banglo hijau Part 22

13 0 0
                                    

"Katanya dia nak memperisterikan bibik kamu tu. Kamu tanya pulak bibik kamu tu betul ke dia nak kawin dengan orang tua ganyut macam tu. Kalau betul depa nak kawin, nampak gaya kamu kena uruskanlah. Jangan dibiarkan benda busuk macam ni dapat dihidu oleh orang kampung. Malu jugak kita ni sebab biarkan benda macam ni berlaku dalam rumah kita."

"Hari tu saya nampak dia dengan Jono, hari ni dengan Pak Samad. Yang mana satu ni pilihan hati bibik ye. Ntah-ntah dia tak maukan Pak Samad, dia bercinta dengan Jono."

"Kamu kena ingat yang melakukan perbuatan terkutuk itu mungkin bukan bibik kamu tetapi benda tu yang merasuki tubuhnya. Jadi kalau betul kata kamu, bibik kamu tu kuat sembahyang dulu, makanya benda tu yang mempengaruhi dia melakukan perkara terkutuk itu."

Malamnya Rizal dan Aida berbincang untuk menyelesaikan perkara itu. Bagaimana pun Rizal tidak setuju dengan perancangan Pak Su, dia mahu membawa bibik pergi berubat terlebih dulu. Selepas menelefon ayahnya yang bersetuju untuk menemani Rizal membawa bibik ke Machang, dia menetapkan hari minggu akan datang mereka akan ke rumah ustaz Rahim untuk mengubatkan bibik yang telah dirasuki itu. Walaupun begitu Rizal masih tidak percaya sepenuhnya bahawa bibik itu dirasuki kerana merasakan bahawa tindakan itu memang disengajakan. "memang dasar Indon" fikirnya dalam hati sebelum melelapkan matanya pada malam itu.

Malam itu bulan mengambang, bibik dalam biliknya masih duduk di hadapan pelbagai peralatan yang digunakan untuk menyeru semangat. Hampir pukul 12 barulah ritualnya berakhir. Malam ini merupakan ritual yang paling penting untuk mendapatkan cara bagaimana untuk mempengaruhi majikannya tanpa memberikan dia makanan kotor. Dia sudah tidak punya kesempatan untuk meletakkan apa-apa dalam makanan kerana mereka semua sudah tidak membenarkan dia memasak. Malah dia dibenarkan makan selepas mereka semua makan, dan lebihannya mesti dibuang. Tiada sesiapa sudi untuk makan lebihan makanannya , oleh itu dia tidak dapat lagi cuba menggoda Rizal supaya tertarik dengannya. Dulu dia menyerang Aida dengan kekerasan hingga akhirnya dia ditambat di tempat yang gelap dan sempit. Kini dia harus menyerang Aida secara halus supaya Aida lebih menderita lagi kerana menyebabkan aku menderita. Fikir bibik sambil bersamadi seorang diri.

Ketukan di tingkap biliknya mengejutkan bibik yang baru sahaja mengemaskan tempat tidurnya. Dia memandang jam di dinding, sudah pukul 12.30 malam. Pastilah si Jono. Dia membuka sedikit tingkap biliknya yang sudah gelap, lalu memberi isyarat supaya Jono menunggunya di pangkin kayu belakang rumah.

Perlahan-lahan supaya tidak menimbulkan kecurigaan majikannya dia membuka pintu lantas menghambur ke dalam pelukan Jono. Dia berjalan bergandengan dengan Jono ke arah pangkin kayu yang kelihatan cerah disimbahi cahaya bulan purnama. Berdua-duaan dengan Jono dia menceritakan tentang paksaan perkahwinannya dengan Pak Samad oleh majikannya. Pastilah dia merahsiakan bagaimana dia ditangkap di dalam bilik tidur tuannya semasa sedang melakukan perzinaan. Dia memujuk rayu Jono dengan lebih hebat pada malam itu, kerana dia juga perlukan sedikit darah manusia buat kesinambungan hayatnya. Rayuan-rayuan tanpa henti itu menyesakkan nafas Jono hingga dia tidak sedar yang darahnya telah di hisap berkali-kali di lehernya. Dia ingat hanya gigitan kecil yang biasa tanpa disedarinya mulut bibik telah berlumuran darah dan dikesat menggunakan kain batiknya. Hampir pukul 2.30 pagi semasa Jono meninggalkan perkarangan rumah Rizal, meninggalkan bibik masih menghayunkan kakinya di pangkin kayu di belakang rumah. Perlahan-lahan sambil menyanyi lagu Jawa kesukaannya itu, bibik berjalan masuk ke rumah. Tanpa disedarinya tindakannya itu sedang diperhatikan oleh sepasang mata manusia dari tingkat atas rumah itu. Ammar yang bangun untuk minum air terdengar suara nyanyian kecil menjengukkan mukanya ke tingkap dan melihat bibik berjalan sendirian dalam terangnya sinar rembulan.

