banglo hijau Part 19

9 0 0
                                    

 Suara Jono mengundang pancaran mata Pak Su yang sangat tajam. Jono merasa serba salah, tetapi masih belum lupa untuk menghulurkan salam kepada mereka selayaknya seperti budaya Melayu.

"Rizal sudah bayar semua upah hari itu kan?"

"Sudah buk, banyak-banyak terima kasih, Permisi." Jono mengayuh basikalnya yang mengandungi pelbagai alatan pertukangan. Dia yang tinggal berhampiran dengan UMT itu dalam kawasan penempatan pendatang asing, mengayuh basikalnya perlahan-lahan dengan hati yang mendongkol. Bibik tidak kelihatan menghantarnya seperti biasa. Sudahlah 5 hari dia tidak dapat menyelinap masuk ke bilik bibik pada waktu malam, pada hari terakhir juga dia tidak ada kesempatan untuk mengucapkan salam dan peluk cium kepada cinta hatinya itu.

"Mana bibik ni, tak buat air agaknya."

Aida berkata sambil bangun masuk ke bahagian dapur , melintasi ruang tamu yang agak luas. Hidungnya tiba-tiba kembang kempis kerana membau sesuatu yang aneh. Kadang-kadang baunya seperti bunga , kadang-kadang seperti kemenyan dan kadang-kadang seperti kapur barus. Dia mempercepatkan langkahnya ke dapur dengan hati yang berdebar-debar. Namun hatinya lega melihat bibik sedang menyiapkan hidangan minum petang bapa saudaranya itu. Jarum jam menunjukkan ke pukul 4 petang semasa MPV Rizal masuk ke halaman rumahnya. Selepas memasuki garaj, dia cepat-cepat mendapatkan bapa saudaranya yang sangat mengambil berat itu. Selepas mencium tangan bapa saudaranya itu, dia minum secawan teh yang telah tersedia di hadapan Pak Su dan Zaki itu. Mereka berbual-bual kosong sahaja kerana Rizal menyangka Pak Sunya hanya singgah untuk melawat.

" Memang dah ada Aida. Bukan Pak Su nak menakutkan Aida, tapi memang benda tu dah ada balik. Macam mana dia boleh melepasi pagar yang ustaz tu buat ye?"

"Apa Pak Su? Ada ? Apa yang ada?"

"Syh!!!!" suara Zaki mendiamkan soalan Rizal yang agak kuat itu. Pada masa yang sama Zaki melihat langsir sliding di tepi ruang tamu bergerak-gerak, tandanya ada orang yang baru pergi dari tempat itu.

"Tapi budak lelaki tadi tak ada kaitannya. Mungkin dia hanya menjadi alat semata."

"Apa ni Pak Su? Macam mana boleh jadi macam tu. Risau saya."

Rizal yang sudah memahami apa yang dibicarakan itu meletakkan kembali cawan teh yang mahu diminumnya. Perkara yang dibincangkan menghilangkan seleranya untuk minum lagi cawan teh yang kedua . Dia menyandarkan badannya pada kerusi empuk yang didudukinya itu.

"Macam ni, kita tunggu dan lihat sampai hari Jumaat ni, kalau masih ada keanehan lagi, kita pergi jemput ustaz ye Zal?"

"Baik , Pak Su. Abang Zaki boleh ikut sekali. Bawalah Mak Su ke sini tolong temankan Aida ."

"Boleh ,abang tak da masalah."

Akhirnya semua bersurai. Petang sudah makin panjang, Rizal terus masuk ke biliknya selepas Pak Su nya balik dengan Abang Zaki. Dia mandi sambil termenung sampai tidak tersedar sehinggalah Aida mengetuk bilik mandi kerana sudah ½ jam berada di dalam. Dia keluar setelah siap berpakaian, lantas duduk di tepi katil mengadap kepada Aida yang sedang membaca di meja tulis.

"Pak Su datang sendiri ke , Aida telefon dia suruh datang?"

Aida berpaling kepada suaminya yang mula berminat dengan kes terbaru hari ini. Selepas Aida menceritakan apa yang berlaku hari itu, Rizal menarik nafas lega kerana tiada insiden yang buruk berlaku kepada anaknya.

