banglo hijau Part 25

9 0 0
                                    

"Samihah ngak ada, jadi gua beliin saja baksonya." Jawapan Khatiman itu tidak dipedulikan sangat oleh Jono yang sedang mengibas-ngibas badannya dengan topi yang dipakainya pada waktu siang.

Pagi esoknya Jono terbangun apabila terdengar keributan dalam rumah kongsi itu. Bunyi periuk belanga dihempaskan memeritkan telinganya lantas dia bangun memasang telinga tentang perkara yang digaduhkan itu.

"Udah, berkali-kali juga aku bilang, jangan main sama perempuan sebarangan. Ngak cukup lagi kang, aku korbankan diriku untukmu."

"Jangan menuduh melulu,min, mau ngak dengar penjelasan gue. Gue ngak main sama sembarangan."

"Lu ingat gue bodoh, goblok. Itu, itu dileher itu apa yang merah –merah itu. Lu ingat gue tidak kenal ama benda kayak gitu?"

"ya udah, bener aje. Tapi ngapain harus jeritan kayak gitu, malu dong ama teman-teman. Kita kan bukan kawin beneren, cuma main kawin-kawin aja." Kata-kata Khatiman itu disambut dengan hempasan sebiji lagi periuk ke lantai. Samihah berlari masuk ke tempat tidurnya sambil menangis mengongoi.

"Ya udah, orang lagi kumat, kamu bumbui lagi dengan usikan. Yang bener, man." Khatiman cuma ketawa. Jono melihat memang ada bekas-bekas merah gigitan pada lehernya. Dia tersenyum menepuk-nepuk bahu temannya itu.

"Udah tau makan, tau simpannya." Nasihat Jono itu disambut dengan ketawa oleh Khatiman. Mereka berdua menghabiskan rokok kretek yang dihisapnya di anjung rumah kongsi yang sempit itu. Suzana berjalan melenggang-lenggang menuju ke rumah bersama payung berwarna merahnya. Pakaiannya yang mengalahkan tuan punya butik di Jakarta , dikagumi oleh Jono dan juga Khatiman. Jono terperasan bahawa Khatiman menunjukkan perhatian khas terhadap Ruminah , oleh itu dia mengalihkan topik perbualan kepada perkara lain. Namun Khatiman masih memerhatikan lengang lenggok Ruminah . Jono termenung sendiri, memikirkan adakah dia hanya perasan atau memang mereka ada bermain mata di belakangnya.

"Gue jalan dulu ye Man." Ungkapan Jono itu tidak diendahkan oleh Khatiman yang masih asyik mengepul-ngepulkan asap rokoknya.

"Lho, mau kemana kamu?" soalan Khatiman itu disambut dengan jelingan mata oleh Samihah yang berkebaya cantik dan membimbit sebuah beg besar.

"Usah menyesal nanti, udah lari ya lari aja. Ngak usah kembali ."

Kata-kata Khatiman itu semakin menyakitkan hati Samihah. Dia terburu-buru berjalan ke stesen bas terdekat dan menahan sebuah teksi yang lalu. Badannya yang agak berisi itu hilang dalam perut teksi yang membawanya entah ke ceruk mana di bandar kosmopolitan ini. Khatiman cuma tersenyum memandangnya,dan mengalihkan pandangan ke arah pintu rumah kongsi di mana Suzana sedang berdiri di situ dan mengenyitkan matanya kepada Khatiman. Buru-buru Khatiman masuk ke dalam rumah dan menguncinya dari dalam.

