Adli datang ke rumah Nizam sambil rilek hisap rokok dalam rumah. Mak Nizam ni, punyalah sporting, sampai Adli hisap rokok dalam rumah dia pun, dia letak ashtray.
Orang kata la, bapak Nizam paling tak chill antara semua parents yang ada antara geng ni semua, tapi mak Nizam paling cool.
Selalu kalau dorang nak ponteng sekolah, rumah Nizam lah pilihan mereka.
Mak kawan kau ada ke sediakan keropok lekor ke, air oren ke, dan yang paling best, payung rokok kat kau masa kau ponteng sekolah tak? Takde kan?
Sebab tu Adli suka kawan dengan Nizam sebenarnya. Tapi lama-lama persahabatan tu jadi ikhlas.
Tapi itulah Adli bengang sikit sejak Nizam kenal Eleena ni, susah gila nak ajak ponteng. Sejak kenal dengan Eleena ni, cuma satu hari je dia tak datang sekolah.
Sesuatuuu ni, sesuatuuuuuuu.
Abang Khairul sedang sedap baring sambil tengok drama ulangan Suri Hati Mr Pilot.
Bukan main gedik si Abang Khairul bila tengok percintaan Neelofa dan Fattah Amin ni.
Salah satu sebab kenapa Nizam dan Adli menjauhkan diri dari menghisap gam.
Stay out from the gam, kids.
"Kau tengok cerita tak senonoh ni, pahal doh?" tegur Nizam. Abang Khairul hanya diam sahaja.
"Nah, mak aku masak wantan goreng," kata Nizam pada Adli sambil menghulurkan sepinggan wantan goreng.
"Sejak bila pulak mak kau pandai beli wantan ni, Zam?" tanya Adli, pelik.
"Eleena lah. Hari tu balance dia ajar mak aku buat nasi bento hari tu, dia goreng la. Ni pun Eleena yang belikan."
"Eleena beli barang dapur rumah kau?" Adli geleng kepala.
"Hari tu dia nak ajar mak aku nasi bento, lepas tu ada pulak balut dengan kulit wantan, nak buat bentuk sayap burung."
"Lain machieeemmm (macam) la makwe kau ni, Zam?" kata Adli.
"Mana ada. Aku dengan dia member je," kata Nizam.
"Takkan kau sikit pun takde perasaan kat dia? Weh, aku ni manusia jenis tak peduli dengan makwe, tapi aku rasa, dalam banyak-banyak makwe, ni makwe paling sesuai untuk kau, Zam. Kau nak makwe macam siapa lagi?"
"Aku tak ready la, Li. Ala, aku pun nak jadi lonely soldier boy cam kau gak," kata Nizam sambil cicah wantan kat cili sos.
"Takyah la tiru aku, celaka. Ke, kau minat dengan anak Wak Ramlan? Kan kan kan kan kan kan?" Adli keluar nada nakal.
"Aku nampak macam kau suka dia," Nizam cuba balas kembali.
"Aku tak pernah beli epal untuk dia kat English Day."
Krik krik, krik krik di meja Nizam.
"Weh, ujian Matematik kau macam mana?" tanya Nizam, cuba menukar topik soalan.
"Cam biasalah. Cuma ada satu soalan aku sangkut sikit. Macam ni soalannya: Setiap hari, terdapat 1000 ekor ikan dilepaskan di kolam Haji Salleh. 390 daripadanya selalunya mati. Dalam masa 30 hari, agak-agak Eleena jadi makwe kau tak?"
"Apa pundek soalan kau ni, sial? Kemain beriya aku cuba fikir, last-last macam kimek," kata Nizam.
Tiba-tiba Adli keluarkan buku nota. Dia kemudian buat garis tengah. Dia tulis nama Kamelia, dan Eleena.
"Apa kelebihan Kamelia anak Wak Ramlan?" tanya Adli sambil mengunyah wantan.
"Dia aku nampak macam misteri la. Suka lepak sorang-sorang. Terror lawan, macam awek cerita Quentin Tarantino. Type muka gaya garang cam Sara Ali. Jenis hati kering tumbuk pengawas..."
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Fiksi RemajaEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...