Rizal menghidupkan enjin kereta yang sejak 3 hari yang lepas, tiada siapa yang menghidupkannya. Dia baru pulang daripada out station sejak beberapa hari yang lalu. Suara isterinya kedengaran riuh dari dalam rumah memberikan arahan kepada ketiga-tiga anaknya. Suara mereka mengusik ibu mereka menjadikan rumah kedengaran sangat bising , dimana ibunya Aida , yang sedang mengandungkan anak ke empat sudah kewalahan untuk menguruskan mereka semua. Kerana masalah itulah dia terpaksa menghantar anak-anaknya sementara ke kampung ibunya di Besut, untuk dijaga. Dia terpaksa ke Kuala Lumpur untuk menguruskan kemasukan orang gaji dari Indonesia yang telah di tempah sejak 3 bulan yang lalu.
" Sudahlah tu Ammar, adik kan sudah letih tu. Dari tadi tak berenti-renti mengusik adik."
"Baiklah ya ummi ku sayang, patik akan cuba diam walaupun jiwa patik terseksa banget ah! Gue udah pengin untuk meluncur di arus yang deras, sama itu Noni yang gede amat." Suara Ammar yang meniru loghat Indon, memecahkan tawa kakaknya Noni.
"Sudah, mama kata diam, diamlah. Ingat mama main-main ke?" Kemarahan Aida itu mampu mendiamkan suara Ammar buat seketika.
"Mama, nanti kat rumah atuk mama ada tak? Mama tak ikut papa pergi ke KL kan?" Soalan Noni itu menyebabkan mata Ammar yang hampir tertutup terbeliak kembali.
" Taklah. Mama kena ikut papa pergi jemput bibik tu dari KL. Noni dengan adik-adik duduk je dengan nenek sekejap. Paling lama pun dua hari je mama pergi."
Ammar kembali bernafas lega, takut-takut kalau ibunya ada bersama pastilah rancangannya untuk memancing di sungai akan terbantut.
Kereta meluncur laju menuju ke destinasinya di Kampung Kubang Bemban, tempat lahir ayahnya yang merupakan seorang pensyarah kanan di UMT. Walau cuma kelahiran kampung nun di ceruk namun kecemerlangan papa sukar untuk di terjemahkan dengan kata-kata. Bukan saja pelajar terbaik negeri, namun juga penerima pingat emas pelajar terbaik di New Castle. Menjadi pelajar Masters yang mendapat degree cemerlang dengan 4.0 dan juga pelajar Phd termuda pada zamannya. Melintasi kampung Mengabang Telong, papa memperlahankan MPV nya ke pinggir jalan. Di sebelah kanan dan kiri jalan terdapat rumah yang dibina secara berserakan. Papa memberhentikan MPVnya di depan gate usang yang didalamnya terdapat sebuah rumah banglo usang. Banglo berwarna hijau itu merupakan rumah lama zaman era 80 an.
"Kenapa abang perlahankan kereta, bukankah kita dah terlewat ni?"
" Ini abang nak tunjukkan sesuatu kepada awak Aida. Abang berkenan sangat dengan rumah banglo ni. Apa kata kita beli dan rebuilt balik. Jadikan sebuah istana. You tau kan, sejak dari kecil abang sangat suka dengan rumah era 80 an ni. Tapi abah tak mampu memberikan kami rumah secantik ini pada masa itu. Jadi sekarang I nak miliki sebuah rumah idaman I dengan gaya dan cara I sendiri. I akan jadikan rumah ini seperti istana untuk kita dan anak-anak tinggal."
"Ish abang ni, udah nyanyuk ke you ni. Ada ke rumah tinggal macam ni dikatanya cantik. Mama tengok pun dah seram , kan Noni?"
"Memang cantik pun mama, papa memang pandai menghargai seni-seni warisan zaman."suara Ammar yang kuat menyebabkan ibunya membeliakkan matanya kepada anak lelakinya yang berusia 13 tahun itu.
"Engkau ni abang ngah, mama tak tanya pun kau sibuk jawab."
"Dah jangan gaduh, biasa la anak papa kan. Mesti la dia belahkan papa dia dalam semua hal."
"Betul la dia orang ni buta senikan Mar?" soalan papanya itu mengundang derai ketawa Ammar bersama papanya.
Aida memandang sekilas kepada rumah tinggal itu, halamannya dipenuhi lalang dan bersemak. Banyak cermin tingkap yang pecah. Bumbungnya juga sudah banyak yang diterbangkan angin. Rumah banglo itu memang besar, halamannya juga agak luas. Namun melihat kepada keuzurannya, dia merasa seram. Di kawasan hadapan rumah banglo itu terdapat sepohon ketapang yang besar dan rendang, nampak sangat teduh. Manakala di tepi pohon ketapang itu terdapat sebuah kerusi kayu yang sudah usang, hampir roboh. Mungkin tinggalan lama yang tidak pernah dibaiki. Kata orang-orang tua rumah yang lama di tinggalkan akan menjadi tempat tinggal kepada makhluk lain. Bulu romanya tiba-tiba saja meremang. Sekilas ternampak seolah-olah dia melihat seorang perempuan berdiri di tepi tingkap. Namun setelah di toleh, tingkap itu cuma kosong. Rizal menggerakkan MPVnya perlahan-lahan membelah angin Laut Cina Selatan yang bertiup agak kencang pada petang itu. Dia singgah sebentar untuk membelikan orang tuanya keropok lekor Terengganu yang tersohor itu. Bangsal keropok yang selalu di penuhi pelanggan, selalu membantutkan niatnya untuk membawa buah tangan itu kepada ibu dan ayahnya.
Menjelang Maghrib, Toyota Wish milik anak muda yang paling berjaya di kampung Kubang Bemban itu menjalar masuk ke rumah ibubapanya. Semua lampu telah terpasang, dan kelihatan datuk dan nenek sedang menunggu mereka di beranda. Rizal mengarahkan anak lelakinya membawa masuk barang-barang yang dibawa dari dalam kereta. Aida cuma mengangkat anaknya Aiman yang berusia 3 tahun, dan disambut oleh bapa mertuanya yang telah menunggu kedatangan cucu-cucunya untuk melepaskan rindu.
"Atuk kau menunggu dari lepas azan Asar lagi. Selalunya pergi minum di warung, hari ni nak tunggu cucu hah ambik kau dah Maghrib baru sampai."
"Biasa la nek, papa ni kalau memandu cepat-cepat bukan papa namanya. Siap singgah dekat rumah buruk lagi, lepas tu bersentimental pulak. Main zapin mak inang tepi jalan, dah la bawa keta 20 KM sejam."
"Amboi anak papa, pandainya mengutuk papa ye. Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang yang tersayang."
"Betul tu, apalah kak long ni nak suruh papa buat benda yang illegal ye."
"Ish, kau ni kalau tak menyampuk boleh tak?"
"Sudah, nenek tunggu kamu bukan nak tengok cucu nenek bergaduh. Pergi mandi dah petang ni. Tuala-tuala semua nenek dah letak atas katil, baju-baju cari sendiri dalam almari tu. Nenek dan atuk nak pergi solat kat surau."
"Ikut nek, boleh tak."
"Tak boleh papa dan mama nak berangkat kejap lagi. Sape nak tunggu Kak Long dan adik Aiman kalau Ammar pergi surau. Tunggu je kat rumah, malam esok suruh kak Maria datang teman Kak Long malam kalau Abang Ngah nak gi surau."
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...