"Kenapa ini bang, termenung lagi. Udah minum kopi goyang adik Rum, masih juga sedih."
"Maafkan saya ye adik Rum. Saya tak sengaja bersikap lancang."
"Ngak apa-apa kot pak. Saya juga tidak kisah malah suka juga."
"Suka ? Habis kenapa kamu masuk ke dalam rumah,saya baru mau panas-panas badan, kamu kok lari."
"Bukan lari bang tapi malu takut ketahuan. Itu kan di tangga, nanti ada jiran nampak direpotnya kepada tuan saya."
"Oo kenapa tak cakap. Ingat kamu tak suka sama abang." Pak Samad bangun mengibas-ngibaskan punggungnya yang berseliputan dengan tanah, lalu menapak naik ke atas anjung dapur.
"Di situ juga ngak boleh bang, kalau ketahuan nanti susah."
"Habis di mana?"
"Masuk aja ke dapur, bukan ada sesiapa kok."
Pak Samad melabuhkan punggungnya ke atas kerusi empuk yang dijadikan meja makan. Dia seronok memerhatikan rumah majikannya yang nampak begitu mewah dan selesa. Aku tumpang sekejap pun dah rasa nikmatnya, pikir Pak Samad di dalam hatinya.
"Apa lagi yang direnungkan, masih terbengong-bengong kayak gitu."
"Tak ada apa-apa, abang cuma lihat rumah tuan kita yang cantik dan kemas. Sudahlah kaya raya malah baik hati lagi. Kerja tak mendesak , tak suka marah, bayarannya mahal."
"Betul bang, malah kamar adik juga diberikan kamar yang bagus gitu, kayaknya kamar tetamu di rumah tuan saya yang lama. Katilnya udah gede, malah tempat pakaiannya juga gede, diberi lampu tidur ama kerusi rehat lagi."
"Di mana kamar adik Rum?" soalan Pak Samad itu disambut dengan senyuman pada bibir bibik.
"Itu, yang paling dekat dengan dapur, senang mau bangun dan terus ke dapur." Rencana jahat mula merasuki kepala Pak Samad. Dia tidak sedar bahawa minuman yang diberikan oleh Rum tadi bukanlah semata-mata air kopi namun telah ditambah dengan bahan yang boleh melalaikan fungsi otak manusia. Bahan buatan sendiri itu memang dibuat oleh bibik sendiri semasa dalam keadaan tidak sedar malam tadi.
"Boleh abang tengok?" soalan Pak Samad itu seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Dalam kepala Bibik terhambur jeritan gembira, kerana jeratnya telah mengena. Dia tahu dan faham apa yang dimaksudkan Pak Samad itu, malah dia juga tidak keberatan dan seronok. Duda tua yang sudah lupa diri itu menjadi sasaran paling ampuh untuk dijadikan korban bagi membuka pagar suci yang telah dibina.
"Boleh, apa salahnya. Untuk abang Adik rela beri apa saja."
"Apa saja? Wah, bahgianya abang jika apa yang adik cakapkan itu betul."
Kedua orang yang dirasuki syaitan bertanduk satu itu sudah mula melenggang masuk ke dalam bilik Ruminah yang pintunya terletak bersebelahan peti ais sahaja. Pak Samad benar-benar terpukau dengan bilik pembantu rumah Rizal itu. Benar-benar luas dan selesa. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi antik yang diletakkan menghadap ke pintu. Bibik duduk di kerusi meja solek di sebelahnya, menguraikan sanggul rambutnya. Rambutnya yang hitam diminyaki setiap pagi dibiarkan terhurai ke bahu separas pinggang. Mata Pak Samad mula berpinar, melihat rezeki yang begitu indah di hadapan matanya. Dia yang sudah 4 tahun menduda, sukar mencari jodoh yang sebaya kerana kebanyakan wanita sepertinya sudah tidak mahu lagi berkahwin. Namun yang datang ini, benar-benar rezeki menggolek. Janda Indon berusia 24 tahun. Perlahan-lahan dia mendekati bibik yang sedang menyikat rambutnya itu, tangannya yang kasar itu diletakkan di atas bahu bibik. Bibik tersipu-sipu kemaluan, dia tidak mengendahkannya. Apabila dia menggosokkan bahu itu, pun tiada tentangan. Pak Samad yakin langkah seterusnya yang diambil juga pasti tidak akan mendapat tentangan. Oleh itu dia menarik kedua-dua bahu Bibik supaya berdiri, dan mendorongnya dengan lembut ke katil . Bibik terbaring dan memandang Pak Samad dengan mata yang menggoda. Pak Samad sudah tidak tahan digoda oleh orang sebaya menantunya itu lantas dia memainkan peranannya yang telah lama tidak dijalankan sejak isterinya meninggal 4 tahun yang lalu. Kemarau beberapa musim telah menghilang dengan datangnya hujan ribut petir menggila yang melanda. Ketandusan selama ini yang masih terjaga dalam batas-batas adat dan agama, telah menghilang sama sekali dengan goncangan nafsu yang tidak terkendali sama sekali. Keduanya bukan lagi berlagak seperti pembantu rumah dan tukang kebun namun seperti Laila dan Majnun yang sedang asyik mashyuk bercinta. Tanpa Pak Samad sedari semasa dia sedang asyik bercinta, bahawa mata bibik yang merah menyala seperti api itu bukan lagi milik bibik Ruminah tetapi milik syaitan penunggu pohon ketapang. Tindakan mereka itu bermakna maka terbukalah pagar ayat suci yang telah dibina oleh ustaz Rahim dahulu. Syaitan telah berjaya memperdayakan mereka berdua untuk merobohkan tembok besar yang menghalang perjalanan kesesatan mereka kepada umat manusia. Hampir dua jam mereka bergurau senda di dalam bilik, tahu-tahu saja sudah pukul 12.30 pagi. Pak Samad gelabah melihat jam di dinding, sedang satu apa kerja pun belum siap. Dia bingkas dan berlari keluar, takut-takut kalau tuan punya rumah sudah pulang.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...