"Bukak la mulut awak besar sikit, aaaa!" Eleena suapkan bubur ayam ke dalam mulut Nizam.
"Aku sebenarnya concern pasal rancangan kita nak pecah bilik kebal tu. Soalan SPM tu, penting tu," kata Adli yang sedang tenang gigit Choki-Choki.
"Weh, concern kepala otak kau! Kalau tak kerana kau, takdelah Nizam terlantar macam ni," kata Kamelia, cekak pinggang.
"Alah awak ni Kam, asyik nak marah Adli je lah. Cuba tengok Nizam, tenang je dia sambil makan bubur. Ha, awak nganga la mulut besar sikit," kata Eleena yang terus fokus menyuap Nizam.
"Ketiadaan kau dalam team kali ni macam ketiadaan Mohamad Salah dalam Liverpool, Zam. Kau orang penting," kata Adli.
"Ye lah, dah kau salah attack orang, nak buat macam mana, kan?" Nizam pandang Adli dengan muka stress.
"Tapi nasib baik dah margera dah si Pian Petak. Aku sebenarnya aim dia, tapi kau pulak yang kena," Adli buat muka selamba temberang. Sebenarnya dia nak attack mangsa random. Tapi punyalah random sampai yang kena ialah Nizam.
"Habis tu, siapa nak jadi penyelinap?" tanya Kamelia.
"Korang semua jangan risau, aku masih boleh bergerak laju walaupun pakai tongkat. Korang tunggu je kaki aku bukak simen ni," kata Nizam.
"Awak jangan bahayakan diri, boleh tak?" Eleena jeling Nizam.
Mereka berempat diam sejenak untuk berfikir siapakah yang mampu menggantikan Nizam untuk misi ini.
"Maaf ya, cik semua, masa melawat dah habis," datang seorang nurse menegur mereka bertiga.
"Baiklah. Cinta, cinta cepatlah sembuh. Saya rindu," Eleena genggam erat tangan Nizam, sebelum perlahan dia lepaskan.
Kamelia hanya pandang dengan satu perasaan yang berat.
"Okay, gerak lu, pape roger!" kata Adli sambil hulur tangan.
"Cinta," kata Nizam.
"Ya?"
"Bawak butterscotch cookies nanti, boleh tak?" tanya Nizam.
Eleena mengangguk senyum.
Tiba-tiba blackout dalam wad. Pintu tiba-tiba terkunci.
"Pahal pulak ni?" tiba-tiba Adli rasa pelik.
Kamelia dah bersedia nak menumbuk. Dah pasang kekuda. Eleena pulak dah mendampingi Nizam.
"Apahal sial?" tanya Nizam. Eleena tertampar bibir Nizam. Dia kalau Nizam mencarut je dia automatik tampar bibir Nizam.
"Sorry, tertampar."
Kelihatan seekor kucing...
"Bodoh la kau ni, Hamid MD!" Kamelia terus lepuk bahu si kucing sebesar orang tu.
"Watak kau ni memang pesen jenis muncul sekali-sekala buat pasal, ke?" tanya Adli buat muka bengang.
"Watak aku watak paling orang sumpah seranah dalam Kapsul Masa," kata Hamid MD, jilat tangan macam kucing. Ye lah, walaupun dia sebesar manusia, tapi dia tetap kucing.
"Awak tau tak, saya bimbang Pian Petak balas dendam," kata Eleena.
"Baiklah, aku ada berita buruk dan berita baik. Korang mesti nak tahu berita buruk dulu, kan?" tanya Hamid MD.
"Apa dia?"
"Program CumiX korang telah digagalkan oleh seorang hacker upahan kerajaan yang bernama Emily9786," kata Hamid MD.
"Fuck, aku ingat kerajaan cuma upah cybertrooper serang pembangkang je. Dorang ada hacker rupanya," kata Adli.
"Most of orang ramai mana tau cybertrooper tu maksudnya apa. Bukan je tukang perang di socmed, tapi mereka yang tahu guna ransomware, tahu guna worms, dan tahu nak disabled atau hack kemampuan pihak lawan," kata Eleena, yang mengikuti rapat cerita perang antara hackers.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Подростковая литератураEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...