"Adli, kau buat apa kat kereta Ustaz Hanafi? Cikgu Noraini mengadu dengan mak petang semalam, kau pancitkan tayar dia. Apa nak jadi dengan kau ni, Adli? Tahun ni nak SPM. Mana nak dapat berkat kalau kau asyik mendajal cikgu je," mak Adli membebel sebaik sahaja Adli sampai di rumah.
Adli tidak mempedulikan leteran maknya, sebaliknya dia terus peluk kucingnya Billie Joe sambil dengar lagu Nirvana - School.
"Kau ni, dulu pergi sekolah, kau dajal kereta cikgu, kau bakar dorm asrama masa kau kat Maahad Tahfiz, kau letupkan makmal sains, lepas tu kau rosakkan paip air taman sebelah, sampai seminggu bekalan air takde sebab kau. Kau ni cuba jadi orang sikit," mak Adli dah meleter tepi pintu bilik Adli.
"Aku tak tahulah aku ni lahir anak orang ke anak setan!" mak Adli terus maki Adli. Tapi Adli tenang, rilek, dan tak menjawab. Dia terus main dengan Billie Joe.
"Kemaslah bilik kau ni, dah serupa macam lori MPKj dah aku tengok."
Mak Adli dah fedap nak meleter. Adli capai skateboard dan start motor.
"Pergi mana tu, belajar la kat rumah ni. Tahun ni dah nak SPM!"
"Ala, mak. Result SPM bukan boleh bawak masuk syurga pun," Adli terus membonceng motor dan bawa motor menuju ke skatepark Bandar Tun Hussein Onn.
Sedang dia duduk di tepi ramp tu, dia nampak contengan grafiti tertulis "Renegadez". Dia teringat masa dia melepak dengan Joanna, Syahir Penyu, dan Acha. Geng-geng punk yang percaya satu hari nanti punk akan menakluk dunia.
Semua orang memperlekehkan punk, dan satu masa nanti, punk akan menjadi orde baru.
Sedang dia duduk termenung, dia nampak ada seorang gadis sedang main skate. Macam kenal je, anak Wak Ramlan studio jamming ke?
Kamelia. Dia ni super pendiam dalam sekolah. Dia ni macam misteri la. Adli dah usha awek ni lama dah sebenarnya. Cuma, alah, budak nakal macam Adli ni siapa je nak ambik serius.
Semua gadis kejarkan Nizam pun anyway.
Adli light rokok sambil usha saja awek tu main skate. Nak ngorat, dia ni budak kelas Alif Zakwan. Karang kena bahan dengan dia kang, mana nak letak muka?
"Ah, aku ni lonely soldier boy!" kata Adli sambil mendabik dada.
Banyak yang telah berlaku dalam masa 2-3 tahun lepas dalam hidup Adli. Hampir-hampir masuk sekolah Henry Gurney, sebab kes rogol Joanna. Bukan Adli yang buat, tapi Syahir Penyu.
Adli terus baling puntung lepas habis rokok.
"Woi, jangan baling puntung merata-rata la, setan!" jerit Kamelia. Adli ketawa dan cuma tunjuk dua jari terbalik (bukan peace).
Siapa budak punk tau la itu mencarut.
Adli mengambil keputusan untuk main skate kat tempat lain. Bagi Adli, dajal cikgu, main skate, jamming, main game, ini adalah lifenya. Dia tidak peduli pandangan masyarakat terhadapnya. Bagi dia, dia benci dengan kepura-puraan orang dewasa yang kononnya matang. Dia rasa semua orang tak faham dia.
Bak kata lirik lagu Green Day dalam Jesus of Suburbia,
I don't care if you don't
I don't care if you don't
I don't care if you don't careI don't care
Adli bermain skate seorang diri, dan melupakan segala tekanan dari hantu yang bernama SPM.
"Aku dah agak dah, kau ada kat sini," tiba-tiba ada suara.
"Ha, pahal, Zam?" tanya Adli.
Nizam duduk atas kerusi taman. Sambil keluarkan herba dari beg, kemudian dia ambil kertas rokok dan gulung. Dia beli dengan Dam Ganjaran tadi.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Novela JuvenilEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...