Kamelia membelek-belek Instagram dan stalk gambar-gambar yang dipos Nizam.
"Dia ni jarang selfie la, suka sangat post quote ke lirik lagu."
Ada la gambar dia tengah main gitar tu yang diambik oleh Adli, atau gambar dengan mak dia.
Dia kemudian perhatikan tweet Twitter Nizam. Rajin juga dia stalk tweet Nizam.
Tweet Nizam biasanya random dan tidak berbaur politik. Selalunya dia akan mengulas tentang muzik atau tentang filem.
Tapi Nizam ni suka post lagu-lagu Spotify dia. Sekali-sekala maki Adli yang suka kacau dia dalam Twitter.
"Oh nooo! Jarvis Cocker Sunday Service is going to be end!" menurut tweet Nizam.
Dia belek satu demi satu tweet Nizam. Sehinggalah dia terbaca satu tweet Nizam yang membuatkan dia terhenti.
Tweet dua bulan yang lepas.
"Gila smart baju Tokyo Police Club dia weh! 😍😍"
Hati Kamelia berderau.
"Aku memang ada baju tu, weh!"
Lepas tu dia terus stalk tweet Nizam. Dia nampak Nizam tweet lirik lagu El Scorcho, juga dalam dua bulan lepas.
Dia takut dia salah orang, tapi dia lah, siapa lagi. Tapi lepas dia tweet lagu tu, dia tweet lagu-lagu yang Kamelia rasa dia boleh relate dengan diri dia.
"Ish, dia ni....crush dengan aku ke?"
Kamelia letak telefon di dada. Kemudian tersenyum.
Sedang dia stalk tu, tiba-tiba Eleena sergah dari belakang.
"Oh mak pocot kau kenapa kau crush dengan aku pulak ni setaaaaann!" Kamelia melatah.
"Siapa crush dengan awak ni?" tanya Eleena.
Takkan dia nak cakap Nizam, kan?
"Aaaa..." mata Kamelia memandang siling cuba memikirkan nama lain.
Eleena jeling nakal.
"...aaa...Adli?"
Eleena ketawa, tutup mulut.
"Adli minat kat awak ke?" tanya Eleena.
"Alamak, amende aku nak cover ni?" hati Kamelia bergolak.
"Err, takdelah, tiba-tiba je ajak main pool tadi."
Kamelia tahu dia dah kehabisan peluru. Dia cuba memikirkan apa yang perlu dia cakap.
"Awak nak makan apa-apa? Saya masakkan," Eleena menawarkan diri.
"Masak megi je lah," kata Kamelia.
Dia tarik tangan Kamelia dan bawa dirinya ke dapur. Dia buka kabinet dapurnya.
"Kita ada samyang, kita ada ramen, kita ada udon. Atau awak nak udon yang saya uli sendiri?"
"Maggi biasa-biasa, takde?" tanya Kamelia.
Eleena terus sahaja rebus udon yang diulinya, sambil tu dia rebus ayam.
Stok ayam itu kemudiannya diasingkan. Dia kemudian potong bawang, cili merah, dan dia keluarkan serai, halia dan bawang putih.
Baki ayam yang lain, dia kukus.
Dia kemudian potong bawang, cili merah, hujung serai diketuk, kemudian dipotong, halia dan bawang putih, sebelum dia masukkan ke dalam lesung batu.
Mi udon itu kemudiannya dimasak bersama stok ayam yang dicampur dengan kicap Jepun, gochujang, garam, dan sedikit minyak bijan, sebelum dia tumis apa yang ditumbuk tadi dalam kuali.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Teen FictionEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...