BANGLO HIJAUPart 12

8 0 0
                                    

Tubuhnya tetap kaku dan tegang namun bibirnya menguntum senyum disebalik helaian rambutnya yang terjurai menutupi dahinya yang masih belum bersih sepenuhnya darah tadi.

Rizal mengambil masa yang sekejap sahaja untuk nyenyak tidur dalam keletihan seperti itu. Dia memusingkan badannya membelakangi Aida, dan menarik selimut menutupi tubuhnya yang kesejukan dalam deru angin dari air cond yang terpasang. Sebaik sahaja Rizal nyenyak, perlahan-lahan tubuh Aida bangkit dan berdiri. Bajunya yang berwarna putih kelihatan tercemar dengan pelbagai warna. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suaminya dan mengambil bantal di sebelahnya. Dengan kekuatan seperti 4 orang lelaki dia menekupkan bantal itu ke muka Rizal. Rizal yang telah terlelap, tersedar kembali apabila tidak dapat bernafas dan merasakan adanya bantal mengganjal atas mukanya. Dia cuba membuang namun tangan yang memegang bantal itu sungguh kuat dia tidak mampu untuk melepaskan pegangan itu. Kakinya meronta-ronta untuk melepaskan diri , namun gagal . Dalam hatinya dia tahu Aida yang telah dirasuk sedang melakukan perkara itu. Oleh itu dia cuba bertenang dan berhenti meronta serta membaca beberapa surah yang dirasakan mustajab dengan syaitan yang menganggu.

"Aida,"

suara ibunya melegakan Rizal yang mula kelemasan dipekup dengan bantal itu. Suara jeritan Salmah itu menarik perhatian 3 anak muda di ruang tamu, Zaki, Khairul dan Ahmad berlarian datang dengan pakaian sembahyang serta membawa tasbih di tangan setiap seorang. Aida meronta-ronta bila ditarik oleh ketiga-tiga anak muda itu, namun mereka yang masih berzikir menguatkan bacaannya sambil tangan mereka menarik Aida daripada tempat tidur Rizal. Pegangan ketiga-tiga lelaki itu menyebabkan Aida berang maka dia merentapkan tangannya, dengan sekali rentap sahaja pegangan itu terlepas. Aida mengambil peluang itu untuk melemparkan apa sahaja yang dapat dicapai dengan tangannya. Mereka bertiga tetap berdiri dengan teguh dan meneruskan bacaannya dengan lebih kuat. Akhirnya Zaki mengetuai ketiganya maju kedepan dan menepuk dahi Aida sambil bertakbir diikuti bunyi Ahmad melaungkan azan, tubuh Aida roboh ke lantai.

Rizal menarik nafas lega, jam sudah menunjukkan angka 5 pagi . Dia bangkit, melihatkan kawan dan sepupunya sedang berwirid dia malu sendiri. Hampir hilang nyawa dikerjakan isteri yang disangkanya lemah, rupanya mampu melakukan pelbagai perkara yang boleh membahayakan orang lain. 

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now