Kelibat bibik tidak kelihatan namun dia bersabar dulu untuk menyiapkan kerja. Hampir pukul 11 pagi, dia menyusun semua alatannya itu berdekatan dengan motosikal buruknya itu. Dia mendongakkan mukanya ke atas anjung, bibik sedang duduk menunggunya seperti biasa.
"Wah cantik sungguh pagi ini ye adik Rum." Puji Pak Samad yang terburu-buru naik ke atas rumah.
"Emangnya untuk abang , adik rela berbuat apa sahaja."
"Abang ada hal nak cakap dengan adik Rum hari ini."
"Aduh , nanti saja kok. Diminum dulu airnya bang, nanti dingin. Ayuh cepatin ah, udah lewat gini nanti tuan besarnya pulang."
Pak Samad tersenyum mendengar perkataan Rum itu. Dia juga sebenarnya tidak sabar menunggu sejak pukul 8 pagi tadi untuk berdua-duaan dengan awek Indon itu, namun sebagai orang tau dia harus bersabar. Selesai minum, Pak Samad mengekori Bibik yang masuk ke dapur untuk menyimpan cawan-cawan yang telah digunakan. Pak Samad menolak tubuh bibik ke arah pintu bilik, namun bibik cuma tersenyum tanpa berganjak. Dia terus membasuh semua benda yang telah diletakkan di dalam sink dan mengelapnya dengan kain lalu disimpan ke dalam rak.
"Ayuh dong."
Ujar Pak Samad seraya menarik tangan Bibik namun dia tetap tidak bergerak. Pak Samad yang sudah berdiri berdekatan dengan bilik tidurnya cuba untuk membuka pintu namun bibik menarik tangannya kembali. Dia menolak Pak Samad ke depan menghala ke ruang tamu dan menuntun tangannya ke arah bilik tetamu yang terletak berhampiran dengan tangga. Mereka memasuki bilik tidur tetamu yang lebih luas daripada bilik bibik itu sambil bergurau senda dan tertawa cekikikan. Tanpa Pak Samad sedari bahawa bibik keberatan membawa dia ke biliknya sendiri kerana di dalamnya bersepah-sepah dengan alatan untuk memuja yang belum sempat dikemaskannya sejak melakukan pemujaan malam tadi. Hampir masuk waktu Zohor, Pak Samad meninggalkan rumah Rizal. Tanpa dia sedari dari seberang jalan ada seorang pemuda yang hampir sebaya dengan anak sulungnya yang berusia 30 tahun memandangnya dengan tajam dan jelingan seperti dendam dan benci.
Pemuda itu cuba untuk menyeberang, namun dia mengurungkan niatnya itu apabila melihat sebuah kereta Proton Waja memasuki rumah dan tuan punyanya keluar lalu terus masuk ke rumah dengan 2 orang anaknya yang masih kecil. Dia mengayuh basikalnya kembali dengan hati yang bercelaru menuju ke tepi pantai Batu Rakit. Ramai keluarga yang datang berkelah, dan sebahagian besar darinya memandu kereta . Bukan sepertinya yang hanya ke sana ke mari dengan basikal. Dia termenung di situ sehinggalah mentari hilang disebalik tabir malam yang melabuhkan tirainya. Dia masih menekur di tepi pantai itu sehingga badannya merasa sakit-sakitan kerana di gigit oleh nyamuk. Perlahan-lahan dia menarik basikalnya dan mengayuh tanpa haluan. Dia berhenti makan di salah sebuah warung kecil yang menjual pelbagai jenis mee dan memesan semangkuk kecil mee dan air kopi.
BAB 8
Pukul 12.30 malam, kelihatan kelibat seorang manusia terbongkok-bongkok masuk kehalaman rumah Rizal daripada pagar tepinya yang berkunci. Dengan sekali henjut saja tubuh kecil yang atletis itu melompat melintasi pagar dan menempatkan dirinya di halaman rumah banglo yang besar itu. Secara perlahan-lahan dia berjalan mengitari rumah yang sudah gelap gelita itu dan berjalan ke arah ruangan dapur. Dia melihat bilik bibik sudah gelap namun dia memberanikan dirinya untuk mengetuk cermin tingkap. Pada ketukan yang pertama dia mengetuk perlahan sebanyak 2 kali, tidak mendapat respon. Kali kedua, dia mengetuk lagi 3 kali, dia mendengar bunyi derit katil besi yang menampung berat tubuh bibik ,menandakan ada yang bangun daripada katil itu. Bibik membuka tingkapnya sedikit tanpa melonggarkan kunci besi palang . Jono menghulurkan tangannya memegang tangan bibik, namun bibik menarik tangannya kembali. Jari telunjuknya diletakkan di atas bibirnya dengan isyarat diam, lantas dia menutup tingkapnya kembali. Jono termanggu-manggu di dalam gelap merasa terlalu kecil hati kerana merasa diabaikan oleh bibik. Dia memutarkan tubuhnya kembali untuk pulang, sekonyong-konyong melihat bibik telah membuka pintu belakang dalam suasana yang gelap dan terus berjalan ke arah Jono.
Bibik menarik tangan Jono, dan berjalan ke arah pangkin buluh dan batang pinang yang dibuat oleh Jono bersebelahan dengan bangsal orkid Aida. Dia melabuhkan punggungnya diatas pangkin berhimpitan dengan badan Jono, sehingga terdengar desah nafasnya pada cuping telinga. Suasana yang agak samar itu menerima cahaya lampu yang terpancar daripada lampu ruangan keluarga tingkat atas yang selalu dibiarkan terbuka oleh Aida untuk mengelakkan gelap yang keterlaluan. Jono yang tadinya merasa kecewa kembali gembira apabila dapat memegang tangan bibik, merasakan hawa tubuhnya yang panas berhimpitan dengan tubuhnya. Bibik yang berbau wangi itu, tanpa segan silu melakukan apa yang selalu berlaku di dalam bilik dengan Jono di atas pangkin sehinggalah tubuhnya yang tidak berbaju itu merasa sejuknya embun turun. Tanpa Jono tahu bahawa yang bermukah dengannya itu bukanlah sebenarnya bibik Ruminah tetapi adalah kuasa jahat yang mahu digunakan untuk memusnahkan keluarga Rizal. Setiap kali berbuat seperti itu, mata bibik akan memancarkan cahaya berwarna merah yang tidak pernah dilihat oleh pasangannya.
"Ngak bolehkah aku nginep di sini malam ini?
Soalan Jono yang hampir berbisik itu disambut dengan gelengan oleh bibik. Jono merasa sebal kerana dia tidak dibenarkan masuk ke rumah seperti biasa, sedangkan selalunya dia akan memanjat jendela bibik dan akan balik pagi keesokannya sebelum tuannya bangun. Tanpa dia tahu, bilik bibik yang sudah jadi seperti kediaman seorang bomoh itu memang tidak boleh dimasuki sesiapa. Jono memakai bajunya kembali kerana merasa kesejukan, lalu dia duduk kembali berdekatan dengan bibik yang masih berbaring di atas pangkin. Bibik tenang-tenang aja mengurai-nguraikan rambutnya yang panjang supaya tidak kusut.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...