BANGLO HIJAU Part 11

9 0 0
                                    

            "Abang, apa yang terjadi?" Suara Aida itu menyebabkan ramai yang menarik nafas lega.

Semua yang hadir mengucapkan syukur kepada Ilahi, kerana memberikan kesedaran kepada Aida yang telah hampir 24 jam kehilangan kewarasan kerana tubuhnya diganggu oleh makhluk yang tidak kelihatan. Namun pada masa itu tiada sesiapa yang melihat, Pak Sahak sedang bertungkus-lumus menyelamatkan dirinya daripada belenggu syaitan berbaju merah. Dia membaca semua surah yang diketahui untuk melepaskan dirinya, namun ikatan tali yang mengikat semakin ketat. Dia menarik nafas panjang untuk menahan daripada di jerut oleh tali yang mengikat, dan suaranya mula melaungkan azan. Serantak dengan bunyi azan itu, tubuh nya roboh di sebelah kolam air pancut Rizal yang gelap gelita. Zaki dan Khairul berlari dengan pantas, bila mendengar ayah mereka melaungkan azan. Dia tahu bila ayahnya melaungkan azan bermakna dia tidak mampu lagi untuk melawan kuasa jahat yang merasuki tubuh Aida. Kedua anak lelaki Sahak berganding bahu, memejamkan mata, membaca surah yang telah diajarkan oleh ayah mereka dalam usaha untuk melemahkan kuasa jahat itu. Rizal turut datang bergabung dan melaungkan azan yang lebih kuat. Para tetamu lain yang juga merupakan ahli kariah masjid, turut sama meratib dan membaca ayat yang diketahui akan melemahkan kuasa syaitan. Akhirnya suara Sahak kedengaran dalam kegelapan malam, merintih dan meringis kesakitan. Zaki menerpa ke tubuh ayahnya, sementara Rizal berlari untuk membuka lampu kawasan taman, hingga menerangi kawasan sekitarnya.

"Ya Allah, ayah." Suara Zaki dan Khairul serentak melihat tubuh ayahnya berlumuran darah. Bajunya yang telah koyak rabak , basah lencun dengan darah yang masih keluar dari mulutnya. Matanya telah layu dan kesedarannya juga hanya tinggal separuh. Zaki dan adik nya Khairul mengangkat tubuh ayah mereka yang longlai dan membawanya masuk ke dalam rumah. Rizal tertegun sendirian di tempat bapa saudaranya terjatuh. Matanya terbuntang memandang ke pohon ketapang yang rimbun tumbuh di halaman rumahnya. Dia melihat seorang wanita dengan rambut panjang mengerbang sedang bergayutan di dahan ketapang. Bajunya berwarna merah dan matanya bersinar-sinar seperti mata kucing di dalam gelap. Cahaya merah yang memancar daripada matanya menakutkan Rizal, lantas secara perlahan-lahan dia berundur ke tepi beranda . Tangannya diletakkan pada dinding batu berukir yang dibina mengelilingi ruang hadapan rumah besar itu. Dia tertegun disitu.

"Zal, apa yang kau pandang." Ayahnya mencuit bahu Rizal. Badannya tersentak dan memalingkan wajahnya yang pucat pasi ke arah ayahnya.

"Astaghfirullahal azim.." Pak Mael membaca beberapa ayat suci lalu meraup muka anak lelaki kesayangannya itu. Tubuh Rizal tersentak seperti baru tersedar dari tidur. Tangannya menunjuk ke arah pohon besar itu, mulutnya terkumat kamit namun tiada suara yang keluar. Pak Mael memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Rizal, namun kegelapan malam melitupi suasana. Dia tahu ada sesuatu yang telah dilihat oleh Rizal disitu namun ketakutannya itu tidak mampu mengerakkan lidahnya untuk berkata-kata.

" Bawa dia masuk, Mael."

Suara PaK tih Umar itu mengejutkan Pak Mael. Dia mendorong tubuh Rizal masuk ke ruangan beranda depan. Pak Su Sahak terbaring lemah di situ , sedang di sapu dengan air muka dan dadanya. Masih terbatuk-batuk namun tidak berdaya untuk bercakap. Matanya terpejam dan nafasnya turun naik dengan perlahan

"Saya nampak ayah, dia macam marah je . Saya nampak dia berdiri di atas pohon ketapang itu." Suara Rizal kedengaran berbisik kepada ayahnya.

Zaki mengengsot mendekati sepupunya itu. Dia berbisik-bisik dengan Pak Mael. Mereka berbincang secara serius dan kelihatan Pak Mael menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Semua orang merasa risau untuk tidur, namun melihatkan jiwa Rizal yang mula kacau dengan situasi itu, Pak Tih Umar mencadangkan Rizal supaya tidur dan berilah tugas berjaga kepada orang lain. Ahmad menawarkan diri untuk berjaga dahulu, lagipun dia sudah memohon cuti untuk esok . Dia merasa malu alah untuk pulang ke rumah kerana mengingatkan bagaimana Rizal sanggup tidur bersamanya di Hospital semasa kelahiran anak sulungnya . Pada masa itu mereka masih belajar di luar negara. Tiada siapa yang membantu, hanya diri sendiri. Nasib baiklah ada Rizal sebagai rakan karibnya membantu hingga proses kelahiran itu menjadi lebih mudah . Zaki dan Khairul juga meminta semua orang tua masuk tidur dahulu. Pak Tih Umar, Pak Lang Mael , Mak su dan semua nya di minta berehat sementara tiada apa-apa masalah. Mereka berjaga diruang tamu. Pak Su Sahak, ayah mereka dibawa ke bilik solat dan dijaga oleh Pak Tih Umar. Pak Mael pula yang dipanggil Pak Lang oleh anak-anak saudaranya diminta tidur ditingkat atas untuk menjaga keadaan budak-budak dan wanita yang berada di atas. Rizal di minta tidur di bilik tetamu yang besar, memuatkan dua katil kelamin dan dua buah almari besar itu. Aida cuma tidur dengan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Suasana sudah senyap sunyi. Jarum jam menunjukkan angka 4 pagi. Zaki sudah menguap-nguap beberapa kali, namun dia tidak mahu beralah.