Pak Samad datang ke rumah Rizal seperti biasa. Selepas menyiapkan tugasnya , majikannya itu meninggalkan dia berdua-duaan dengan bibik yang telah pun di berikan cincin tanda itu. Pak Samad yang tiada rasa menyesal dalam hatinya di atas perlakuannya yang memalukan itu, merasa agak kecewa kerana semua orang ada di rumah semasa dia datang. Sekurang-kurangnya bolehlah dia mengulangi tabiatnya itu jika Rizal dan isterinya itu tiada di rumah sementara menunggu hari perkahwinannya sebulan lagi. Rizal yang bercuti sengaja menemani isterinya di rumah kerana mahu memastikan bahawa Pak Samad tidak lagi melakukan perkara yang tidak senonoh itu.

Pak Samad yang merasa diperhatikan mengajak bibik ke belakang rumah, di atas pangkin kayu. Bibik yang pura-pura malu-malu kucing itu dengan tangkas, bangkit dan melenggang mendahului Pak Samad. Pak Samad semakin berdebar-debar melihat goyangan pinggul bibik yang tertampan di depan matanya. Mereka bercakap-cakap sambil tertawa, tanpa menyedari di belakang pagar yang dipisahkan oleh semak yang agak tebal sepasang mata mengawasi perlakuan mereka berdua dengan perasaan dendam yang menyala-nyala. Apabila Pak Samad dan bibik mula menunjukkan tanda-tanda keintiman, Rizal dan isterinya keluar dan duduk di beranda belakang yang menghadap kepangkin kayu itu. Malu dengan keadaan itu, Pak Samad meminta diri, dan bibik bersalaman dengannya sambil mencium tangan ,tidak ubah seeprti perlakuan majikannya setiap pagi apabila suaminya pergi ke tempat kerja. Aida merasa meluat melihat mereka berdua yang bukan sahaja tidak menyesal dengan apa yang berlaku, malah berlebih-lebihan pula bila diberikan peluang. Apabila kelibat Pak Samad hilang dari pandangan, Rizal dan isterinya masuk semula ke dalam rumah sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Sudah tua ganyut pun masih tak sedar diri, pikir Rizal dalam hatinya.

Bibik memalingkan mukanya ke arah semak yang bergerak-gerak dan tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya kepada Jono yang masih terintai-intai peluang untuk masuk ke dalam kawasan rumah Rizal. Permintaannya itu ditolak oleh bibik dengan gelengan kepala dan isyarat waktu malam. Jono tersengih seperti kerang busuk sebelum menghilang di sebalik semak samun yang tebal.

Malamitu hampir pukul 12.30 tengah malam, Pak Samad berjalan terendap-endap di jalanyang di lingkungi semak samun. Jalan yang hanya digunakan oleh lori ke kuariitu telah ditutup dan lama tidak digunakan sejak kuari itu mengalami kerugiandan bangkrap. Dia berjalan dengan senang hati kerana mahu menunaikan janjinyakepada bibik yang dipanggil adik Rum itu tengahari tadi. Keengganan majikannyamemberikan dia kebebasan , menyakitkan hati tuanya. Dia bukan budak-budak keciltetapi sudah punya cucu, tak perlulah memberikan aku syarahan panjang lebartentang dosa pahala.    

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now