Jono yang masih bersembunyi di rumah sebelah cepat-cepat menghampiri rumah dan mencari lubang pada dinding. Memang sah, apa yang diduganya itu. Ruminah memang ada hubungan dengan Khatiman, sebab itulah dia tidak kisah isteri olok-oloknya, Samihah lari. Kerana dia sudah ada pengganti yang lebih baik dan lebih cantik daripadanya. Jono mengendap sekali lagi, namun apa yang dilihatnya kali ini hampir menyebabkan mulutnya berteriak. Dari sebalik lubang kecil itu dia melihat mata Ruminah menyala-nyala berwarna merah seperti api, dan mulutnya juga berlumuran darah yang pastinya di dapati daripada leher Khatiman. Tanpa menuggu lebih lama dia berlari sekuat hatinya menuju ke tempat binaan, dan duduk di sana. Nafasnya terengah-engah, patutlah lehernya dulu sakit selama 2-3 hari, rupanya Ruminah bukanlah manusia biasa tetapi siluman yang sedang bermaharajalela dalam tubuhnya. Dia terketar-ketar ketakutan, sudah tidak tahu mahu bagaimana. Bagaimana kalau setan berupa Ruminah itu tahu yang dia sudah tahu, pastinya tubuh kurus keringnya itu akan menjadi mangsa . Kalau pun dia pura-pura tidak tahu, dia juga tidak dapat menyembunyikan ketakutannya bila berhadapan dengan Ruminah. Untuk menenangkan hati dia berjalan-jalan di sekitar kawasan pembinaan di situ, mengelilingi bangunan yang belum siap sepenuhnya. Di situ terdapat banyak kayu-kayu yang dibina untuk menjadi tangga di tepi-tepi bangunan . sebahagian besar darinya sudah senget-senget. Dia berjalan tanpa hala dan tujuan, akhirnya singgah di satu warung yang menjual goreng pisang. Selepas minum secawan teh dan makan beberapa keping goreng pisang yang masih panas, dia kembali mengatur tapaknya menuju entah ke mana. Untuk kembali ke rumah, dia merasa takut.

Sebuah van yang membawa buku-buku dipandu dengan laju malalui jalan-jalan sempit kawasan perumahan tanah lot ini. Sampai di satu selekoh, van yang di pandu tidak dapat dikawal kerana terlalu laju lalu terhumban ke tepi jalan dan terbalik mengenai seorang lelaki. Beberapa penduduk sekitar yang melihat berlari-lari anak membantu mangsa. Namun melihat wajahnya yang khas indon, mereka mengambil keputusan untuk menelefon ambulan. Pada masa yang sama , Suzana yang masih bermesra dengan Khatiman, memalingkan wajahnya ke dinding dan tersenyum dengan penuh misteri. Khatiman yang tidak mengetahui apa-apa, masih terawang-awang dalam kenikmatan.

4 hari telah berlalu, tiada sesiapa yang tahu ke mana Jono telah menghilang. Khatiman yang sedang asyik masyuk bercinta tidak mempedulikan temannya itu. Ketiadaan Jono makin menyenangkan kerjanya , yang juga telah kehilangan Samihah. Tiada sesiapa yang menyedari apa yang berlaku, di mana mayat Jono dan Samihah yang terlibat dalam kemalangan telah diwartakan dalam akhbar. Namun tiada sesiapa yang mengetahuinya. Selepas beberapa hari tidak di tuntut maka pihak Jabatan Agama Islam telah melaksanakan fardhu kifayah kepada keduanya.

Suzana terus melaksanakan misinya untuk mencari seberapa ramai mangsa untuk keperluannya. Dia masih tinggal di situ bersama Khatiman, namun masih ada 8 jejaka yang masih muda perlu digunakan untuk itu. Oleh itu dia tidak mahu menyia-nyiakan peluang itu untuk berpindah ke tempat lain.

"Kang, aku ngak suka di umpetin sama teman-teman akang." Adu Suzana kepada Khatiman suatu hari.

"Emangnya siapa yang suka umpetin kamu, cantik manis?"

"Itu si Kadir itu, dikatanya kuburan isterimu masih merah kamu mengambil isteri temanmu yang suaminya juga masuk kuburan."

"Kadir itu suka bercanda kok. Ngak ada yang lepas dari candaan dia. Tenang aja, kita ngak buat salah apa-apa. Samihah juga bukan isteri gue, cuma nemanin masa ngak ada kamu, cantik manis."

KataKhatiman sambil mencuit dagu Suzana. Nama Ruminah terus tenggelam, ditengah-tengah bandaraya ini, tiada sesiapa yang mengenalinya. Orang terakhir yang tahu hanya Khatiman, danjuga namanya adalah Suzana    

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now