banglo hijau Part 26

6 0 0
                                    

"Emangnya kapan kalian kawin, rasanya Jono udah punya isteri di Kalimantan sana?"

"Siapa bilang udah kawin kang, sama aja kayak kamu. Suka ama suka, jalan terus. Apaan ditungguin lama-lama , masuk angin." Kata-kata Suzana itu mengundang tawa Khatiman yang lebar. Lucu juga cewek ini , pikirnya sendiri.

Kadir mengetuk pintu sebelum masuk ke rumah kerana dia tahu sejak ada wanita di dalam rumah itu, mereka semua terpaksa hati-hati. Tambahan pula Suzana ini agak cerewet sedikit berbanding Samihah. Oleh kerana tidak mendengar jawapan, dia menolak daun pintu dan terus masuk ke dalam. Namun dia silap, selepas menyangkutkan bajunya dia mendengar desah-desah nafas manusia di sebalik tabir yang memisahkan tempat tidurnya dengan Khatiman dan Suzana. Dia hairan sebelum pulang tadi dia melihat Khatiman masih asyik bekerja, tak mungkin Khatiman sampai dulu sebelum dia. Godaan untuk mengetahui siapakah yang menjadi teman Suzana, menyebabkan dia menyelak sedikit tabir yang melindungi. Apa yang dilihatnya hampir menyebabkan jantungnya copot. Bukan Khatiman yang berada bersama Suzana , tetapi teman serumah mereka Suleman. Suleman, jejaka termuda yang baru berusia 24 tahun adalah jejaka paling tampan di rumah itu. Namun apa yang Kadir ketahui, Suleman itu jarang melakukan perbuatan tidak baik. Mengapa sampai sanggup merampas isteri teman, pikirnya sendiri. Sedang tangannya tidak menurunkan kain tabir yang diangkatnya lebih tinggi. Tanpa disangka, Suzana memalingkan mukanya ke arah Kadir dan tersenyum kepadanya. Kain tabir terlepas daripada tangannya, Kadir amat terkejut kerana Suzana bukan sahaja merasa tidak bersalah tetapi juga malah bangga melakukan perbuatan terkutuk itu . Namun apabila diingatkan kembali rentetan kedatangannya bersama Jono, pemergian Samihah, maka Kadir tersenyum sendiri. Memang bukan perempuan baik-baik, mengikut lelaki ke sana sini.

Semakin hari tubuh Khatiman semakin kurus, walaupun dia makan dengan banyak namun tubuhnya tetap begitu. Seolah-olahnya telah berhenti membesar dan dagingnya sudah habis di sedut. Dia masih juga ketawa terkekeh-kekeh walaupun seringkali batuk dengan keras dan tubuhnya lesu. Hari itu selepas melakukan beberapa kerja , dia merasa badannya semakin lesu. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk balik tidur. Selepas menemui mandur penjaga, dia berjanji untuk datang balik bekerja hingga ke malam hari. Oleh itu dia diberikan kebenaran balik , dia mengayuh basikal peninggalan Samihah yang tidak diketahui nasibnya itu perlahan-lahan menyusuri lopak-lopak di sekitar rumah setinggan yang kotor dan berderetan itu.

Selepas meletakkan basikalnya di depan rumah, dia mendengar suara Suzana ketawa seperti digelitik. Dia memasangkan telinganya, suara itu bertingkah-tingkah dengan suara laki-laki. Darah menyerbu ke mukanya mendengar tutur bicara meraka , namun dia masih tercegat di depan pintu.

"Ayuh, gantian dong. Dari tadi asyik kamu, kamu, aja. Nanti aku ngak kebagian." Itu suara Suleman.

