"Bodoh la kau ni, Adli! Kau ni kalau nak dajal orang pun, kau dajal la Pian Petak ke, Ahmad Maslan ke, paling-paling pun kau dajal la Rafi! Ni kau dajal member baik kau sendiri, dah kenapa?" Kamelia herdik Adli dalam kereta, ketika mengikut Encik Osman mengiringi ambulans untuk menghantar Nizam ke KPJ Kajang.
Buat siapa yang tak tahu apa yang berlaku pada Nizam, boleh rujuk Episod 16, Cheras Perdana vol 2, tajuk Malam Qiamullail Di Sekolah.
"Mana aku tau Nizam nak berak kat tandas tu, kau ni!" kata Adli.
Eleena sedang runsing beberapa perkara. Pertama, mestilah runsing sebab boyfriend masuk hospital kot. Kedua, dengan kemasukan Nizam ke hospital, rancangan untuk pecah masuk bilik kebal kertas soalan SPM itu pasti akan lebih sukar, kerana The King of Menyelinap tiada.
"Eleena, aku minta maaf. Aku tak sengaja," kata Adli.
"Tak sengaja kepala hotak kau!" kata Kamelia, tinggikan suara.
"Aku tau la aku salah, yang kau bising lebih-lebih tu apahal? Kau makwe Nizam ke?" kata Adli, selamba.
Kamelia terkedu. Takkan nak cakap depan Eleena yang dia crush dengan Nizam. Sahabat baik kot.
Eleena hanya mendiamkan diri dan hanya biarkan radio Suria FM bermain lagu KRU - Apa Saja.
Eleena menahan perasaan, tanpa sedar, air matanya mengalir ke pipinya.
Adli nampak air mata Eleena. Dia dibebani perasaan bersalah yang amat sangat.
Kita menuju gemilang asmara
Tiada cinta setanding kita
Ku rela sehingga ke akhirnya
Tunai segala mimpi mu
Uhh... ratukuUntukmu kasih
Ku cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdayakan ku ikhtiar
Untukmu kasih
Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja"El, awak okay? Ni semua kau punya pasal!" kata Kamelia.
Adli hanya diam bila Kamelia tengking dirinya. Dia tahu, Kamelia memang ada hati dengan Nizam. Tak guna dia ada rasa itu.
Sampai di depan rumah Adli, Adli keluar. Encik Osman keluar dari kereta.
"Eleena ni, kalau dia marah, sedih, dia tak nak diganggu. Nanti bila dia dah reda, hang cakap dengan dia lah," Encik Osman menepuk bahu Adli.
"Baik, Encik Osman."
"Pakcik hantaq Kam dulu, no?"
Adli mengangguk lesu.
Dia masuk ke dalam bilik dengan satu perasaan hiba. Dia nampak Nizam menjerit kesakitan sehingga pengsan.
"Itulah, nak margera sangat. Kan, dah termargera member sendiri."
"Kau diamlah, Mid. Kacau je aku," kata Adli, tutup mukanya dengan bantal.
"Mana jiwa punkrocker kau tu, Adli? Sembang kat semua orang kau power. Rilek la, nanti dia okay la tu."
Adli terus diam. Dia rasa hiba bila melihat tangisan Eleena. Belum pernah dia lihat tangisan yang begitu sekali. Datang dari perasaan dalam hati.
Bunyi mesej Whatsapp masuk.
Eleena: adli
Adli: el, aku minta maaf sgt, weh! kau kalau xnak maafkan aku, xpe. tp aku mengaku ini salah aku.
Eleena: dtg rumah saya. ada benda saya nak ckp.
Adli capai jaket dan terus bawa motor menuju ke rumah Eleena.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Novela JuvenilEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...