Banglo hijau Part 18

10 0 0
                                    

"Aida tak ada nampak benda-benda aneh dalam rumah tu?"

"Tak ada pulak. Yang peliknya perangai bibik inilah. Sebelum ini pun saya selalu nampak dia jeling-jeling kepada saya. Saya tak tahu apa salah saya, Pak Su."

"Macam ni, pada firasat Pak Su ada benda lain ni. Tapi Pak Su kena tengok sendiri dulu secara dekat. Bukan bibik yang nak buat begitu kepada Aida, tapi mungkin benda-benda seperti yang menganggu Aida dulu."

"Betul ke Pak Su? Nasib baik bukan saya yang dikacaunya dulu."

"itu sebab Aida dah perkuatkan amalan , bukan macam dulu lagi. Masih amalkan ayat yang ustaz bagi dulu?"

"Masih Pak Su. Aida takut sangat terjadi macam dulu. Memang Aida jaga sangat-sangat amalan sekarang ni, jangan terlalai, jangan ambil mudah, takut jadi macam dulu seksa anak-anak yang tengah membesar. Tahun ni Kak Long nak periksa, kalau jadi lagi tak taulah saya."

"Masa Aida masuk pagar rumah Pak Su tadi lagi Pak Su dah rasa lain macam. Tapi tak tau apa bendanya."

"Hai Aida, sorang je ke?"

"Taklah berdua dengan baby kita ni yang comel."ujar Aida kepada sepupunya Zaki. Zaki mencuit dagu Suraya yang berjalan jatuh ke arahnya. Dia duduk berhadapan dengan ayahnya, sambil tangannya mengambil sebiji karipap.

"Kenapa tak tinggal anak dengan bibik? Bahaya bawa kereta dengan anak kecil macam ni."

Zaki yang tidak tahu hujung pangkal berkata kepada Aida. Ibunya mencucuk dia dengan sikunya yang menyebabkan dia terkejut dan hampir terjatuh karipap daripada dalam mulutnya. Zaki memandang muka Aida silih berganti dengan ayahnya lalu dia pun faham ada masalah yang sedang dibincangkan antara isteri sepupunya itu dengan ayahnya.

"Macam ni lah Aida, Pak Su ikut Aida balik. Pak Su tengok dulu apa yang boleh Pak Su buat. Lepas tu kita fikir apa yang boleh kita ambil tindakan."

"Saya nak ikut, kalau jadi macam dulu sapa nak tolong ayah."

Ujar Zaki dengan tegas. Ayahnya memandang muka anaknya itu, namun dia tahu tiada sesiapa yang boleh menahan pemergian anak sulungnya itu. Kalau pun dia tinggalkan di rumah, Zaki akan datang sendiri dengan keretanya. Oleh itu dia cuma menganggukkan kepalanya sahaja bila anaknya berkata begitu.

"Mak pun nak ikut. Jadi apa-apa boleh Mak Su tolong tengokkan budak-budak."

"Awak tak boleh pergi nanti dia syak pulak. Tiba-tiba je datang beramai-ramai, takut dia nanti. Lagipun awak tunggu Khairul dulu, kalau saya perlukan awak ,awak datanglah dengan Khairul nanti."

Arahan Pak Su itu tidak dibantah oleh Mak Su. Dia cuma bimbang dengan keselamatan cucu saudaranya yang masih ramai dan kecil pula , tambahan lagi masih tidak faham situasi yang sedang dihadapi. Pak Su memakai baju kemeja batik seperti otang Jawa, dengan seluar panjang berwarna hitam . Kepalanya dililitkan kain yang dipanggil semutar daripada kain tuala nipis yang selalu dijadikan pengesat peluh. Tangannya mengambil keris kecil yang disimpan di dalam almari pakaiannya. Zaki pula , tanpa mandi bersalin baju dan seluar dengan pantas. Dia takut ayahnya yang serba pantas itu marah kepadanya yang sering terhegeh-hegeh menukar baju. Setelah keduanya siap, Pak Su menaiki kereta Zaki mengekori kereta Proton Waja Aida.

"Jangan dekat sangat Kie, jangan sampai bibik tu rasa yang kita ikut Aida. Buat seolah-olah kita tak sengaja pergi rumah Rizal."

Zaki menurunkan tekanan minyak keretanya ke 50Km/jam. Dia memandu dengan perlahan dan membiarkan semua pemandu lain memotong keretanya hingga kereta Aida hilang dari pandangan. Agak lama juga mereka bermain-main di tepi jalan sebelum Pak Su memerintahkan Zaki berhentikan kereta di tepi kedai buah-buahan dan membeli seikat rambutan dan juga buah mata kucing. Selepas itu Pak Su membenarkan Zaki memandu seperti biasa.

Sementara itu sepeninggalan Aida, bibik yang berdiri di tepi walker yang ditendang Aida, masih menundukkan wajahnya dengan geram.

"Jaga kau, malam ni kau tau nasibmu bagaimana."suara berbisik dalam hatinya.

"Udah sayang , kemari. Usah pedulik sama orang kaya yang bego kayak gitu."

Suara Jono mengejutkan bibik. Dia kembali semula ke pangkin yang didudukinya bersama Jono. Jono memaut pinggangnya supaya jatuh ke atas ribaannya. Dia ketawa terkekeh-kekeh.

"Jadi ngak malam ini aku nginap di tempatmu, sayang?"

"Ngak,akang tak boleh datang. Aku harus menjaga hati majikanku, nanti dia tambah marah sama aku."

"Bagaimana ini, sudah 5 hari aku ngak datang tempat kamu. Lagi pula selalu aku datang kan mereka ngak tau. Diam-diam aja kayak selalu."

"Ngak boleh kang, esok malam saja yuk!"

"Baik-baik, untuk nona yang manis , apa saja akang setuju. Tapi janji ya, esok malam aku pasti datang."

"Ya udah, aku masuk dulu kang. Banyak kerjaan belum beres kok." Bibik berjalan masuk ke arah rumah. Jono memerhatikan lengang lenggoknya daripada belakang. Apakah untung nasibnya dapat sama-sama berjumpa dengan teman senegara yang solid seperti itu, masih muda pula, lagi pula boleh dibuat main-main seperti itu. Jono yang memang telah beristeri itu merasa amat seronok kerana bibik juga tidak meminta macam-macam dari dia. Tapi kalau di ajak kawin juga aku setuju, bukan ada yang tau, Malaysiakan jauh amat daripada Indonesia. Tambah lagi bibik di Pulau Jawa, aku di Kalimantan. Fikirnya dalam hati sambil meneruskan kerjanya menyudahkan bangsal orkid Puan Aida. Sepatutnya bangsal itu yang siap 3 hari yang lepas, dia sengaja melambat-lambatkan kerja supaya boleh bertemu lebih kerap dengan Ruminah yang menggoda itu.

Selepas solat Zohor, Pak Su dan Aida duduk di halaman depan rumah sambil berbual-bual. Kerusi yang diduduki oleh Pak Su menghadap ke jalan besar yang masih sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Tiada apa yang dibualkan, kerana dia masih belum melihat kelibat bibik secara bertentang mata. Dia tidak mahu bertindak sembrono hingga di syaki mahu menyiasat duduk perkara sebenar.

"Bu, saya mohon permisi. Bangsal orkidnya udah siap kok. Terima kasih atas upahnya yang lumayan, mohon maaf jika saya ada berbuat salah ya."

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now