"Sabar dong, ikut giliran. Ayuh, beratur kamu." Khatiman memasang telinga lagi, itu suara orang lain. Suara Suzana kedengaran mengilai-ngilai seperti hantu dalam tv yang selalu dilihatnya. Dia masih berfikir samada untuk masuk atau menunggu dan pura-pura tidak tahu. Namun api cemburu yang membakar dadanya itu menyebabkan dia menendang pintu dan menyerobos masuk. Kadir dan Suleman sedang mengerumuni Suzana seperti anak kecil sedang menerima jajan. Keduanya tertegun melihat Khatiman yang menyinga, tanpa bertangguh Khatiman menarik tangan Suzana dan menolaknya masuk ke tempat peraduan mereka. Selimut dilemparkan ke atas badan Suzana yang tidak ditutupi selembar benang pun. Semasa Khatiman mengangkat tangannya ke arah Suzana, dia merasa satu tusukan yang dalam masuk ke dalam perutnya. Apabila dia memalingkan mukanya , dia melihat Kadir memegang sebilah keris kecil yang berlumuran darah. Tubuhnya roboh ke lantai dan nafasnya tersekat-sekat. Tidak sampai 10 minit, badannya yang kurus itu telah berhenti bernafas.

"Apaan akang guna senjata segala, dia bukan menyerang kita. Dia marah kerana dikhianati, itu biasa. Sekarang kita sudah membunuh dia, gimana ini."

"Buang saja jasadnya ke sungai. Kita di negara orang, tiada siapa yang akan menyoal lebih-lebih. Dan juga tiada siapa yang mengenali kita."

Kadir berpandangan dengan Suleman, lantas keduanya terlibat dalam perbicaraan yang serius untuk membincangkan cara-cara membuang jasad yang terhenti nyawanya itu ke dalam Tasik Batu. Suzana bangun dan masuk ke bilik air, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Selepas keluar, dia memakai kebaya merahnya dengan kain batik yang ketat dan terbelah hingga ke lututnya. Selepas mengambil payung yang juga berwarna merah, dia melenggang saja keluar dari rumah kongsi itu lalu menuju ke pasar malam yang agak jauh daripada kawasan rumah kongsi itu. Kadir dan Suleman saling berpandangan, kerana belum pernah melihat wanita setega itu melihat seorang yang mati kena bunuh di depan matanya. Mereka berdua menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sewaktu berjalan-jalan di pasar malam, Suzana melihat seorang lelaki Melayu yang selalu dilihatnya di kawasan pembinaan, mengekorinya mengitari pasar malam itu. Belum pernah ada lelaki Melayu, rakyat tempatan selain daripada Pak Samad yang menunjukkan minat terhadap dirinya. Mandur yang bernama Murad itu memang seorang kaki perempuan. Wajah minah Indon yang berseri-seri itu telah dilihatnya dari jauh lagi. Apabila melihat gaya lenggoknya yang seksi, dia merasa amat geram. Berkali-kali dia cuba menarik perhatian wanita itu, namun hampa. Akhirnya dia sengaja melanggar bahu wanita itu sehingga payung yang dibawanya itu jatuh ke tanah.

"Maaf, saya tak sengaja , nyonya."

"Ngak apa-apa kok, terima kasih kerana membantu."

"Saya Murad."

"Saya Suzana." Huluran tangan Murad itu bersambut.

"Suzana tinggal di mana saya tak pernah melihatnya."

"Oh, saya baru datang. Saya tinggal di rumah Kang Khatiman."

"Oh, Khatiman, anak buah saya tu. Mari saya hantarkan." Murad menarik tangan Suzana yang masih menjepit payung di tangannya.

"Ngak usah repot bung, saya bisa pulang sendiri. Masih mau jalan-jalan kok."

"Mau jalan ke mana, mari abang bawakan."

"Boleh?"

SoalanSuzana itu dijawab dengan anggukan kecil oleh Murad. Keduanya berjalanberiringan ke kenderaan pacuan 4 roda milik Murad yang diletakkan di tepi jalanbesar. Murad membukakan pintu kepada Suzana yang agak kepayahan untuk naik kekenderaan yang agak tinggi itu.     

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now