4:20 pagi
Bunyi alarm Hello Kitty Eleena berbunyi.
" 新しい日, 神様ありがとう!"
(atarashi-nitsu, kamisama arigato!)
(Hari baru, terima kasih Tuhan!)Dia terus capai balang butterscotch cookiesnya, dan mengunyah sekeping, kemudian dia terus menuju ke dapur. Dia mula masak nasi pulut.
Eleena fikir hari ini dia nak masak nasi bento teppanyaki daging. Kebetulan semalam dia ada beli daging steak lebih dari supermarket semalam. Daging yang diperap semalaman bersama kicap Jepun, lada hitam, cuka beras dan bawang putih itu dikeluarkan dari peti ais, sebelum dia mula memanggang daging tersebut.
Selepas masak nasi pulut, dia mula memotong sayur lobak, daun bawang dan kapsicum mengikut bentuk yang diingininya.
Dia sediakan tiga bekas Tupperware bento.
Edry, dia, dan...
"Ini untuk Nizam. Harap awak sudi makan masakan saya," Eleena tersenyum seorang diri.
Proses memasak semua sekali dalam 45 minit, selesai masak, Eleena melakukan senaman dan regangan selama setengah jam, sebelum ke swimming pool dan berenang dalam cuaca Subuh selama 15 minit. Kemudian, dia terus Solat Subuh, dan ulangkaji Matematik selama 30 minit, dan 15 minit untuk mata pelajaran lain.
Hari ini dia pilih matapelajaran Sejarah. Kemudian dia cari di Internet, mencari trivia terbaru setiap hari.
Enjin kereta sudah dipanaskan oleh Encik Osman, Eleena dan Edry terus sahaja menaiki kereta sebelum dipandu oleh Encik Osman.
"Pergi dulu Encik Osman," kata Eleena sambil cium tangan penjaganya.
"Assalamualaikum, Puan Asrita. Ini kerja sekolah saya yang puan arahkan saya siapkan semalam. Harap puan beri markah dengan seadilnya," kata Eleena sambil tunduk.
Walaupun dia bersekolah di Jakarta pada tahun sebelum ini, tetapi dia bersekolah di sekolah international school yang dimiliki oleh orang Jepun.
"Saya suruh hantar Rabu depan, awak dah siap ke?" tanya Puan Asrita.
"Ya, Puan Asrita. Kalau salah, sila betulkan saya," kata Eleena sambil tunduk.
"Baiklah, awak pergilah sarapan dulu."
Eleena dah sarapan masa dia masak tadi. Dia bawa sikit untuk makan bersama Nizam nanti.
"Mak ai, kemasnya tulisan dia. Dah la betul jalan kira dia. Dia ni dulu sekolah kat Jepun ke?" ternganga Puan Asrita.
"Selamat pagi, Nizam."
"Selamat pagi, Eleena."
Di tangan Nizam menjinjing air nescafe ais. Dan di tangannya menjinjing nasi lemak ayam Sakinah yang diakui power.
"Awak dah ada bekal?" nada suara Eleena sedikit kecewa.
"Oh, tadi singgah rumah Adli kejap. Lalu pulak Nasi Lemak Sakinah."
"Sebab saya dah masakkan awak teppanyaki."
Nizam telan air liur.
"Weh, Nami, kau lapar tak?" tanya Nizam, menepuk bahu Nami Cob Nobbler yang sedang main Tinder di sekolah.
"Pahal, kau nak belanja ke?"
"Kau ambik la nasi lemak Sakinah ni, aku belanja," kata Nizam dengan senyuman paling menawan.
"Peh, cantiklah! Thanks beb!"
Nizam dan Eleena berjalan di koridor dan semua mata memerhatikan mereka berdua. Di hujung kelas 5 Amanah, Kamelia Ramlan sedang memerhatikan Eleena dengan menggunakan binokular tentera Soviet yang dibeli ayahnya di flea market.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Ficção AdolescenteEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...