" Ini Ustaz Rahim kan ?" Ustaz Rahim yang diam sejak tadi tersenyum dan anggukkan kepala. Pak Itam bangun bersalaman dengan mereka semua.
" Camana Pak Itam boleh kenal ustaz pulak?" soalan pak imam itu disambut dengan senyuman oleh Pak Itam.
" Dulu kan masa Manisah sakit kita pernah pergi jemput Ustaz. Kau dah lupa ker ?"
" ooo yelah.. Pak Itam cakap gitu baru saya perasan. Tapi masa tu Dollah yang bagi cadangan kita jemput uztaz. Sekarang Dollah pun dah tak de, jadi macam ingat-ingat lupa."
" Dollah dah meninggal ker?" soalan ustaz tu mengejutkan Pak Itam
"Ehh.. bukan. Dollah berpindah ke Felda Jerantut, nak tinggal bersama-sama dengan anaknya kat sana. Lagi pun dia bukan sihat benar sekarang. Sejak isterinya meninggal dia makin tak sihat dan tak boleh bekerja. Susah juga masa mula-mula dulu, kami yang tolong tengokkan dia bergilir-gilir. Lepas anak dia balik ke sini, anak dia bawa ayahnya pindah ke sana."
" Masih ada lagi ke dia?"
"Wallahuaklam...entahlah ustaz, sejak pindah kami dah putus hubungan."
"Susah juga kalau anaknya cuma satu. Terbiar rumah dia sampai sekarang. Tak ada sapa nak uruskan. Sayang betul kalau dibagi sewa dapat ler 3-400." Sampuk Mak Su Kalsom yang sibuk mencedok nasi dagang ke pinggan.
"Rumah tu dah jadi sarang penagih dah. Terbiar kami nak memandai-mandai pun tak ada sapa bagi kami amanah." Penghulu Itam mengeleng-gelengkan kepalanya tanda kesal.
" kalau sedih sangat nah makan sepinggan lagi." Mak Su Kalsom meletakkan sepinggan nasi dagang depan penghulu Itam . Semua yang ada berderai ketawa melihat penghulu terkejut dan terkebil-kebil. Tanpa bercakap apa-apa mengambil sudu dan menyuap nasi tersebut ke mulutnya.
" hahahaha, Pak Itam takut dengan Mak Su tu, kena paksa makan pun dia makan." Mengilai-ngilai pak imam dengan telatah mereka berdua.
" jadi apa keputusan Rizal sekarang?" soalan pak imam itu.
"Apa tu ?" Rizal yang tengah khusyuk menyuap makanan terkejut dengan soalan penghulu Itam itu.
" Apa yang Rizal nak buat dengan rumah Rizal tu. Masih nak duduk dengan keluarga ker, nak jual ker, nak tinggal gitu jadi rumah tinggal balik macam sebelum beli dulu."
" Saya nak jualkan imam. Bukan kerana saya takut, saya dah bersihkan seluruh luar dan dalam rumah tu. Ini yang saya dengan ustaz Rahim ni buat tadi. Tapi keluarga saya terutama isteri dan anak-anak yang kecil masih trauma dengan peristiwa baru-baru ni. Lagipun isteri saya bukan kuat sangat nak menghadapi suasana macam ni. Maklumlah perempuan ni kadang-kadang ada masa-masa yang badan mereka lemah. Saya sudah serik dan tak mahu ambil mudah dengan keselamatan mereka semua." Penghulu dan imam mengangguk-anggukan kepala tanda memahami apa yang diperkatakan.
" Baguslah macam tu nak. Keselamatan keluarga lebih penting berbanding dengan harta benda dan kerugian wang ringgit. Lagipun kalau dijualkan tak der lah rumah tu terbiar macam rumah-rumah lain kawasan ni."
"eh bukan hari tu ada orang KL cari rumah banglo nak buat kawasan rumah rehat persendirian. Imam simpan lagi nombor telefonnya?" soalan Penghulu Itam mengejutkan imam.
" oh ye tak ye jugak yer. Ada.. ada nombor telefonnya saya masih simpan kat dalam laci kat rumah. Cik Rizal tinggal nombor telefon cik Rizal nanti lepas saya call dia saya bagi nombor cik Rizal."
Rizal mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Sekeping kad nama dihulurkan kepada pak imam.
BAB 14
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...