"Aida kena lebih hati-hati. Banyakkan bacaan Quran ye. Benda macam ni orang lain tak boleh tolong, hanya diri sendiri saja yang mampu melakukannya." Pesanan Rizal itu menerima anggukan daripada Aida yang sedang khusyuk membaca buku.

Di tingkat bawah, bibik yang masih merasa marah dengan tindakan Aida hari itu, telah mempersiapkan kelengkapan untuk merosakkan rumahtangga majikannya. Selepas mandi sejak sebelum Maghrib, dia telah bersedia dengan bekas tadahan yang telah digunakan untuk menakung air mandiannya itu. Selepas melihat orang lain tidak melihat, air itu dimasukkan ke dalam cerek dan dimasak di atas api yang sederhana. Dia masuk kembali ke biliknya tanpa menutup pintu bilik, dan mula berpakaian penuh dengan bau-bauan.

"Wah, harum banget bik malam ini. Apa sudah mahu ketemu sama jodohnya?"

Soalan Ammar yang bernada gurauan itu mendapat jelingan daripada ibunya. Dia yang tidak tahu apa-apa tersengih-sengih kepada bibik tanpa memahami apa-apa. Bibik hanya tersenyum, dia amat berharap tuan besarnya malam ini akan memandangnya seperti Jono dan Pak Samad memandangnya. Supaya lebih senang dia memusnahkan Aida yang semakin sukar ditakluki kerana selalu basah lidahnya dengan zikir dan ayat suci al Quran. Rizal menghulurkan tangan untuk mengambil cawan air yang terhidang, sambil membaca Bismillah dia menyuakan cawan air suam itu ke mulutnya, Namun belum sempat cawan itu masuk ke mulutnya tiba-tiba sahaja cawan itu terbelah dua dan jatuh ke atas meja makan. Dia tersentak dan hatinya merasa tidak sedap. Memang tadi semasa meletakkan jari kelingkingnya di bawah cawan yang terisi air panas itu dia merasakan sejuk, namun dia menganggap itu cuma perasaannya sahaja. Petua yang telah diamalkan untuk menguji racun dan santau itu memang telah diamalkan oleh mereka sekeluarga sejak dulu lagi. Rizal bangun dan mengarahkan semua anak-anaknya berhenti makan dengan alasan takut kepingan kaca yang pecah termasuk ke pinggan mereka. Ammar yang cuba mengambil cawan tehnya ditarik tangannya oleh Rizal kerana tahu pastilah ada sesuatu yang tidak beres dengan air minuman tersebut. Dia mengarahkan Ammar meminum air minuman yang telah diletakkan di dalam bilik solat. Noni yang mula merasa tidak selesa, mungkin lebih dapat memahami keadaan yang sedang berlaku. Melihat riak muka papa dan mamanya dia merasa agak pasti bahawa ada sesuatu yang tidak beres.Oleh itu dia masuk ke biliknya dan meminum air yang selalu disimpan di dalam bilik tidurnya.

"Macam ni, pagi besok jangan sesiapa makan dirumah. Mama akan bangkit awal dan pergi beli makanan di kedai. Ammar tak payah bawa bekal, nanti papa bagi belanja sekolah lebih sikit."

Arahan itu diberikan oleh Rizal setelah dia merasa pasti bahawa bibik memang bertanggungjawab di atas kejadian itu tadi. Kedua-dua anaknya itu cuma diam, mungkin telah mengerti dengan duduk perkara yang berlaku. Amalan meletakkan jari di bawahbekas minuman memang telah mereka amalkan lama dahulu, namun belum pernah ada kejadian perkara aneh seperti itu berlaku dalam rumah mereka.

Selepassemua orang telah keluar pada pagi itu, termasuklah Aida dengan kereta barunya, motosikal Pak Samad memasuki halaman rumah. Selepas selesai menebas, merumputdan membajakan bunga-bunga, dia mengutip daun-daun ketapang yang gugur di dalamkolam.     

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now