23 - Cinta

1.2K 74 12
                                    

Eleena tiba di depan rumah Nizam, selepas dijemput ayah Nizam, Pakcik Lazim yang mahu berjumpa dengannya.

Dia berdiri depan gate sambil bawa pai daging.

Nizam menghendap di tepi tingkap. Memandang Eleena, lama-lama.

"Bodohnya aku. Selama ni dia minat aku, aku buat tak layan je. Tapi, aku takut lah. Ah, cinta bukan untuk orang yang penakut. Kalau aku ajak couple, kau rasa dia reject tak?"

Kata Nizam dalam hati, berfikir.

Eleena mula memanggil Nizam.

"Eh kau ni, pekak badak ke? Eleena panggil tu. Pergilah sambut dia," kata Puan Latifah lebih-lebih pulak. Macam nak sambut menantu.

"Kemain lawa betul makwe anak aku ni pakai kebaya pink. Aku doakan ni la jodoh anak aku," kata Puan Latifah menadah tangan berdoa.

"Nizam, cepatlah bukak pintu! Apa yang terhendap-hendap lagi?"

--

"Jemput duduk," kata Pakcik Lazim yang duduk di kepala meja. Pai daging diletakkan di tengah-tengah.

"Jemput rasa pai daging ni, pakcik Lazim," Eleena tunduk, dan merendahkan pandangan.

"Nizam, baca doa," kata Pakcik Lazim.

Nizam teragak-agak.

"Aik, takkan doa makan pun kau dah lupa? Abah rotan kau karang?"

Bukan lupa, tapi nervous. Hari ni Eleena luar biasa punya cantik. Pakai kebaya pink pulak.

"Huish, lain macam sedap pai ni. Buat sendiri ke ni?" tanya Pakcik Lazim.

"Ya, saya buat sendiri, pakcik."

"Eh, janganlah malu-malu, Eleena. Jemput minum air ni," kata Puan Latifah sambil bawa teko berisi air teh.

"Makcik..." Eleena sambut teko teh, lalu menuangkan air ke cawan satu keluarga.

"Tak sabar betul makcik nak Eleena panggil makcik ni, mak," kata Puan Latifah, sambil capai garfu untuk makan.

"Bagi la dia habis SPM dulu. Takde SPM, macam mana nak kerja. Makwe lawa-lawa ni kalau lambat sikit stabil, orang kebas. Tak caya, tu, Nami Cob Nobbler, lambat ajak girlfriend dia kahwin, dah kena sailang," kata Pakcik Lazim.

Sambil memotong daging, Pakcik Lazim terus bertanya.

"Betul ke, kamu ni ajar anak pakcik Matematik? Hari tu masa mesyuarat PIBG, pakcik tengok Cikgu Asrita bukan main lagi puji Nizam. Prestasi meningkat."

Eleena hanya tunduk sahaja.

"Ya, pakcik. Saya yang ajar anak pakcik Matematik," kata Eleena dengan nada suara pengacara Nona.

"Dia ada buat benda jahat tak? Hisap rokok kat bengkel Kemahiran Hidup lagi?" tanya Pakcik Lazim dengan nada tegas.

"Mana ada, bah!" tiba-tiba Nizam cuba menyelit.

"Nizam dah berhenti hisap rokok dah, pakcik."

"Kau ni, nak kena makwe cakap baru nak dengar? Abah cakap dari dulu, jangan merokok. Puas dah abah rotan kau, tak serik-serik? Kawan lagi dengan Adli tu. Awak tahu tak Latifah, hari tu mesyuarat PIBG, cikgu-cikgu semua merungut si Adli ni punya perangai, dia pergi letak tahi dalam sosej tu. Kau kawan la lagi dengan budak nakal macam tu. Hish," kata Pakcik Lazim.

"Alah, abang ni pun. Budak Adli tu baik, abang je tak kenal dia. Cuba borak-borak sikit dengan anak kawan tu," kata Puan Latifah.

Nizam dan Eleena jeling menjeling, kemudian senyum-senyum.

Operasi Bocor Where stories live. Discover now