14 - Dalam Bilik Cikgu Noraini

1.5K 71 18
                                    

Sufian Suhaimi mengumpulkan konco-konconya dalam bilik mesyuarat pengawas. Misinya hanya satu - untuk memerangkap Nizam yang dia sudah sekian lama syak, menyelinap ke bilik disiplin dan merembat harta rampasan. Dia merasakan tindakan Nizam ini memperkecilkan autoritinya selaku ketua pengawas sekolah.

"Hari ni, kita akan buat spotcheck, tapi hanya di kelas 5 Ikhlas. Misi kita, rampas saja apa yang ada di tangan Eleena. Kemudian, mesti si Nizam tu akan cuba menyelinap. Dari situ, aku akan tangkap dia, bawak dia ke bilik disiplin, lepas tu dia digantung sekolah, terus takde masa depan, jadi sampah masyarakat, sementara aku, yang akan memulangkan barang dia, akan menjadi kekasih aku yang seterusnya. Aku tak nak kalian semua gagalkan aku, faham?" kata Sufian Suhaimi dengan nada tegas.

"Faham!"

--

Tanpa disedari, perbincangan mereka didengari oleh Kamelia. Kamelia memang tak suka Eleena, tapi dia lagi benci Sufian Suhaimi ni, terutamanya bila dia merancang untuk mengenakan Nizam. Nizam crush dia kot.

Tapi, dia tak tahu dengan siapa dia nak cakap.

Adli sedang berjalan-jalan merayau di luar kelas sambil Too Dumb To Die dari kumpulan Green Day.

"Woi, sini jap!" kata Kamelia pada Adli.

Adli terkejut. Bukan apa, Kamelia ni bukannya suka dengan dia ni.

"Sini la, babi!"

Adli kebingungan. Apa yang tiba-tiba minah ni panggil dia ni.

"Panggil elok-elok la. Ha, pahal?" tanya Adli.

"Kau pakar dajal orang, kan?"

Adli tersengih.

"Sorry beb. Kalau kau nak aku dajal orang, bayar la. If you're good on something, never do it for free," kata Adli dengan bernafaskan Joker.

"Kerek pulak kau. Ni, Sufian Suhaimi nak dajal member kau la, Nizam!"

Adli terdiam.

"Budak Sufian ni dah kenapa? Dia lupa ke apa aku dah buat kat dia dulu?" Adli bermonolog dalaman.

"Cepatlah, kau nampak geng pengawas tu dah keluar ramai-ramai dah," kata Kamelia.

"Ish, tak sempat plan ni. Takpe, kita usha je. Kau rilek tepi dulu," kata Adli sambil mengekor geng-geng pengawas yang beramai-ramai datang serbu kelas 5 Ikhlas.

Kamelia nak bertindak, tapi Adli menghalang.

"Weh, bodoh! Tepi lah! Aku nak tolong. Dia pernah tolong aku ambikkan walkman aku."

"Bertindak guna akal, sis. Jangan guna emosi. Tak guna. Sekarang kau perhati je dulu. Karang kita akan bertindak," kata Adli sambil kunyah karipap sardin.

"Ah, kau. Kau cakap macam bagus je. Kata pakar dajal."

"Sebab aku pakar dajal la aku kata macam ni. Lagipun kau kenal Nizam pun sekejap. Aku dari zaman dia darjah dua dah kenal. Aku tau la apa aku nak buat, dah, kau pegang karipap aku," kata Adli sambil menyorok di belakang dinding koridor.

Bengang betul Kamelia bila terpaksa pegang karipap sardin Adli.

"Woi, janganlah makan karipap aku!" kata Adli.

"Bila masa aku makan? Kecohlah mat kentut ni!"

Adli dan Kamelia dari tepi memerhatikan segerombolan pengawas masuk ke 5 Ikhlas.

--

"Spotcheck, spotcheck!" jerit salah seorang macai Sufian Suhaimi yang bernama Syed Saddiq. Macai bernama Ahmad Maslan pula menggeledah beg satu per satu. Tujuannya hanya satu, untuk merampas apa jua barang Eleena, bertujuan untuk memerangkap Nizam yang suka menyelinap dalam bilik disiplin.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now