Adli datang ke meja snooker ketika Rafi sedang bermain snooker bersama dengan seorang budak kecik.
"Lawan budak kecik, boleh la. Meh lawan aku," kata Adli sambil menyandar tepi dinding.
Rafi diam sahaja. Rokok dibibir, sambil melihat kayu snooker pada bola putih sebelum ia mengetuk bola lain.
"Bak kata Nizam, bola kau tu tak menepati halaju dan momentum," kata Adli, sambil light rokok.
"Pundek la mamat tu. Berlagak."
"Dia yang berlagak ke, kau yang tacing lebih, beb?" tanya Adli.
"Pahal pulak aku tacing?"
"Dari dengar suara kau tu, aku dah tau kau tacing. Sebab Eleena suka dia."
"Sejak perempuan tu datang, dia dah berubah..."
"...kau expect apa? Yang Eleena syok kat kau?"
Rafi pandang Adli dengan pandangan yang tajam.
"Dari kita sekolah rendah dulu, sampai sekarang, asyik dia je dapat..."
"Dah tu? Kau nak jealous dengan rezeki member, pahal pulak?"
Rafi diam.
"Kau nak mengorat Eleena? Tapi kau takde effort. Aku tengok Ail ke Lam ke nampak la effort."
"Tapi Nizam..."
"Kau kena pulak fikir yang Nizam letak effort kot setiap hari. Dia mandi je pun macam model sabun, bapak lama nak tunggu dia bersiap! Lagipun, benda macam ni, kau tak boleh buat apa la. Eleena memang suka kat Nizam, dan sedangkan Sufian Suhaimi pun gagal, kau cuba la, fikir kau punya peluang macam mana."
"Kenapa, kau rasa aku tak layak? Kau hina aku, Adli."
"Bukan hina, tapi kenyataan. Bukannya takde makwe suka kau pun."
"Siapa?"
"Tu, Alin Jerawat."
"Ah, kau. Dari dulu kau nak kenenkan aku dengan dia. Dah takde orang lain?"
"Macam ni la, kau beritahu aku satu benda yang kau special, sampai boleh buat Eleena terpikat dengan kau. Kau mungkin terror main dram, tapi hari tu Wak Ramlan boleh je replace kau. Azlam pun boleh main dram. Jadi, apa benda?"
"Habis tu, Nizam? Jual muka dia je ke?"
"Hey, tu kau tak boleh buat apa la? Dah design muka kau tak hensem. Takkan kau nak marah pulak? Aku cakap dengan kau, seriuslah, baik kau lupakan je lah Eleena tu. Lagipun, kau dengan Nizam dah lama kawan."
"Masalahnya dia macam berlagak..."
"Berlagak mendenya. Aku ada dalam studio tu. Dia cuma nak kau main elok-elok. Kau sedar tak kalau dram macam cibai, keseluruhan band akan bunyi macam gampang? Kau tak sudah-sudah nak tunjuk terror main muzik hardcore ke apa. Kalau main lagu camtu, takpe gak."
Rafi terus diam dan memandang mata Adli.
"First, sebagai kawan, kau tak payahlah gaduh dengan Nizam sebab makwe yang tak syok kat kau pun. Kedua, kalau kau nak kata Nizam berlagak, weh, aku lagi lah, sampai hampir-hampir kena drop dari band. Tapi aku buktikan pada Nizam, yang aku memang nak main."
"Tapi tak demokrasi..."
"Apa tak demokrasi? Masa sebelum jamming, kita decide nak main lagu apa kan? Ha, kau yang nak main sangat lagu Joy Division. Lepas tu, salah, marah la dia. Dah la yang belanja jamming tu Eleena. Kau kena tahu yang dorang tu, sesuatuuuuuuu. Azlam pun tahu, Ail pun tahu, Hafiz pun tahu."
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Teen FictionEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...