Semasa berada di tengah-tengah tangga, Rizal memalingkan diri ke belakang. Dia merasakan seolah-olah ada yang melintas di belakangnya. Dia berdiri tertegun selama beberapa detik sebelum dikejutkan dengan tangisan anak kecilnya yang semakin kuat. Rizal menggelengkan kepalanya beberapa kali, dia sudah jenuh dengan peristiwa yang dulu. Harap-harapnya kali ini cuma perasaan sendiri semata.
Masuk saja ke bilik dia merasa hairan melihat isterinya duduk-duduk saja di sebelah anak yang sedang menangis dengan kuat. Isterinya memegang sehelai kain hitam dan melilit-lilitkannya pada tangannya sendiri. Rambutnya yang panjang mengerbang seperti baru bangun tidur, dan menutupi sebahagian mukanya yang putih.
"Kenapa dengan Suraya tu , Aida?" soalan Rizal hanya tergantung di situ. Tiada jawapan daripada mulut Aida, malah dia juga tidak mengacuhkannya. Rizal merasa bengang kerana isterinya seolah-olah cuba mempermainkannya lalu diangkatnya Puteri Intan Suraya ke dalam pelukannya. Sambil mendukung anak yang berusia hampir satu tahun itu, Rizal membancuh susu dengan hati yang mendongkol. Dia tau dia selalu meninggalkan rumah, namun keengganan isterinya menjaga anak semasa dia ada dirumah kerana jaki dengan keberadaannya itu sangat menyakitkan hati. Mentang-mentang dia ada dirumah, anak menangis pun dibiarkan, takut sangat si suami tak dapat bahagian untuk menjaga anak. Rizal menidurkan anaknya di dalam buaian gantung yang terletak di sebelah katil mereka yang besar itu. Katil kayu jati bersaiz King itu sangat besar dan selesa namun sikap Aida yang tidak suka tidur dengan anak menyebabkan dia menyediakan tempat khas dalam katil ayun yang dihias indah di sebelah katilnya sendiri. Anaknya hanya menghisap susu dengan kadar yang sangat sedikit, kemudian menyambung semula tangisannya. Rizal memandang isterinya yang sedang tidur dengan nyenyak, meletakkan tangannya bersilang ke atas dahi. Rizal mendukung anaknya keluar daripada bilik dan menuruni tangga yang ditutupi olah rangka kayu diukir cantik. Dia merasa sangat haus lalu membawa anaknya turun bersama untuk ke dapur. Sampai saja ke bawah, anaknya tidak lagi menangis. Rizal merasa senang hati, anaknya mungkin belum mahu tidur kerana Suraya memang selalu bangun dan bermain pada waktu tengah malam. Rizal membawa bersamanya sebotol air yang telah di tapis untuk bekalan di dalam bilik tidurnya takut-takut nanti haus di tengah malam dan dia tidak perlu turun lagi .
"Susah juga menguruskan rumah dua tingkat ini, tidurnya di atas manakala makan minum pula di bawah." Gumannya sendiri .
"oops !" Rizal terkejut dan botol air terlepas dari tangannya. Dia tunduk mengambil botol air itu dengan susah payah kerana Suraya sudah tertidur dalam dakapannya. Namun bayangan yang dilihat berdiri di depan pintu besar rumah mereka sangat mengejutkan Rizal. Seorang perempuan memakai baju berwarna merah dan berambut panjang sedang memandang kepadanya. Rambutnya yang panjang dibiarkan bebas dan sedikit mengerbang itu kelihatan sangat menakutkan. Rizal berdiri dan memejamkan matanya serta membaca ayat kursi sebanyak 3 kali. Selepas membuka matanya dia melihat bayangan itu sudah tidak ada namun di luar tingkap cermin yang dibina berhampiran pintu besar dia ternampak bayangan seorang manusia berdiri. Dia mengeluh perlahan, kerana tahu dia akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini.
Rizal meletakkan Suraya di dalam katil hayunnya , sambil menggosok-gosok dahi anaknya. Dia membaca ayat Kursi sebanyak 7 kali lalu menghembus perlahan-lahan ke atas anaknya. Aida mendengkur perlahan dan tubuhnya tidur membelakangkan Rizal. Rizal mengambil alih tempat tidur Aida dan merebahkan badannya yang sudah keletihan. Selepas berbolak-balik selama hampir 1 jam, barulah dia dapat melelapkan matanya.
Ammar mundar mandir di dapur mengemaskan sendiri bekalannya ke sekolah. Rizal menggalakkan anak-anaknya membawa bekalan dari rumah yang lebih seimbang dan bersih.
"Ini sandwicnya pak."
"hei bibik saya muda lagi, ngak di panggil bapak melulu. Nama saya Ammar, sebut aja namanya dong." Loghat Ammar mengusik bibiknya dalam bahasa Indonesia menggamatkan suasana pagi itu yang kelihatan lebih muram.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
TerrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...