BANGLO HIJAU Part 30

7 1 0
                                    

"Aduh pak, jadi saya udah jadi perempuan jalanan gitu ? Saya telah melakukan perjinaan? Ya Gusti Allah, ampun bukan kehendak saya menjadi begitu."

"Jadi sekarang kamu mau ke mana."

"Saya mahu pulang ke rumah majikan saya, di Terengganu."

"Baiklah, bayarannya adalah sebanyak RM300.00. Boleh kamu bayar ?"

"Boleh encik, ni duit banyak amat dalam dompet saya, mau diapain. Yang penting saya selamat sampai ke rumah majikan saya. Kesian mereka, sudah lama agaknya saya berada di sini."

"Boleh kita pergi sekarang ?"

"Ya pak , "

Tanpa keduanya menyedari pemergian mereka itu dihantar oleh sepasang mata yang bersinar-sinar di sebalik langsir rumah milik Murad itu. Perjalanan Bibik mengambil masa selama hampir 6 jam, kerana mereka berhenti untuk sembahyang Subuh dan makan pagi. Hampir pukul 10 pagi, semasa semua ahli keluarga Rizal sedang beriadah di taman orkid yang cantik berbunga penuh, loceng gate mereka berbunyi.

"Abang, tolong, bibik ! bibik !"

Jeritan Aida itu menyebabkan semua ahli keluarga yang ada berlari ke pintu hadapan. Memang bibik sedang menunggu gate di buka dengan bertudung litup seperti kali pertama datang dulu. Di sampingnya berdiri seorang lelaki dengan seragam pemandu teksi bandaraya.

"Ada apa lagi bik ? Tidak puas hati lagi apa yang bibik telah lakukan kepada keluarga kami."

"aduh pak, apa yang udah saya lakukan kepada bapak dan keluarga bapak. Saya sendiri kalau bukan kerana bapak ini masih menjadi perempun jahat di bandar sana. Saya tahu saya dirasuk pak, tapi Pak Husin ini yang membuang benda itu keluar. Barulah saya tersedar dan diminta bawa ke rumah bapak."

"Tapi kami tak berani menerima kamu lagi, selepas apa yang berlaku di sini."

"Lho kok apaan yang udah saya lakukan."

"Macam-macam bik..."

"Tapi itu dulu semasa dia masih dirasuk. Sekarang dia sudah waras encik, dia yang minta saya bawa ke sini dari bandaraya KL. Encik patut dengar dulu apa cerita wanita ini."

"Baiklah, tapi saya kena panggil bapa saudara saya dulu untuk melihat bagaimana keadaannya itu. Aida, telefon Pak Su jap, minta dia datang sekarang jugak sebab bibik sudah pulang."

Semua hanya tercegat di depan pagar utama sampailah Pak su Sahak sampai, dan membawa mereka masuk ke dalam.

"Memang benda itu tak ikut balik zal, ini memang bibik yang dulu. Betul kan Pak Husin ?"

"Ia, memang dia sudah waras. Benda itu meninggalkan badannya dan tidak kembali."

Pak Su Sahak dan Pak Husin terlibat dalam perbualan yang rancak sehinggalah Aida dan bibik siap menyediakan makanan tengahari dn semuanya makan bersama-sama.

"Pak Husin, silakan makan, ini saja yang mampu kami sediakan." Pelawa Rizal kepada pemandu teksi itu.

"Oh, ini sudah cukup istimewa, jarang mahu jumpa makanan macam ni di KL. Kalau ada pun harganya ya Allah mahal amat-amat."

"Dekat bandar tu mana ada benda yang murah. Tapi cari makan pun banyak hasilnya kan Pak Husin?"

"Ye betul tu, kalau kat kampung tak merasa nak beli rumah, beli kereta , sekolahkan anak tinggi-tinggi dengan pendapatan driver taksi je."

Pak Husin dan Pak Su Sahak makan dengan berselera nasi berlaukkan ikan terubuk goreng, kangkung goreng belacan, tomyam campur dengan sotong masak merah, sambal belacan dan juga masak asam pedas ikan pari. Semua nya menambah nasi kali ke dua kerana terpesona dengan kelazatan masakan Aida hari itu.

Bibik dibenarkan masuk setelah semuanya berpuas hati tentang keterlibatannya dengan syaitan pohon ketapang. Dia masuk ke biliknya kembali dengan senang hati mengemas kain bajunya yang pelbagai warna dan fesyen. Bibik terheran-heran sendiri melihat bajunya yang diusung dalam beg daripada KL. Baju yang hanya dipakai oleh golongan artis sahaja itu amat tidak sesuai di [akai dirumah, tambahan lagi oleh orang gaji sepertinya. Akhirnya dia meminjam baju Aida dengan sarung batik kerana tidak ada baju yang sesuai.

"Tak pa lah bik, petang nanti kita pergi beli dekat pasaraya. Duit bibik kan banyak." Gurau Aida dengan bibik yang wajahnya kelihatan suram.

"Kenapa ni, janganlah sedih. Bukankah Bibik sudah dapat pulang ke sini dengan selamat."

"Iya buk, tapi saya juga udah jadi manusia mesum, yang melakukan kebejatan moral. Saya sedih kerana benteng iman saya begitu tipis sampai terpedaya dengan suara syaitan itu."

"Ini bukan soal keimanan bik, tapi dipergunakan. Mungkin roh jahat itu semasa masih hidupnya wanita jahat, sebab tu dia gunakan jasad bibik untuk melakukan perkara terkutuk." Kata-kata Rizal menyebabkan bibik kembali termenung.

"Bibik masih ada satu masalah bang, ingat tak kematian Pak Samad. Bukankah kata pegawai polis hari tu, bibik adalah suspek utamanya pada hari itu."

"Apa ? Pak Samad udah meninggal?" bibik terbelalak melihat ke arah Aida.

"Ye lah, tak sempat nak kawin dengan bibik."

"Kawin sama saya. Kayaknya kapan saya mau sama orang tua itu."

"Lho bik, kamu sudah bertunangan dengan Pak Samad semasa dia meninggal."

"Apaan itu buk, ngapain saya bertunangan sama dia." Aida tersenyum.

"Kerana kamu sama Pak Samad sudah tertangkap bersama dalam bilik tetamu rumah saya."

"Tertangkap ? Saya ngak buat apa-apakan buk?"

"Entahlah bik, nak kata tak buat kamu dengan dia sama-sama tidak berpakaian langsung masa tu. Rasanya kamu sudah dikerjakan oleh Pak Samad."

"Ya Ampun, ngak berpakaian ? aduh apa lagi yang sudah saya kerjakan semasa saya ngak sedar."

"Apa pun bik, kamu harus lebih rajin beribadah kepada Allah supaya kamu dijauhkan dari sebarang bala."

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now