5 - Persamaan Kuadratik

1.5K 70 19
                                    

Nizam dapat soalan Matematik yang buat dia rasa macam nak pitam. Matematik baginya adalah seperti belajar bahasa Rusia, tak difahami huruf, tak difahami apa yang diperkatakan.

Dia ketuk-ketuk kepalanya di atas meja.

"Habis la masa depan aku, nak menyara kehidupan kenalah busking kat depan BB," keluh Nizam sambil menyandarkan kepalanya di atas meja.

"Boleh saya bantu awak, Nizam?" tanya Eleena.

"Bantulah apa yang boleh dibantu, aaaaa!"

"Bantulah apa yang boleh dibantu, aaaaa!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"

Awak baca soalan ni betul-betul. h, dalam meter, roket air itu tiba di tanah pada masa t saat, selepas dilancarkan."

Eleena mula mengambil pen dan kertas.

"Mula-mula, h ialah 0. Sebab ini persamaan kuardatik. Hafal formula ni."

Eleena mula menulis di atas kertas.

ax² + bx + c = 0

"Ini adalah persamaan kuadratik. Jadi, h adalah 0. Jadi awak faktorkan nombor ini.

-2t² + 3t + 2 = h

h = 0

0 = -2t² + 3t + 2

"Pindahkan dua yang hujung tu pada seberang. Awak ingat ni je, tanda sama dengan ni adalah sempadan. Kalau nak seberang, kena ubah."

"Kenapa kena ubah?" tanya Nizam.

Eleena diam dan berfikir sekejap untuk permudahkan penerangan.

"Awak anggap je tanda sama dengan ni sempadan negara. Kena cop passport, kena tukar, faham?"

Nizam mengangguk.

"Baik, sekarang ni dah jadi -2."

-2 = 2t² + 3t

"Awak faktorkan yang ni, jadi macam ni, " Eleena melukis kurungan di tepi huruf t.

= t (-2 + 3)

"Negatif dua tambah tiga, berapa?" tanya Eleena.

Nizam blur. Lagging macam handphone Samsung Nami Cob Nobbler.

"Satu."

"Ooohh, tiga tolak dua! Faham, faham!"

t=(1)

"Kalau -2?" tanya Eleena.

"Hah?"

t= -2

"Tapi jawapan tak boleh negatif, jadi jawapannya 2 saat. Sebab t sama dengan unit saat."

"Ooohh!"

"Jadi kalau t=2, macam mana nak membuktikan h=0?"

"Macam mana?" Nizam tergaru kepala.

"Baik, tulis balik soalan tadi."

Operasi Bocor Where stories live. Discover now