10 - Eleena Beli Keyboard

1.2K 63 7
                                    

"Adli, mari makan!" kata mak Adli yang masak lauk kegemarannya, telur masak kicap. Adli ni memang makanan dia simple je. Bagi dia, telur dan kicap adalah sahabat baik yang tak boleh dipisahkan.

Sampai dua keping Adli makan. Selain itu, mak dia masak sayur kailan, dia ambil la sehelai dua.

"Adli, hang dah habis sekolah nanti, hang nak buat apa?" tanya ayah Adli, Pak Yasin.

"Tolong abah la, macam biasa. Goreng char kuey teow."

"Hang tak minat sambung blajaq?"

"Malas la. Dari darjah satu sampai form five belajar, Adli dah bosan. Tak minat," kata Adli sambil makan.

"Hang tak nak ka sambung universiti macam abang hang?"

"Macam Abang Adam? Tak nak la Adli. Karang balik universiti, mengeluh buat assignment la, apa la. Adli nak tolong abah, muktamad," kata Adli.

"Abah harap hang ubahlah fikiran. Tapi kalau itu keputusan hang, abah tak boleh halang," kata Pak Yasin.

"Tak pun, aku hantaq hang kolej memasak, hang nak?" tanya Pak Yasin lagi.

"Adli malas nak salin-salin nota ni, bah."

Ayah Adli dah malas nak argue. Dia tahu Adli ni degil. Degil ketegaq.

--

Adli start motor hingga ke rumah Nizam.

Dia baru letak helmet, dia nampak ada dua pasang kasut sekolah.

"Design kasut macam design kasut makwe. Pundek, nampaknya kata-kata Azlam semakin hampir jadi kenyataan."

"Assalamualaikum, Nizaaaaaammm!"

"Oh, Adli. Masuklah!" kata mak Nizam, Puan Latifah.

Dia masuk ke rumah Nizam, dia nampak Eleena sedang mengajar Nizam dalam Matematik.

"Heksagon berapa segi?"

"Enam."

"Kalau enam segi, ada berapa segi tiga?"

"Empat."

"4 x 180, berapa?"

"Aaaa..."

"Lambat. 720."

"Cepatnya awak kira, Eleena. Macam mana awak boleh kira laju macam tu?"

"Ada tekniknya," kata Eleena.

"Ehem!" Adli dah terpacak depan pintu rumah dia punyalah lama, si Nizam boleh tak perasan.

"Eh, Adli. Apa cerita? Ni Eleena tengah ajar aku Matematik."

"Boleh join?" tanya Adli.

Eleena senyum ke arah Adli.

"Boleh je."

Adli buka buku latihan dan dia mula membuat latihan Matematik bersama-sama.

"Eleena, ni macam mana ni?"

"Baik, dalam hal ni, dia nak cari keluasan kon ni. Radius maksudnya, jejari. Jejari 5cm, tinggi, 7cm. Maknanya, π5 (5+√7²+5²)."

"Ya Allah, ini bahasa alien ke?" Adli tergaru-garu kepala.

"Kita kira π x 5 ni dulu. 22/7 x 5, berapa?" tanya Eleena. Adli terpinga-pinga.

" Selesaikan yang ada dalam kurungan ni. (5+√7²+5²), 7 kuasa dua?" tanya Eleena.

"Hah?"

"Lambat. 49. 5 kuasa 2?"

Adli jeling ke arah Nizam.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now