Eleena: kam
Eleena: awak kat mana tu?
Kamelia: nasi lemak sakinah
Kamelia: sy suka sambal paru dia
Eleena: beli untuk awak, lepas tu lagi dua, nanti saya bayar balik.
Kamelia: xpe sy belanja
Eleena: yay!
Kamelia: awak nak lauk apa?
Eleena: sambal ayam ada?
Kamelia: ada
Eleena: sambal ayam satu, telur masak kicap satu
Kamelia: 👌"Adli, mak ayah kau tau tak pasal hal ni?" tanya Nizam sambil petik gitar lagu Little One dari Highly Suspect.
"Yang tau ni abah aku je."
"Abah kau tak marah?"
"Dia tak marah, tapi kecewa."
"Apa bezanya?"
"Dia cakap dia dah tak larat nak marah aku lagi. Dia cuma tanya aku, kenapa aku perlu buat macam tu," kata Adli sambil membelek komik One Punch Man milik Eleena di atas meja.
"Kau jawab apa?" tanya Nizam.
"Aku diam je la, takkan nak cakap. Dah terang-terang aku salah."
"Cinta, kejap lagi Kam sampai, bawak nasi lemak Sakinah," kata Eleena duduk sebelah Nizam. Nizam pegang tangan Eleena.
"Hekeleh, insecure pulak mamat ni depan aku," Adli gelak.
"Insecure?" tanya Nizam.
"Ye la, pegang tangan depan aku. Kecoh je."
Pipi Eleena kemerahan.
"Adli, terima kasih tau atas khidmat nasihat," kata Eleena.
"Ingat orang bagi khidmat nasihat tu free ke, Eleena? Belanja karipap sardin la," Adli ketawa.
"Saya buatkan awak ya?" kata Eleena.
"Hari tu janji nak buat pizza, tak buat-buat," kata Adli.
"Ya tak ya, kebetulan dua hari lepas saya dah beli keju mozzarella. Jadi boleh la malam ni saya buat pizza. Cinta, boleh tolong saya?"
Nizam mengangguk.
"Nanti susun pepperoni, ya?"
"Buat pizza pie la, Eleena. What a splendid pie! Pizza pizza pie! Every minute every second buy buy buy buy! Pepperoni onion green pepper mushroom olive chive! Therapy therapy advertising causes me therapy!" Adli menyanyi lagu Chic N Stu dari System of A Down.
"Pie, tapi inti pizza?" tanya Eleena.
"Dia nyanyi lagu System of A Down la, cinta," kata Nizam.
"Tau, trek pertama dalam album Steal This Album. Sejujurnya album ini agak underrated berbanding Toxicity," kata Eleena.
Nizam tergamam.
"Awak dengar System of A Down?"
"Dengar, tapi saya lagi suka Slipknot. Terutamanya album The Subliminal Verses, trek 5, Opium of the People. Juga, saya suka The Perfect Circle."
Adli dan Nizam ternganga bila dengar pengakuan Eleena yang minat Slipknot.
"Serious lah?" Adli tergamam. Eleena hanya fliphair.
Ting nong.
"Kam dah sampai, saya sambut dia kejap ya, cinta?"
Adli dan Nizam masih ternganga.
"Awek lu layan Slipknot, beb. Gua ingat dia layan K-Pop," kata Adli.
"Ni yang aku sayang lebih dia ni," Nizam mula senyum angau.
"Patut la Pian Petak gagal kat sini. Taste muzik dia tak power," kata Adli.
Kamelia buka kasut di depan pintu Eleena, dan nampak Adli.
YOU ARE READING
Operasi Bocor
Teen FictionEleena, Nizam, Adli dan Kamelia bermain spirit of the coin. Muncul Hamid MD, dan mengembalikan mereka berempat ke Tingkatan Lima. Mereka cuma ada satu cara untuk kembali ke zaman dewasa; mereka semua wajib lulus straight A dalam SPM. "Macam cerita B...