33 - Kenakan Pian Petak Balik

1.1K 81 10
                                    

Dalam kelas 5 Amanah, Kamelia sedang tenang menampal gambar-gambar dalam buku skrap Zeitgeistzers, projek bersama Eleena tentang dekad 70an.

Dengan menggunting gambar-gambar, dia tiba-tiba didatangi oleh Ahmad Maslan.

"Sufian Suhaimi nak jumpa kau," kata Ahmad Maslan dengan tegas.

"Sorry, tak minat."

"Dia nak jumpa kau, kau jangan degil."

Kamelia buat bodoh dan terus menyiapkan kerjanya.

Bengkek dengan perangai buat tak tau Kamelia, Ahmad Maslan hempuk buku skrap Kamelia bawah lantai.

Kurang dari 0.38 saat, tangan kiri Kamelia terus capai kolar baju Ahmad Maslan sebelum hempuk mukanya ke dinding, sebelum mamat tu terjatuh, dan kasut Vans warna putih Kamelia terus jejak ke muka Ahmad Maslan.

"Aku dah kata, kau jangan kacau aku, sial! Penat aku buat benda ni. Jangan sampai aku tukarkan kau jadi ayam goreng kunyit!" bentak Kamelia.

"Jangan main kepala la! Bapak aku bayar zakat!" jerit Ahmad Maslan kesakitan.

"Lep, berapa zakat fitrah tahun ni?" tanya Kamelia.

"Entah, tujuh ringgit setengah kot," balas Alif Zakwan yang sedang main daun terup dengan member-member.

Kamelia capai wallet Billabongnya, dan campak sepuluh ringgit.

"Nah, bagi kat bapak kau! Keep the change! Sekarang, aku dah bayar zakat untuk kepala kau, kan?"

Kamelia terus capai kolar baju Ahmad Maslan dan terus heretnya ke koridor, dan mahu mencampak Ahmad Maslan dari tingkat tiga sekolah.

"Kau cakap dengan Pian Petak, jangan sampai ada pengawas yang mampos di tangan aku kat sini. Aku dah lama bersabar dengan korang, faham tak?"

"Kau...kau...kau tak kenal dengan Datuk Suhaimi, dan Sufian adalah anak dia! Kau pukul aku, aku suruh Sufian ambik tindakan pada kau! See you in court!"

Kamelia tolak badan Ahmad Maslan tapi memegang kakinya, membiarkan dia tergantung atas koridor.

"Kamelia, jangan lepaskan!"

Jerit Cikgu Noraini yang nampak Kamelia macam nak campak Ahmad Maslan jatuh dari tingkat tiga sekolah.

"Kamelia, kalau awak lepaskan, awak boleh didakwa, awak tau tak!" kata Cikgu Noraini.

Kamelia terus tarik balik kaki Ahmad Maslan ke koridor.

"Kau tunggu apa Sufian Suhaimi akan buat lepas ni, aku harap kau menyesal dengan apa yang kau buat," Ahmad Maslan mencicit lari.

--

Kamelia sedang tenang baca komik Dik Cerdas sambil makan aiskrim limau susu di Mashtan Maju.

"Woi!" Adli menepuk bahu Kamelia.

"Babi, tertumpah la aiskrim aku, cibai!"

"Hekeleh, apa cerita? Monyok semacam je kau? Kau ternampak Nizam bogel ke, lepas tu kecewa dengan barang dia?" tanya Adli.

"Bodoh la kau ni! Macam la kau punya tu besar sangat!"

"Kau tengok kulit aku, gelap. Kau pernah tengok barang ebony ni kecik tak? Kamon la, ni Adli, Adli Margera!"

Kamelia malas nak layan.

"Ce cite ce cite," kata Adli.

Sedang Adli bergurau dengan Kamelia, tiba-tiba datang Sufian Suhaimi dan Ahmad Maslan.

"Oh, sekarang aku faham. Korang berdua bercinta rupanya," Sufian Suhaimi ketawa.

Adli dah baran. Kamelia berdiri, standby nak bagi penumbuk.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now