.

Segala rasa rendah diri Kamelia mula menyerap dalam diri. Lututnya terketar saat dia berjalan menuju crush terhebat dan rival yang kelihatan lebih hebat.

Kamelia harus serahkan ego ini agar jalan damai dapat dijumpa.

Kamelia menulis sekeping nota dan masukkan dalam balang.

"Nak tulis apa? Hai, assalamualaikum, jom lepak? Kita chill chill sap kok...eh, amende tulis macam tu pulak? Hello, jom lepak? Tak nak la. Dia skema la! Aku mana reti buat ayat skema macam dia cakap, sial! Arrghh!"

"Woi, gila ke cakap sorang-sorang?" tanya Alif Zakwan, kawan baik Adli merangkap member sekelas Kamelia.

"Diamlah!"

--

"Hari ni? - KR"

"KR?" tanya Nizam bila dia jenguk nota yang ditulis Kamelia dalam balang?

"Kamelia Ramlan lah! Kan ayah dia Wak Ramlan!" kata Eleena sambil geleng kepala. Ada masa-masa, Nizam ni punyalah blur sampai tanya soalan yang macam ni. Tension Eleena dibuatnya.

"Oooo...sorry, loading lambat sikit," kata Nizam.

"Apa yang hari ni?" tanya Nizam.

"Saya nak belajar melukis dengan dia."

"Tapi dia macam tak suka awak je," kata Nizam.

"Saya harap dia ok je," Eleena cuba berfikir sebarang kemungkinan. Tetapi dia rasa dia perlu berkawan dengan Kamelia.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now