"Pergilah tidur dulu kalau abang mengantuk." Kata Ahmad kepada Zaki.

"Tak pelah mad, takkan nak biarkan korang berdua je berjaga. Jadi apa-apa nanti, susah kita jugak."

"Sape yang bukak lampu halaman? Tadikan aku sudah tutup semua lampu , tinggal lampu depan pintu besar ni je dengan lampu tepi gate utama."

Kata-kata Khairul itu menyebabkan secara serentak mereka bertiga menyelak langsir yang menutupi sliding kaca. Memang lampu yang mengelilingi air pancut itu telah menyala dengan sendirinya. Ahmad memeriksa suis lampu, memang sah ianya masih terpadam. Ahmad duduk kembali dan mengambil tasbihnya, dia berzikir secara lebih kusyuk dan kuat.

"Tadi kata mengantuk, pergilah abang tidur dulu. Biar saya dengan Ahmad jaga dulu." Kata-kata Khairul itu mengundang gelengan kepala Zaki.

"Takkan abang nak biarkan ayah, Pak Tih dengan Pak Lang yang berjaga. Kita orang muda, kitalah yang patut dulu berjaga. Mereka sudah tua, kudrat pun sudah tak ada."

"Tak pelah bang, saya nak pergi solat sunat dulu. Kalau ada apa-apa abang laung je lah ye." Khairul bangun dan berjalan menuju ke dapur dimana terletaknya bilik air paling besar di rumah ini. Khairul membuka pintu yang memisahkan ruangan dapur dengan bilik air, dimana didalamnya terdapat dua buah mesin basuh yang agak besar, terdapat aquarium yang mengandungi ikan Flowerhorn besar, dan juga terdapat beberapa almari berlaci yang pada agakan Khairul digunakan untuk menyimpan kain-kain untuk dapur. Dia tersenyum sendiri mengingatkan ketelitian sepupunya itu dalam menghias rumah, sampai ke bahagian yang paling kecil pun diberikan perhatian.

Dia mengambil wuduk dengan cermat, dan pada akhir membasuh kaki, matanya dilayangkan ke cermin tingkap yang ditutupi langsir. Langsir itu terbuai-buai seolah-olah ditiup angin, sedangkan bilik itu tertutup dan cermin tingkapnya juga tertutup.

"Cukuplah kau kacau orang lain yang lemah, tak payah lah kau cuba nak ganggu aku pulak."

Kata-kata Khairul yang lantang itu berhasil, apabila langsir itu terus senyap dan tidak bergerak lagi. Dia terkumat-kamit membaca doa selepas mengambil air sembahyang sambil mengadapkan dirinya ke kiblat. Dia mengambil sehelai sejadah dari dalam bilik solat dimana ayah dan Pak Tihnya sedang tidur. Dia melihat dada ayahnya turun naik dengan kadar yang perlahan, nafasnya seolah-olah berbunyi seperti kanak-kanak yang selesema. Dia tunduk ingin memeriksa badan ayahnya yang agak panas, tetapi kakinya agak sejuk. Dia mengambil sehelai selimut daripada atas meja , mungkin telah diletakkan oleh Mak Lang Salmah sebelum masuk tidur lagi. Dia menyelimutkan ayahnya dengan selimut tebal itu hingga ke dagu. Niatnya untuk bersolat di bilik itu dibatalkan kerana takut menganggu tidur ayahnya yang mudah sekali terjaga itu. Dia membawa sejadah dan tasbih ke ruang tamu dimana mereka semua berkumpul. Pada saat dia mengangkat takbiratul ihramnya yang pertama, suara tangisan Suraya yang melengking kedengaran dari tingkat atas.

Rizalbangun dan cubanaik ke atas tetapi di tahan oleh Ahmad. Dia mengingatkan Rizal bahawa ayahnyaada di sana,dan dia perlu menunggu Aida yang belum dipastikan tahap kesembuhannya. Rizalmembatalkan niatnya itu lantas masuk ke ruangan dapur di mana terletak petisejuk berhampiran dengan pintu masuk kebilik bibik. Dia menuangkan segelas air masak dan meminumnya dengan rakus.Tekaknya terasa kering kerana tertidur dalam keadaan terduduk semasa menjagaAida tadi. Rizal masuk semula ke bilik yang menempatkan dia dan Aida, memeriksakeadaan Aida yang sedang nyenyak tidur. Dia mematikan lampu dan memasang sebuahlampu tidur di sebelah katil. Cahaya lampu yang suram itu hanya menerangisekitar bahagian kepala katil sahaja. Dia merebahkan badannya yang keletihanselepas menyilaukan matanya ke arah jam yang menunjukkan pukul 4.30 pagi. Mahuberjaga hingga subuh dia sudah tidak larat, dia percaya ibunya akanmengejutkannya apabila masuk waktu nanti. Tanpa dia sedari di sebelahnya Aidasenyum , dalam kesuraman cahaya lampu tidur yang malap itu. Tubuhnya tetap kakudan tegang namun bibirnya menguntum     

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now