Adli, Alif Zakwan, Azlam dan Ail sedang usha bangunan PPD sambil kunyah keropok Jack and Jill sambil diiringi oleh lagu dari kumpulan Rage Against The Machine.
"Ni semua kau punya pasal la, Ail! Aku tak minat la perisa bawang ni! Aku dah kata, perisa BBQ! Kau nak jugak perisa bawang ni. Entah mende-mende taste," kata Adli sambil mengunyah kerepek kentang.
"Kau komplen tapi kau makan gak," Ail menjeling.
"Weh, bak la sikit," kata Azlam dari belakang.
Alif Zakwan matikan lampu. Dari tadi mata mereka nampak beberapa van yang keluar masuk dalam bangunan.
"Aku rasa ni van kertas soalan ni. Dorang simpan sini dulu sebelum dorang edarkan," kata Alif Zakwan.
"Siap ada anggota SWAT lagi. Macam nak pergi main Counter Strike je," kata Adli.
"Raptai je ni," kata Azlam, mencelah.
"Ha'ah lah, raptai," Alif Zakwan setuju.
"Aku rasalah, baik kita gerak," kata Ail.
"Jap, jap."
Adli tengok mesej telefon.
"Apa dia, Li?" tanya Alif Zakwan.
Adli kentut.
"Pundek! Kau memang celaka, Adli! Dah la bau macam musibat! Kimak la kau!" Ail tak tahan kentut Adli sampai terbatuk-batuk.
"Bodoh sial. Dalam van aku jugaklah kau nak kentut. Dah la pertandingan kentut dulu kalah," Alif Zakwan menyampuk.
"Boleh tahan bodoh juga budak sekolah Cheras ni main pertandingan kentut? Hangpa semua gila bodoh weh," Azlam menyampuk, main sentimen daerah.
"Budak Ipoh buat mende?" tanya Adli.
"Budak Ipoh intelektual. Kitorang semua sekolah bijak-bijak. Sekolah hang ni teruk, redneck betul!"
Azlam buka dompetnya dan keluarkan segumpal herba yang kemudian dichai bersama rokok.
"Ada barang tak cakap?" kata Adli.
"Weh, jangan la hisap ganja dalam van abah aku, Lam. Hisap tempat lain la!" Alif Zakwan bersuara keras.
"Habis tu nak layan kat mana?" tanya Azlam.
"Layan rumah Eleena la, ni dia dengan Nizam ajak lepak ni," kata Adli sambil balas group Whatsapp.
"Ish kau ni, Adli. Eleena tu punyalah suci murni, kau nak hisap ganja kat rumah dia, apahal pulak?" kata Azlam.
"Itu la kau, tak tau. Eleena lagi power dari korang semua. Nak ngorat dia tapi tak tau mende pasal dia. Aku tau la!" Adli memberitahu sesuatu yang sukar dipercayai oleh semua orang dalam kereta.
"Patutlah pandai nak mampus, sebelum belajar, dia bal sepam, lepas tu masyuk je matematik. Power betul," kata Alif Zakwan pula.
"Eh, jom lah gerak. Besok kita banyak misi lagi ni."
Van Alif Zakwan bergerak menuju ke Perdana Park.
--
Azlam masuk dan terkejut pandang rumah Eleena yang gila besar. Kelihatan Nizam dan Eleena sedang menonton drama Korea.
"Masuklah. Saya dan Kam dah masakkan mihun sup untuk awak semua. Minta maaflah kalau ada serba kurang," kata Eleena sambil tunduk, menghormati tetamu.
"Serba kurang dia cakap? Gila kau, kau nampak TV tu? Harga dia mahu suku juta, kau tau tak?" kata Azlam pada Ail.
"Itulah doh. Aku dah start menyesal dulu nak try dia," kata Ail pula.
"Kawan kau la, dia dah menyesal belum?" tanya Azlam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Operasi Bocor
Ficção AdolescenteEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...