Satu penumbuk padu dari Sufian Suhaimi ke meja, sebelum dia mengadu sakit.
"Bos tak apa-apa?" tanya Syed Saddiq selaku macai yang setia.
"Sakitlah, bodoh! Geram betul aku. Macam mana dia boleh terlepas macam tu je? Nampaknya Adli tu macam ada satu lesen besar!" kata Sufian Suhaimi.
"Geram betul, bos. Dia boleh tonyoh muka saya yang hensem ni dengan puntung rokok dia? Tak guna betul. Penat je saya gunakan pencuci muka mahal," kata Syed Saddiq.
Ahmad Maslan datang membawa nasi goreng.
"Bos, ini saya masak, nasi goreng tanpa GST," Ahmad Maslan menghulurkan tupperware berisi nasi goreng.
"Hmm, rasa Ridsect! Kau nak bunuh aku ke, setan!" kata Sufian Suhaimi sambil meludah nasi goreng yang dibawa Ahmad Maslan.
"Sekarang, aku rasa penghalang aku untuk memiliki Eleena ni, yang terbesar ialah Adli. Adli ni kita mesti buat dia sampai dia kena buang sekolah. Kita kena bawa isu ni sampai ke pengetua," kata Sufian Suhaimi.
"Macam mana?" tanya Syed Saddiq.
"Ish, buat penat je aku bayar kau jadi macai aku. Fikirlah sikit, kau kan juara debat peringkat zon Kajang,"kata Sufian Suhaimi.
"Kita kena buat sesuatu benda dajal, lepas tu kita letakkan segala bukti tu pada Adli," kata Ahmad Maslan.
"Ha, ye lah, macam mana?" tanya Sufian Suhaimi.
"Kita dajal sesuatu yang jahat gila, sesuatu yang memalukan sekolah, sampai dia buang sekolah, lepas tu, barulah kita dapat kenakan Nizam," kata Ahmad Maslan.
"Ye la, apa dia? Cakap je, tapi idea takde," kata Sufian Suhaimi.
"I know, I know! Kita letak julap kat makanan cikgu, lepas tu..." Syed Saddiq mencelah.
"Mesti cikgu akan tuduh Adli! Confirm dia akan dikenakan tindakan, dan dibuang sekolah! Bila tak ada Adli, maka senang la kita kenakan Nizam. Lepas tu...heheh, Eleena akan melutut di kaki aku, barulah dia kenal, siapa Sufian Suhaimi! Hahahahaha!"
--
Dari tepi cermin bilik mesyuarat pengawas, Kamelia merakam perbualan mereka menggunakan telefon bimbit. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan turun tangga dan cepat-cepat menuju keluar dari sekolah.
"Aku nak cakap dengan siapa ni? Takkan dengan mat kentut tu? Ish, kalau cakap dengan Nizam, aku pulak nervous. Alamak, perlu ke aku bercakap dengan mat kentut ni. Tapi ini demi Nizam. Aku memang la tak suka perempuan tu..."
"Tapi atas sebab apa kau tak suka perempuan tu?" kata Miko, yang tiba-tiba muncul dari celah semak.
"Takde la, datang dari entah mana, tiba-tiba nak ngorat Nizam. Aku cuma tak nak Nizam dalam keadaan bahaya je."
"Kau minat dengan Nizam, tapi kau tak berani nak cakap dengan dia. Perempuan tu pulak berani cakap dengan dia, dia dapat, kenapa kau nak marah dia pulak? Salah siapa?" kata Miko.
"Tapi, dia cantik, dia kaya, dia ada kabel Illuminati, dia lucifer, dia ada segalanya. Aku ada apa?"
Dua orang budak sekolah pandang Kamelia dengan pandangan pelik.
"Apa pandang-pandang?" Kamelia jeling balik. Mukanya yang garang cukup menakutkan dua budak itu.
Kamelia berjalan menuju ke MRT Batu 11 Cheras, dan menuju ke Taman Suntex.
Sampai di studio Wak Ramlan, Kamelia terus berfikir bagaimana untuk menyelamatkan Nizam dari ancaman Sufian Suhaimi.
Tapi secara tak langsung dia terpaksa selamatkan Adli. Secara tak langsung dia terpaksa selamatkan Eleena.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Novela JuvenilEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...