BANGLO HIJAU Part 13

8 0 0
                                    

Pagi itu, seawal pukul 7 pagi Pak tih Umar bersama Ahmad telah berangkat ke Machang, Kelantan. Sarapan pagi berupa pulut dimasak , dimakan dengan kelapa dan ikan rebus di goreng itu tidak sempat dijamah. Selepas meminum secawan kopi, Pak Tih Umar memandu kereta Proton Wira miliknya walaupun Ahmad berkeras mahu memandu keretanya sendiri, sebuah kereta Toyota Camry model terbaru.

"Pak Tih tak percaya Mad boleh bawa kereta dengan selamat. Semalaman Mad tak tidur , nak bawa Pak Tih? Pak Tih ni nampak je tua , tapi kederat kuat lagi. Dah, jangan buang masa, lambat jugak nak cari rumah orang kita tak kenal ni."

"Saya bukan apa Pak Tih, takut kalau naik kereta saya cepat sikit."

"Nak cepat lagu mana, kalu Pak Tih tak reti bawa kereta dema."

"Biar saya la yang bawa."

"Sudah, sudah, mari kita gi. Makin lambat pulak dok balah hal kereta. Kereta Pak Tih pun tak dok la buruk benar."

Akhirnya selepas bertegang lidah selama 10 minit, Ahmad mengekori Pak Tih masuk ke keretanya . Kereta itu meluncur dengan laju melalui kampung Batu Rakit, melepasi Lembah Bidong dan Merang. Ahmad hampir terlelap semasa Pak Tih Umar membelokkan keretanya di simpang Penarek, namun melihat masjid besar tersergam di depan simpang itu dia bangkit semula.

"Bila buat masjid ni, Pak Tih?"

"Lama dah , masa Pak Tih pergi melawat rumah Pak Mael raya tahun lepas tu dah siap. Balik dari sana dengan Mak Tih kau penuh orang solat kat sini. Last-last Pak Tih pergi surau lama dekat stesen minyak kat depan tu."

"Hui, besar sungguh. Menjadi betul ye membesarkan 40 buah masjid di Terengganu ni."

"Alhamdulillah, setakat ni masih berjalan dengan jayanya." Gurauan sinis pak tih itu menyebabkan Ahmad senyum sendiri.

Hampir 2 jam perjalanan mereka sampai di kampung yang disebutkan oleh kawan Pak Mael itu. Setelah bersusah payah lebih kurang 1 jam,mereka sampai juga ke rumah ustaz yang dikatakan itu.

"Susah nak jugak nak cari rumah ustaz ni ye. Saya tanya hampir 6 orang baru jumpa."

"Tempat ni jauh sikit daripada kampung lain. Selain daripada orang yang pernah berubat dengan saya, mereka tak kenal sangat dengan saya. Lagi pun orang sekitar sini semuanya golongan muda yang baru nak mula hidup. Mana nak kenal kita yang tua ni." Ustaz Rahim yang mudah tersenyum itu memberikan penjelasan. Sepanjang perjalanan selama hampir 1 jam setengah, suara ustaz dan Pak Tih cuma berkumandang sekejap saja di telinga Ahmad, kemudian semasa melintasi Kampung Padang Luas, sebelum masuk ke bandar Jerteh, Ahmad sudah terlelap. Dia tidur pulas, sedar-sedar dikejutkan oleh Pak Tih sudah sampai ke Kuala Terengganu.

"Hai dapat jugak la kau tido hari ni ye Ahmad. Malam jadi burung hantu, musang, siang tidur pulak. Tak pun jadi burung jampuk."

Gurau Zaki kepada Ahmad yang terpisat-pisat menggosokkan matanya. Dia lihat Ustaz Rahim sudah berdiri di halaman rumah Rizal. Ustaz cuma memandang tanpa bertanya apa-apa. Kemudian dia memutar tubuhnya 180 darjah ke arah pintu pagar , kemudian berpusing lagi 90 darjah memandang ke arah air pancut buatan yang cantik menghiasi halaman. Mulutnya masih lagi terkumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian ustaz Rahim berjalan lebih kurang sepuluh langkah ke arah rumah besar yang nampak cukup gah itu.

Semasa sampai di tepi anak tangga pertama yang lebih kurang seperti anjung kecil sahaja, Aida tiba-tiba menerkam dengan tangkas. Dia meronta-ronta bila dipegang dan menjerit-jerit kepada uztaz Rahim. Rambutnya sudah mengerbang dan pakaiannya juga sudah kusut masai. Semua orang terkejut kerana selepas insiden pada pukul 5 pagi tadi, sepanjang masa boleh dikatakan dia agak tenang. Namun kedatangan ustaz Rahim telah menyebabkan dia mengganas kembali.

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now